“Satu ketika dahulu, saya pernah di‘pening’kan dengan satu kenyataan yang dinisbahkan pada al Imam Syafie, yang mana beliau akan mngkhatam al Quran sekali pada setiap hari, manakala di bulan Ramadan pula 2x setiap hari. Yakni jika difikir secara logik maka agak sukar untuk dilaksanakan melainkan jika tidak tidur siang malam & hanya meneruskan bacaan tanpa henti maka barulah dapat buat.
Kemudian ketika saya di Syria, pernah berborak dengan arab di satu masjid namanya masjid Taubah, dimaklumkan bahawa dahulunya masjid ini pernah dikhatamkan al Quran pada setiap malam Ramadan di dalam solat terawih!. Yakni bermula selepas isyak hingga selesai solat sebelum subuh sempat dibaca selesai 30 juzuk satu malam, 30 kali khatam satu bulan. Lalu akal ana yang kerdil ini mula meraguinya, lantas balik rumah dan mulalah membuat eksperimen dengan memasang bacaan al quran di komputer, ringkas ceritanya didapati masa yang digunakan untuk khatam 30 juzuk adalah melebihi 17-20 jam. Lalu difikir mana mungkin mereka mampu berbuat demikian lebih2 lagi di dalam solat.Kemudian akal yang dhaif ini diuji lagi selepas itu apabila membaca kitab ‘Tibyan fi adaab hamalatil Quran ’ Lil imam Nawawi, tatkala beliau menukilkan beberapa cerita² yang lebih ajaib lagi & mencabar logik. Diriwayatkan ada dikalangan salafussoleh yang mengkhatam al Quran 4X sehari, ada pula yang sampai 8X sehari!. Malah yang sempat khatamkan 2X khatam antara tempoh masa Magrib – Isyak pun ada (yakni sekitar 1-2jam), dan lebih ajaib lagi ada yang khatamkan keseluruhan Quran dalam 1 rakaat solat sahaja seperti yang dibuat oleh sidna Uthman bin Affan RA!
Ketika itu saya sudah mula berputus asa untuk memikirkan bagaimana cara untuk saya menerima semua cerita² yang diriwayatkan ini. Sepanjang belajar juga saya langsung tidak temui jawapan yang pling memuaskan hati saya. Akhirnya saya ‘tafwid'(menyerahkan kepada Allah) sahaja. Hinggalah satu masa sekitar 3 tahun lepas jika tidak silap, saya menonton satu keratan video, yang mana ianya telah memberikan pada saya 1 jawapan yang langsung melapangkan akal saya yang sempit sebelum ini, malah membuat saya lebih menjadi kagum pula pada kehebatan akal yang Allah muliakan pada hamba²Nya yang terpilih khususnya pada para Qurra & Ulama, yang sememangnya tidak boleh kita fahaminya dengan timbangan akal yang biasa² seperti kita ini.
Video itu mngisahkan seseorang lelaki bernama Hussain dari Iraq, yang dilahirkan cacat tidak sempurna akalnya malah tipis peluang untuk hidup normal. Menurut bapa saudaranyanya, doktor memberitahu jika dia selamat & membesar, jika dia mampu mengingati namanya sendiri pun sudah sangat ajaib disisi ilmu perubatan. Yakni agak mustahil utk dia akan sihat seperti insan biasa. Namun tiba² menjadi semakin sihat setelah bapanya bermimpi berjumpa Nabi SAW, lalu Rasulullah meletakkan tangannya yang mulia di dada Hussien dan menyapunya (yakni merawatnya), dan juga mendapat khabaran langsung dari baginda bahawa Hussain ini bakal terjadi padanya sesuatu yang luar biasa satu hari nanti.
Ternyata selepas itu bagaikan 1 mukjizat, dia dapat membaca al Quran tanpa mempelajari dari mana² guru, malah dapat mengingati setiap ayat dengan ingatan yang sangat kukuh & melalui kaedah yang ajaib, serta dapat pula mengkhatam sempurna 30 juzuk al Quran dalam hanya 5 jam sahaja!. (Lihat video untuk cerita lanjut, beliau mula menunjukkan cara khatam al Quran dalam tempoh 5 jam pada minit ke 18:00. Tetapi lebih baik lihat dari awal sebab dapat tahu kisah hidupnya dari kecil & dapat lihat bagaimana hebatnya beliau ketika diuji hafalannya dengan cara yang luar biasa) .
Selepas saya menyaksikan video tersebut, baru saya sedikit memahami betapa hebatnya kekuatan akal yg Allah kurniakan pada insan. Dari situ saya dapat memahami, betapa hebatnya akal para ulama² mujtahid, betapa lajunya mereka berfikir, membaca, menilai & mengeluarkan buah fikiran dengan cara yang diluar kemampuan akal yang biasa.
Lihat Video:-
Misalnya seperti yang kita maklumi pada diri al imam an Nawawi, yang mana beliau mampu belajar & murajaah 12 mata pelajaran pada setiap hari, serta dapat mengarang kitab² yang banyak tidak sepadan dengan tempoh usianya yang hanya sekitar 45tahun. Seakan² apa yangg diperbuatnya itu tidak masuk dek akal. Tetapi rupanya beliau juga adalah di antara insan² yang Allah muliakan akalnya dengan kehebatan yang melangkaui batas manusia biasa, malah lebih hebat lagi dari komputer.
Yakni untuk mudah faham, ‘RAM’ para ulama² hebat ni bagai langit dengan bumi jika nak dibandingkan dengan ‘RAM’ kita. Itu pun masih ada insan² sekarang yang tak tahu malu hingga sanggup memperkecilkan ulama mujtahid terdahulu, inilah akibat dari penyakit tidak sedar diri dan merasa hebat dengan ilmu yang seciput serta merasa alim dengan PHD yang dimiliki, sedangkan dirinya itu tidaklah sebanding langsung walau dengan debu yang berada dikasut² para ulama yang diperlecehkan macam adik² mereka sahaja. Hasbunallahu wani’ mal wakil.. Allahumma yahdina wa yahdihim.. Jika insan yang cacat pemikirannya seperti Hussein ini sudah sangat hebat akalnya, apatah lagi para ulama² yang sihat akal & badannya.
Sungguh tidak terbayang sebenarnya kehebatan mereka. Melalui tulisan ini, persoalannya kenapa para ulama ini mampu mencapai kehebatan akal sedemikian rupa? Macamana mereka boleh jadi ’genius’ hingga ke tahap sedemikian rupa? InsyaAllah esok lusa kalau saya rajin saya kongsikan beberapa rahsia mereka kenapa mereka memiliki kehebatan yang luar biasa tersebut. Wallahualam”
Sumber:-Ibn Shihab Al-Dimashqy
0 comments:
Post a Comment