loading...

Monday, 20 June 2022

21 Tempat Menarik di KUALA SELANGOR untuk Dilawati

Kuala Selangor ialah sebuah bandar yang terletak di barat laut Selangor. Daerah di Kuala Selangor meliputi 9 mukim iaitu Api-Api, Bestari Jaya, Ijok, Jeram, Kuala Selangor, Pasangan, Tanjung Karang, Hujung Permatang dan Hulu Tinggi. Meskipun Kuala Selangor merupakan kawasan bandar yang penuh dengan kesibukan warga kota namun daerah ini mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati.

Senarai Tempat Menarik di Kuala Selangor

Berikut merupakan senarai beberapa tempat menarik di Kuala Selangor samada dari segi pelancongan mahupun penginapan. Justeru, di dalam artikel ini terdapat 21 tempat menarik di Kuala Selangor yang boleh anda pilih dan rancang untuk percutian bersama seisi keluarga mahupun rakan taulan ketika musim percutian kelak. Semoga informasi ini membantu anda!

Pantai Cermin Kuala Selangor (Sky Mirror)

Pantai di Kuala Selangor

Pantai Cermin Kuala Selangor (Sky Mirror)
Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Pantai yang mempunyai cermin? Macam tidak percaya bukan? Pantai Cermin iaitu Sky Mirror merupakan antara tempat popular di Kuala Selangor. Untuk datang ke sini anda perlu menaiki bot dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor selama 30 minit. Selain itu, digelar sebagai Salar de Uyuni Malaysia.

Peminat OOTD atau fotografi sudah pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam saat-saat indah anda di sini. Oleh itu, anda tidak perlu pergi jauh ke Bolivia kerana anda dapat menyaksikan fenomena ini di Kuala Selangor.

Seterusnya, terdapat zon intertidal iaitu daratan dan laut bertemu yang terletak di kawasan pantai antara air pasang dan surut. Zon ini berada di bawah air ketika air pasang dan terdedah kepada udara pada masa yang berbeza dalam sehari ketika air surut.

Antara hidupan laut yang boleh dijumpai ialah tiger moon snail, pearly sea anemone, giant mudskipper, fiddler crab dan marine hermit crab.

Harga Tiket:-

  1. Dewasa: RM 80
  2. Kanak-kanak: RM60

Waktu Operasi: Setiap hari (6 pagi – 10 malam)

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp1 | Whatsapp2 | Whatsapp3 | Alamat: Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Pantai Remis Jeram Kuala Selangor

Tempat menarik di Kuala Selangor yang percuma

Pantai Remis Jeram Kuala Selangor
Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Pantai Remis Jeram Kuala Selangor merupakan tempat percutian menarik di Kuala Selangor yang percuma serta sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Ia terletak di Sungai Sembilang, Jeram kira-kira 20 kilometer dari arah selatan Kuala Selangor.

Pantai ini merupakan salah satu daripada pusat eko-pelancongan yang terdapat di Kuala Selangor.

Dalam pada itu, para pengunjung dapat berjalan di persisiran pantai sambil menikmati keindahan alam serta boleh menjalankan aktiviti seperti bermain layang-layang, mengemudi perahu layar, mencari hidupan laut iaitu kerang dan memancing.

Selain itu, kemudahan yang disediakan di sini tandas, surau, bilik mandi, tempat meletakkan kenderaan yang luas, taman permainan dan pelbagai gerai makanan laut.

Lihat Peta | Alamat: Jalan Pantai Remis, Kampung Dungun, 45800 Jeram, Selangor

Padi Box

Tempat menarik di Sekinchan

Padi Box
Sumber: tripadvisor.com

Meskipun Sekinchan bukan berada di dalam mukim Kuala Selangor, namun tidak salah untuk anda terokai tempat menarik di bandar kecil Sekinchan ini.

Umum mengetahui bahawa, Sekinchan merupakan sebuah kawasan yang terkenal dan mampu membuat anda terpukau dek keindahan kehijauan sawah padi.

Jika anda mencari tempat bermalam di Sekinchan, maka Padi Box merupakan destinasi yang tepat. Selain itu, homestay ini diperbuat daripada kontena yang ditambah dengan cat berwarna-warni serta dikelilingi dengan kehijauan sawah padi.

Antara kemudahan yang disediakan ialah televisyen, WiFi, kawasan tempat meletakkan kenderaan, pendingin hawa dan kafe.

Penginapan untuk satu malam:-

  1. Standard 2 Pax Room (Ground Floor: RM 118) | (Upper Floor: RM 128)
  2. Standard 4 Pax Room (Ground Floor: RM 158) | (Upper Floor: RM 158)
  3. 2 Pax Room with Private Balcony (Ground Floor) : RM 138
  4. Family Room for 6 Pax (Ground Floor) : RM 240
  5. Family Room for 6 Pax Window View (Ground Floor) : RM 240

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor

Firefly Park Resort Kampung Bukit Belimbing

Resort menarik di Kuala Selangor

Firefly Park Resort Kampung Bukit Belimbing
Sumber: tripadvisor.com

Firefly Park Resort merupakan tempat percutian menarik di Kuala Selangor untuk yang strategik. Hal ini demikian kerana, resort ini berhampiran dengan tempat menarik di Kuala Selangor seperti Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor.

Di samping itu, aktiviti utama yang di sini ialah menaiki bot menelusuri sungai Selangor demi menyaksikan sendiri keindahan kelip-kelip secara langsung pada waktu malam. Lain daripada itu, tempat penginapan di sini berkonsepkan kabin dan menempatkan 2 orang di dalam setiap bilik.

Harga penginapan:-

  1. Jumaat-Ahad, cuti umum, cuti sekolah : RM 80
  2. Isnin – Khamis : RM 60

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp1 | Whatsapp2 | Alamat: Jalan Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Chalet Seri Pagi Tanjung Karang

Chalet di Kuala Selangor

Chalet Seri Pagi Tanjung Karang
Sumber: Facebook Chalet Seri Pagi, Sungai Burong,Tanjung Karang,Selangor

Chalet Indah Seri Pagi nama diberi cukup indah dan berseri-seri sama seperti tempat yang dimaksudkan. Chalet ini cukup kondusif dan nyaman kerana disajikan pandangan cantik di tepi sawah yang nian mempesona.

Bermacam aktiviti yang boleh dilakukan misalnya berbasikal, barbeku, memancing di tepi sawah dan banyak lagi.

Penginapan untuk satu malam:-

  1. Chalet 1 & 2 : 1 katil queen (RM 120)
  2. Chalet 3 – 6 : 1 katil single, 1 katil queen (RM 150)

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Alamat: Parit 2, Ban 4, Sungai Burong, 45500 Tanjung Karang, Selangor

The Kabin

Tempat penginapan menarik di Kuala Selangor

The Kabin
Sumber: tripadvisor.com

The Kabin merupakan tempat penginapan menarik di Selangor yang terletak bersebelahan dengan Pantai Remis. Unit penginapan ini menggunakan kontena perkapalan yang diubahsuai sebagai tempat penginapan dan berkonsepkan modular pintar.

Lain daripada itu, lokasi ini merupakan lokasi yang kondusif untuk menganjurkan sebarang aktiviti yang melibatkan kelompok yang ramai seperti majlis peribadi, perhimpunan, majlis perkahwinan dan hari keluarga.

Kabin Port:-

  1. Rotterdam : 1 queen & 4 single (Normal : RM 365 | Peak : RM 465)
  2. Antwerp / Felixtowe / Hamburg : 1 queen & 4 single (Normal : RM 320 | Peak : RM 420)
  3. Durban : 1 queen (Normal : RM 150 | Peak : RM 230)
  4. Santos / Balboa : 1 queen & 2 single (Normal : RM 215 | Peak : RM 315)
  5. Long Beach / Vancouver : 1 queen & 2 single (Normal : RM 215 | Peak : RM 315)
  6. Shanghai / Singapore / Sharjah : 1 queen & 2 single (Normal : RM 190 | Peak : RM 290)
  7. Busan / Keihin / Kelang / Ho Chi Minh / Colombo / Melbourne : 4 single (Normal : RM 160 | Peak : RM 260)
  8. Tangier / Abidjan / Djibouti / Mombasa : 3 single / 1 queen & 1 single (Normal : RM 190 | Peak : RM 290)
  9. Venezia : 1 king (Normal : RM 240 | Peak : RM 340)

Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

VI Boutique Hotel

Hotel di Kuala Selangor

VI Boutique Hotel
Sumber: Facebook VI Boutique Hotel

Adakah anda bercadang untuk mencari tempat penginapan berdekatan yang tidak sampai 30 kilometer dari kawasan pelancongan Pantai Cermin dan Kelip-Kelip Kampung Kuantan? Maka, Vi Boutique Hotel merupakan lokasi penginapan terdekat untuk anda.

Selain itu, lokasi tarikan pelancong yang berdekatan adalah Taman Negara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Hotel ini menyediakan 48 bilik dengan 3 kategori bilik iaitu deluxe twin, deluxe king dan suites.

Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang yang besar, kaunter penerimaan tetamu yang dibuka selama 24 jam, perkhidmatan bilik tetamu, bilik yang dilengkapi televisyen, WiFi percuma dan banyak lagi.

Lihat Peta | Telefon | Facebook | Alamat: Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Bukit Malawati

Tempat bersejarah di Selangor

Bukit Malawati
Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Bukit Malawati merupakan sebuah bukit berkubu yang dikatakan tempat bersejarah yang menarik untuk tumpuan pelancong wajib datang. Hal ini bersangkut paut dengan berbagai monumen serta tinggalan sejarah yang ditempatkan di bukit ini. Ia dikelola di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Selanjutnya, Bukit Malawati terletak Taman Alam Semula Jadi Kuala Selangor dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Antara tempat popular di dalam kawasan Bukit Malawati ialah Rumah Api dan Batu Hampar. Perkhidmatan keretapi turut disediakan tetapi hanya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Harga tiket:-

  1. Dewasa: RM 3
  2. Kanak-kanak: RM 2 (3-12 tahun)

Waktu Operasi: Sabtu, Ahad dan cuti umum (9 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Alamat: Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Tempat menarik waktu malam di Kuala Selangor

Kelip-Kelip Kampung Kuantan
Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Tempat menarik pada waktu yang boleh dikunjungi oleh para pengunjung ialah Kelip-Kelip Kuala Selangor (Kelip-Kelip Kampung Kuantan). Kawasan kelip-kelip ini dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Terlebih dahulu, kelip-kelip adalah sejenis serangga dari spesies kumbang yang mengeluarkan kelipan cahaya daripada ekornya.

Selain itu, kelip-kelip dapat dilihat di sekitar kawasan pokok berembang dengan menaiki sampan yang boleh memuatkan 4 orang ini di sepanjang Sungai Selangor. Tempoh menaiki sampan sambil menyaksikan keindahan ciptaan tuhan ini adalah selama 20 minit dengan bayaran RM 50 untuk 1 sampan.

Seterusnya, kemudahan yang lain boleh diakses adalah tempat meletakkan kenderaan, pusat informasi, kedai cenderahati, mini teater, taman permainan kanak-kanak, gerai makanan dan tandas awam.

Waktu Operasi: Setiap hari (7.30 malam – 10.30 malam)

Lihat Peta | Telefon | Alamat: Kampung Kuantan, 45000 Bestari Jaya, Selangor

Restoran Lembah Bernam

Tempat menarik di Sabak Bernam

Restoran Lembah Bernam
Sumber: visit-sekinchan.com

Mencari lauk pauk makanan tengahari yang unik? Peminat tegar masakan haiwan eksotik? Mungkin di sini menu yang sesuai dengan selera tekak anda. Restoran Lembah Bernam terletak di daerah Sabak Bernam ini terletak kira-kira 25 kilometer dari Pantai Sungai Kajang Baru. Masakan istimewa yang terdapat di sini ialah masakan berasaskan haiwan eksotik seperti landak, belut, arnab dan rusa.

Lain daripada itu, masakan kampung juga turut disediakan seperti ikan tapah, baung, sepat, puyu dan ulam-ulaman yang sedap dimakan bersama nasi putih. Selanjutnya, sambil menjamu selera pengunjung juga boleh menikmati pemandangan sawah padi yang terbentang luas di depan mata.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Jalan Main Canal, Tali Air 9, Sekincan, Pasir Panjang, Selangor

Taman Alam Kuala Selangor

Tempat menarik untuk honeymoon di Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor
Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor yang terletak bersebelahan Bukit Malawati merupakan destinasi yang sesuai untuk pasangan honeymoon jalan-jalan di Kuala Selangor. Hal ini demikian kerana, suasana di sini sangat menenangkan tanpa kesibukan hiruk pikuk kota dan berbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

Selain itu, taman ini berkeluasan 296 hektar yang terdiri 2 kawasan utama iaitu Hutan Hujan Tropika dan Hutan Paya yang menempatkan pelbagai jenis flora dan fauna. Taman ini dipelihara tanpa kerosakan habitat oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Lebih daripada itu, terdapat haiwan-haiwan yang diancam kepupusan seperti bangau susu, monyet daun perak dan kera ekor panjang. Tempat pemerhatian dan menara turut disediakan untuk anda melihat sendiri pemandangan pelbagai spesies burung dan haiwan lain.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa bawa bersama teropong dan kamera dengan kanta telefoto untuk melihat pemandangan yang lebih baik dan jelas. Selanjutnya, turut disediakan chalet bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman bermalam di hutan belantara.

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Jalan Klinik, Taman Alam, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Sasaran Art Park

Tempat menarik di Jeram Selangor

Sasaran Art Park
Sumber: jesonestop.blogspot.com

Adakah peminat karya seni? Oleh itu, Sasaran Art Part sememangnya tempat anda patut lawati. Sasaran Art Part merupakan antara tempat tarikan pelancong di suatu kawasan lapang di Jeram, Selangor.

Bangunan ini dikelola di bawah Persatuan Sasaran Art dan menjadi pusat perjumpaan penggiat seni kelahiran negeri Selangor.

Selain itu, dipaparkan juga bangunan-bangunan yang dihiasi dengan lukisan mural berwarna-warni, skulptur dan arca yang diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti.

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Jalan Sasaran, Sungai Buloh, 45800 Jeram, Selangor

Villa Cafe Ijok

Kafe di Batang Berjuntai

Villa Cafe Ijok
Sumber: Facebook Villa Cafe Ijok

Villa Cafe Ijok merupakan kedai makan yang berkonsepkan ala-ala western yang terletak di kawasan Batang Berjuntai. Selain itu, Rumah Putih kaca 2 tingkat ini menerima ramai pengunjung terutamanya pada waktu malam meskipun ia juga dibuka pada waktu petang.

Kafe ini mula beroperasi sekitar tahun 2021 dan menyediakan berbagai menu yang menyelerakan seperti chicken chop, nasi bibik, waffle, kopi barista dan sebagainya. Di samping itu, kafe ini juga sesuai untuk keluarga yang membawa anak-anak kecil yang berumur 8 tahun ke bawah. Hal in demikian kerana, kafe ini menyediakan slot bagi kanak-kanak iaitu Supa Dupa.

Selanjutnya, di sebelah dalam Villa Cafe Ijok mempunyai tempat yang dinamakan Candle Light Dinner yang bersebelahan kolam untuk mereka yang ingin meraikan majlis harijadi mahupun ulangtahun bersama yang tersayang.

Waktu Operasi: Setiap hari (5 petang – 11 malam)

Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Jln Haji Alias 2, Kampung Ijok, 45700 Batang Berjuntai, Selangor

Pantai Sungai Kajang

Pantai di Tanjung Karang

Pantai Sungai Kajang
Sumber: foursquare.com

Tidak dinafikan bahawa meskipun negeri Selangor pesat membangun, namun terdapat banyak pantai yang menarik untuk dikunjungi. Pantai Sungai Kajang merupakan pantai yang terdapat di kawasan Tanjung Karang. Ia terletak hanya 4 kilometer dari pekan Tanjung Karang.

Selain itu, pantai ini sesuai untuk bersantai bersama orang-orang yang tersayang dengan menjalankan pelbagai aktiviti menarik. Tamsilnya, merakam gambar-gambar yang cantik, melihat matahari terbit dan terbenam dan memancing.

Lihat Peta | Alamat: Pantai, Kampung Sungai Kajang Baru, 45500 Tanjung Karang, Selangor

Pasar Ikan Kuala Selangor

Pasar di Kuala Selangor

Pasar Basah Pasir Penambang
Sumber: Twitter Average Joe

Pasar Basah Pasir Penambang merupakan sebuah pasar yang cukup terkenal dengan kesegaran barang-barang basah di Kuala Selangor.

Selain itu, ada juga pengunjung yang tinggal jauh dari Kuala Selangor sanggup datang ke pasar ini semata-mata untuk mencari barang-barang basah yang segar dengan kadar harga yang sangat berpatutan.

Antara barang-barang basah yang dijual di sini sama juga seperti pasar-pasar yang lain iaitu ikan, udang, sotong, ketam dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Facebook | Alamat: Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Hussin Fauzi Farm

Taman haiwan di Kuala Selangor

Hussin Fauzim Farm
Sumber: Hussin Fauzi Farm-Taman Haiwan

Taman haiwan di Kuala Selangor yang sangat sesuai untuk kanak-kanak ialah Hussin Fauzi Farm. Taman ini berkonsepkan “mini petting zoo” di mana ia membenarkan anda melihat secara langsung haiwan-haiwan ternakan sambil membelainya sendiri.

Di samping itu, makanan untuk diberi kepada haiwan-haiwan adalah secara percuma. Antara haiwan yang terdapat di sini ialah unta, burung merak dan sebagainya

Lain daripada itu, aktiviti menarik lain adalah berkuda, memanah dan menangguk ikan. Tambahan pula, setiap pembelian tiket RM 2 akan disalurkan ke tabung ma’ahad Tahfiz DarAs-Thaqofah iaitu maahad yang berdekatan dengan Husin Fauzi Farm.

Justeru, bagi anda yang ingin melancong sambil beramal maka kedatangan anda ke sini amatlah dialu-alukan.

Harga tiket:-

  1. Dewasa: RM 12
  2. Kanak-kanak: RM 7

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (10 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Batu 45, Kampung Teluk Penyamun, 45600 Kuala Selangor, Selangor

 Kota Tanjung Keramat

Tanjung bersejarah di Kuala Selangor

Kota Tanjung Keramat
Sumber: penselpatahtunteja.blogspot.com

Jika anda berkunjung ke Bukit Malawati, jangan lupa untuk singgah sebentar berjalan di Kota Tanjung Keramat. Kota Tanjung Keramat telah dibina bersama dengan Kota Malawati pada era pemerintahan Sultan Ibrahim Syah iaitu sultan Selangor yang ke-2 sekitar tahun 1778-1826. Ia

Di samping itu, kota ini terletak di atas sebuah bukit berhampiran Bukit Malawati, Kuala Selangor dan pada suatu ketika dahulu merupakan sebuah kubu pertahanan Belanda.

Tambahan pula, sebatang pokok besar yang tinggi di kawasan kota ini pernah digunakan untuk meninjau pihak musuh. Selain itu, struktur reka bentuk adalah mengikut ciri-ciri barat iaitu dinding kota diperbuat daripada tanah dan batu-batu pejal serta dilengkapi dengan meriam.

Lihat Peta | Alamat: Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Batu Hampar

Batu di Bukit Melawati

Batu Hampar
Sumber: Facebook Love Kuala Selangor

Setiap tempat mempunyai keunikan dan kisah-kisah sejarah yang tersendiri. Begitu juga Bukit Hampar yang terletak di hadapan Bukit Malawati merupakan antara peninggalan sejarah yang masih dipelihara.

Selain itu, ia terletak di tengah-tengah kawasan lapang yang dikatakan sebagai halaman istana pada masa silam. Selanjutnya, Batu Hampar pernah digunakan sebagai tempat untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah.

Lihat Peta | Alamat: Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor

Taman ikan di Kuala Selangor

Taman Ikan Air Tawar Selangor
Sumber: penang-traveltips.com

Tercari-cari tempat untuk anak-anak menyaksikan pelbagai ikan di dalam akuarium di Kuala Selangor? Oleh itu, Taman Ikan Air Tawar merupakan tempat percutian dengan keluasan 5 ekar di Kuala Selangor yang patut anda kunjungi.

Taman Ikan Air Tawar terletak di dalam kawasan Taman Alam Kuala Selangor yang menempatkan bukan 100 tetapi lebih 1000 ekor ikan yang terdiri daripada 60 spesies. Antara spesies ikan air tawar seperti ikan keli, belida, kelah, kelisa, toman dan banyak lagi.

Selain daripada itu, anda juga boleh membeli cenderahati dan berkunjung ke galeri yang mempamerkan pelbagai peralatan menangkap ikan yang digunakan para nelayan.

Harga tiket:-

  1. Dewasa: RM 2
  2. Kanak-kanak: RM 1

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Alamat: Jalan Klinik, Taman Alam, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Muzium di Kuala Selangor

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
Sumber: mdfaiez84.com

Ingin tahu dengan lebih jelas sejarah awal negeri Selangor serta salasilah Kesultanan di negeri Selangor? Muzium Daerah Selangor ada jawapannya.

Muzium ini merupakan sebuah muzium daerah yang dikendalikan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) yang terletak di puncak Bukit Malawati. Sebelum ini, muzium ini merupakan kediaman rasmi Pegawai Daerah di Kuala Selangor.

Selanjutnya, muzium ini menggunakan teknik penyampaian maklumat secara mesra pengguna iaitu dengan adanya info kiosk, replika dan audio visual.

Seterusnya, pameran di muzium ini mempunyai 7 seksyen dan artifak peninggalan sejarah yang terdapat di kawasan puncak Bukit Malawati.

Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 pagi – 5.30 petang)

Lihat Peta | Telefon | Facebook | Alamat: No 1, Puncak Bukit Melawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Rumah Api Kuala Selangor

Rumah Api di Bukit Melawati

Rumah Api Kuala Selangor
Sumber: foursquare.com

Rumah Api Kuala Selangor atau pada ketika dahulu dikenali sebagai Rumah Api Altingsburg sempena nama gabenor Belanda yang menguruskan hal ehwal kawasan sekitar ini.

Ia terletak di atas Bukit Malawati dan menghadap ke laut Selat Melaka. Selain itu, ia mempunyai ketinggian 83 meter dari paras laut dan 27 meter dari darat serta sinaran lampu boleh memancar sejauh 56 kilometer.

Pada ketika dahulu, lampu ini hanya menggunakan minyak tanah dan generator tetapi kini tidak lagi kerana dijana dengan kuasa elektrik supaya lebih bersih dan jimat.

Selanjutnya, peranan penting rumah api adalah sebagai panduan kepada pelayar Selat Melaka dan menjadi penanda arah pintu laluan keluar masuk ke perairan Selangor.

Lihat Peta | Alamat: Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

0 comments:

Post a Comment

loading...