Esok kesungai lerr jawabnya aku humbankan. – ujar kak yuzi .
Ada ke patut nak bagi balance pada jiran ! Nak bagi biarlah ikhlas janganlah beri bila dah habis majlis baru teringat kat jiran . Memalukan sungguh .
Aku bukan jenis tak bersyukur. .tapi meh la kena kat muka korang pun sure korang kecil hati punya jiran macam ni…
Nama saja kerja cikgu..shame on you sbb tak punya sifat kejiranan.
Memang ada jenis jiran macam ni ,mereka ingat kita ni hamak sangat nak makan . Kalau ya pun , bagi lah di awal tadi , dan paling hairan tak jemput . Watt de hackkk punya jiran .
Korang pernah alami ke perkara macam ni ??
Sumber : FB Yuzi Yus
HAK-HAK JIRAN
Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:
“Tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu?;
1. Jika ia meminta tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya.
2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.
3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya,
5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya,
6. jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.
7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya
8. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.
9. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu
10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya
11. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut
Sumber : Jais
Via : www.kakishare.my
0 comments:
Post a Comment