Umum mengetahui bahawa, tempat menarik di Pulau Tioman Pahang merupakan sebuah pulau secara amnya terkenal dengan pasir pantai halus berwarna putih dan warna biru kehijauan air laut.
Lokasi Pulau Tioman terletak di kawasan Rompin, Pahang serta pernah dinobatkan sebagai pulau tercantik di dunia oleh TIME Magazine.
Menariknya di sini jika anda lihat bentuk Pulau Tioman negeri Pahang dari udara mahupun dari peta ia seakan-akan bentuk seketul peha ayam. Unik bukan!
Senarai tempat menarik di Pulau Tioman
Keistimewaan Pulau Tioman memang tidak dapat disangkal lagi dengan keindahan pantai, hutan paya bakau, hidupan laut serta pelbagai pakej percutian ke Pulau Tioman yang ditawarkan.
Tambahan pula, lagenda Pulau Tioman pernah dikatakan sebagai tempat bersemayam puteri naga dari China.
Oleh itu, terdapat 10 tempat menarik untuk bercuti di Pulau Tioman serta boleh mengambil gambar Pulau Tioman sebagai kenangan.
Pantai Kampung Juara
Pantai di Tioman
Pantai Kampung Juara terletak di Kampung Juara iaitu di wilayah Timur Pulau Tioman. Keistimewaan pantai ini ialah merupakan satu-satunya tempat menarik di Pulau Tioman yang menghadap Laut China Selatan.
Selain itu, ia turut mempunyai air laut yang bersih dan jernih yang sesuai untuk bermandi-manda, snorkeling, berkanu, banana boat dan banyak lagi. Tambahan pula, terdapat kemudahan penginapan yang disediakan dengan harga yang berbaloi.
Selanjutnya, kawasan yang berdekatan dengan Pantai Kampung Juara ialah Juara Turtle Project dan Air Terjun Ali.
Lihat Peta | Alamat: Pulau Tioman, Pahang
Salang Indah Tioman
Resort di Pulau Tioman
Ingin bercuti ke kawasan Kampung Salang? Mencari tempat penginapan mesra budget di sekitar Pulau Tioman? Kami syorkan anda untuk menginap di Salang Indah Tioman.
Ia merupakan sebuah resort yang mempunyai 25 bilik dan dikelilingi hutan alam semulajadi. Tambahan pula, terdapat 3 kategori bilik yang disediakan iaitu couple, triple dan family.
Selain itu, turut disediakan wifi, televisyen dan pendingin hawa. Di samping pemandangan yang cantik, pengunjung boleh merentasi hutan untuk ke Ayer Batang dan Panuba Bay.
Lihat Peta | Telefon | Alamat: Salang Indah Tioman, Kampung Salang, Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Paya Debloc Village
Homestay di Pulau Tioman
Paya Debloc Village merupakan tempat penginapan yang sesuai untuk anda yang menginginkan ketenangan tinggal berhampiran pantai serta suasana ala-ala kampung.
Ia terletak di dalam kawasan Kampung Paya dan menawarkan penginapan 3 hari 2 malam untuk 3 jenis penginapan di situ dengan harga berpatutan.
Antaranya, ialah Chalet Twin Room, Container Twin Room dan Container Single Room. Selanjutnya, aktiviti yang boleh dilakukan ialah scuba diving, atv dan bermacam lagi.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Lot 869 Kampung Paya Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Cheers Chalet Tioman
Chalet di Pulau Tioman
Cheers Chalet Tioman terletak di dalam Kampung Tekek iaitu kawasan zon bebas cukai yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Selain itu, jarak penginapan ke pantai hanya mengambil masa kira-kira 2 minit perjalanan.
Penginapan menarik di Pulau Tioman ini mempunyai reka bentuk bangunan kayu yang menarik di bawah rimbunan tumbuhan-tumbuhan hijau. Sementara itu, terdapat kira-kira 11 jenis penginapan yang disediakan dengan anggaran harga RM 60 – RM 350 untuk satu malam.
Di samping itu, pengunjung boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di sekitar kawasan penginapan ini. Selanjutnya, aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di sini ialah menyelam, berbasikal, barbeku dan memancing.
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Whatsapp1 | Whatsapp2 | Alamat: Pulau Tioman 26800 Kampung Tekek, Pahang, Malaysia
Pulau Tulai
Snorkeling di Pulau Tioman
Aktiviti di Pulau Tioman yang boleh anda lakukan di Pulau Tulai adalah aktiviti snorkeling. Pulau Tulai ataupun dikenali sebagai Coral Island ialah sebuah pulau yang terkenal dalam kalangan pengunjung untuk melakukan aktiviti snorkeling.
Tambahan pula, Pulau Tulai mempunyai banyak hidupan laut seperti batuan karang yang cantik serta ikan-ikan yang eksotik. Oleh itu, anda jangan lupa membawa kamera kalis air untuk mengambil gambar hidupan-hidupan laut yang cantik belaka ini.
Lihat Peta | Alamat: Pulau Tulai, Pahang
Gunung Nenek Semukut
Tempat bersejarah di Pulau Tioman
Adakah anda penggemar aktiviti lasak yang tidak gentar dengan cabaran mendatang? Oleh itu, apa kata anda cuba mendaki Gunung Nenek Semukut di Pulau Tioman ini!
Gunung Nenek Semukut merupakan gunung yang terkenal di Pulau Tioman kerana jalannya yang berliku menjadi batu penghalang kepada para pendaki untuk sampai ke puncak. Tambahan pula, pendakian mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke puncak gunung dan turun semula ke bawah.
Selain itu, sejarah gunung ini tiada kaitan langsung dengan nenek, tetapi ia diceritakan bahawa sepasang naga yang berubah menjadi batu kerana melanggar pantang larang.
Selanjutnya, gunung ini juga terkenal dengan pembentukan wajah pada bahagian puncaknya seakan-akan wajah seorang lelaki.
Lihat Peta | Alamat: Pulau Tioman, Pahang
Air Terjun Asah
Air terjun di Pulau Tioman
Terdapat beberapa air terjun yang menarik di Pulau Tioman yang boleh anda kunjungi. Namun begitu, Air Terjun Asah dikatakan lebih dikenali di mata pengunjung dengan kesegaran air terjun dari gunung dan keunikannya sebagai air terjun yang terbesar di Pulau Tioman ini.
Oleh hal yang demikian, Air Terjun Asah pernah ditampilkan buat julung kalinya pada tahun 1958 di dalam Filem Blockbuster Hollywood, “South Pacific”. Menarik bukan!
Selanjutnya, jika anda berjalan dari Kampung Asah akan mengambil masa sekitar 20 minit untuk sampai ke sini.
Lihat Peta | Alamat: Pulau Tioman, Pahang
Juara Turtle Project
Tempat menarik untuk kanak-kanak di Pulau Tioman
Cuti sekolah berkunjung tiba, tetapi masih tidak tahu destinasi percutian untuk membawa anak-anak bercuti ke mana di sekitar Pulau Tioman? Anda boleh bercuti ke Kampung Juara dan menuju ke Juara Turtle Project.
Ia adalah sebuah tempat di mana pengunjung boleh menyaksikan sendiri penyu-penyu mendarat dan menetaskan telur dengan bayaran RM 10 seorang. Selain itu, penyu-penyu ini dapat disaksikan pada bulan Februari hingga Oktober.
Di samping itu, pengunjung boleh menjadi sukarelawan Turtle Sanctuary dengan merasai sendiri pengalaman mengutip telur penyu yang terbiar dan meletakkan ke tempat penetasan yang disediakan.
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Laman Web | Alamat: Kampong Juara, 26800 Pulau Tioman, Pahang
Pusat Taman Laut Tioman
Tempat menarik untuk family di Pulau Tioman
Bercuti bersama family merupakan perkara yang paling indah bagi seseorang setelah sekian lama kesibukan bekerja. Justeru, tempat menarik untuk family di Pulau Tioman yang anda wajib singgah ialah Pusat Taman Laut Tioman.
Tempat ini merupakan pusat perikanan yang berperanan sebagai tempat riadah untuk pengunjung. Selain itu, turut disediakan tempat untuk para pengunjung menyelam dan menyaksikan sendiri keindahan hidupan laut yang cantik dan mempesona.
Namun begitu, perlu diingatkan bahawa sebarang aktiviti tangkapan hasil laut tidak dibenarkan sama sekali.
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Alamat: Pulau Tioman, Pahang, Malaysia
Pulau Renggis (Renggis Island Tioman)
Tempat menarik untuk pasangan di Pulau Tioman
Inginkan percutian ke Pulau Tioman yang lain dari yang lain bersama pasangan anda? Jadi, jom ke Pulau Renggis (Renggis Island Tioman)!
Pulau ini merupakan pulau yang terbentuk dari batuan karang dan suatu masa dahulu pernah dinobatkan sebagai pulau tercantik di dunia. Selanjutnya, pulau kecil ini terletak berhampiran pusat penginapan Berjaya Tioman Resort.
Oleh itu, anda jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati segala pakej yang ditawarkan untuk menjelajahi kawasan ini.
Lihat Peta | Alamat: Pulau Renggis, Pahang
0 comments:
Post a Comment