loading...

Friday, 3 June 2022

15 Tempat Menarik Di Mersing Terkini

Perjalanan ke Mersing Johor dari Kuala Lumpur hanya 4 jam, manakala dari Johor Bharu hanya 2 jam. Destinasi percutian menarik ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan kebanyakan pulau-pulau yang indah.

Tarikan alam semula jadinya membuatkan anda ingin datang berulang kali. Tambahan pula, bandar kecil ini memiliki pelbagai jenis restoran, kedai kopi istimewa dan kafe yang menarik.

Adakah anda ingin merasai percutian santai seperti di Bali? Jika ya, Mersing Johor harus ada dalam senarai ‘cuti-cuti Malaysia’ anda!

Tempat Menarik Di Mersing

Jom bercuti di Mersing dan lihat senarai tempat menarik di Mersing ini yang anda boleh terokai bersama rakan-rakan atau keluarga tercinta.

Pantai Penyabong Mersing

Tempat menarik di Endau Mersing

pantai-penyabong-atau-pantai-pasir-lanun-1
Sumber foto: www.hari3aku.com

Pantai Penyabong, dahulunya dikenali sebagai Pantai Pasir Lanun, merupakan sebuah pantai Mersing di Endau, Johor berhampiran perkampungan nelayan Kampung Penyabong.

Pantai Mersing ini mempunyai landskap yang indah dan merupakan tempat perkelahan yang popular untuk penduduk tempatan pada hujung minggu.

Banyak kemudahan penginapan resort dan chalet berdekatan pantai Mersing ini. Selain menikmati pemandangan pantai, anda boleh melakukan aktiviti menarik lain seperti berenang dan berkelah.

Lihat Peta | Telefon | Alamat: Darul Takzim, Taman Bahagia, 86900 Endau, Johor

Pulau Dayang Mersing

Pulau di Mersing

pulau-dayang-di-mersing-1
Sumber foto: lokasipercutian

Satu-satunya cara untuk ke pulau ini adalah dengan menaiki feri yang mengambil masa kira-kira 5 jam dan beroperasi dari April hingga September. Pulau Dayang juga salah satu pulau yang dikendalikan oleh taman laut.

Malahan, pulau ini popular dalam kalangan pemancing dan penyelam tetapi pulau ini jarang dikunjungi kerana lokasinya yang jauh dari tanah besar timur Semenanjung Malaysia.

Anda juga boleh memilih untuk melakukan aktiviti menyelam di Captains Point, Dayang Tips, Telok Jawa, Jeti Dayang atau Rayners Rock. Di samping itu, anda boleh melakukan aktiviti menarik seperti snorkelling, bermain bola tampar pantai, melawat perkampungan nelayan dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Sepanjang Tahun, Tutup: November–Mac

Lihat Peta | Alamat: Pulau Dayang, 86800 Mersing, Johor

Gunung Arong Mersing

Tempat ‘kaki hiking’ di Mersing

gunung arong mersing (1)
Sumber foto: alltrails, google map

Jika anda ingin hiking atau jungle trekking, terdapat laluan pendakian di Hutan Lipur Gunung Arong yang juga sesuai untuk kanak-kanak.

Pendakian juga mudah dan pemandangan ketika di puncak sangat indah.

Anda dan keluarga juga boleh menuju ke kawasan pantai bersebelahan selepas mendaki untuk menyegarkan badan dan merasai angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Lihat Peta | Alamat: Hutan Lipur Gunung Arong, Mersing, Johor

Pulau Mawar Mersing

Tempat camping di Mersing

pulau mawar di mersing (1)
Sumber foto: Facebook tourim johor, 1step1footprint

Pulau Mawar juga dinamakan Heaven’s Gate dikalangan jurugambar kerana anda akan menemui gerbang besar apabila memasuki ke Pulau Mawar. Pemandangan disini sangat cantik, sesuai untuk photoshoot. Namun begitu, pulau ini kurang dikenali ramai.

Bagi yang ingin ke pulau ini, pertama sekali anda perlu menuju ke Jalan Penyabong Carpark. Kemudian, anda perlu berjalan kaki di Pantai Mawar dan melalui paya bakau. Kemudian, anda perlu melakukan pendakian mudah dan singkat untuk ke pintu gerbang Pulau Mawar.

Selain itu, pulau ini menjadi kawasan special dengan keindahan landskapnya dan anda boleh camping bersama keluarga selama beberapa hari. Lokasi menarik ini hanya 20 minit perjalanan dari Mersing.

Lihat Peta | Alamat: 86900, Johor

Pulau Tinggi Mersing

Pulau di Mersing

tempat menarik pulau tinggi mersing
Sumber foto: Instagram Shah Resort Pulau Tinggi

Menariknya, Pulau Tinggi antara 13 pulau yang dilindungi di Taman Laut Sultan Iskandar. Perjalanan ke destinasi menarik ini hanya 45 minit menggunakan perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing.

Selain itu, anda boleh menikmati percutian dengan tenang kerana pulau ini juga kurang pengunjung. Pengunjung juga boleh mandi di pantai, snorkelling dan berbasikal tanpa menunggu giliran.

Lihat Peta | Alamat: Pulau Tinggi, Mersing, Johor

Muzium Mersing

Tempat bersejarah di Mersing

muzium mersing (1)
Sumber foto: google map

Apa yang menariknya, muzium ini pernah menempatkan sejarah penting Perang Dunia Kedua dan menjadi pengkalan Tentera Diraja British.

Pada awal penubuhannya pada tahun 1920, bangunan ini merupakan pejabat pentadbiran dan mengalami pertukaran jabatan sebelum menjadi Muzium Mersing.

Selain itu, muzium ini turut memaparkan kisah peperangan Battle Of Endau. Tragedi pahit yang berlaku antara tentera Berikat dan Jepun pada tahun 1942.

Waktu Operasi: Jumaat (tutup), Sabtu–Khamis: 9am–4:45pm

Lihat Peta | Telefon | Facebook | Alamat: 243, Jalan Ibrahim, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor

Perusahaan Keropok Hj Puteh

Tempat makan menarik di Mersing

perusahaan keropok haji puteh di mersing
Sumber foto: google map

Selain negeri Terengganu, di Mersing anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis keropok seperti keropok kering, keropok sotong, ikan masin dan keropok lekor.

Menariknya lagi, anda berpeluang melihat keropok yang dihasilkan secara tradisional bermula dengan bagaimana adunan diuli, dibentuk dan seterusnya direbus sebelum dijual.

Anda boleh merasai keropok lekor berasaskan ikan selayang, ikan tamban dan ikan parang yang mendapat permintaan tinggi.

Waktu Operasi: Setiap hari: 8am-6pm

Lihat Peta | Telefon | WhatsApp | Instagram | Alamat: Kampung Mersing Kanan, 86800 Mersing, Johor

Pulau Rawa

Tempat menarik di Mersing untuk family

pulau rawa (1)
Sumber foto: Rawa Island Resort

Bagaimana cara nak ke pulau ini? Anda hanya perlu menaiki feri biasa selama 1 jam atau bot laju selama 30 minit dari jeti Mersing. Pulau kecil yang indah ini dikelilingi air kebiru-biruan yang jernih dan terletak kira-kira 16km dari pantai Mersing hebat.

Apa yang menariknya, Pulau Rawa memiliki pantai pasir putih bersih dan bahagian pedalaman dilitupi hutan tebal serta gua yang berdekatan. Malahan, anda juga boleh mencuba waterslide secara percuma tanpa had.

Antara aktiviti menarik di Pulau Rawa termasuklah jelajah laut, berenang, lawatan bot, bersantai sambil menghirup air kelapa, mengambil gambar panorama pulau, berjalan kaki mengelingi pulau dan melihat ‘sunset’ serta ‘sunrise’.

Lihat Peta | Alamat: Rawa Island, 86800 Mersing, Johor

Pulau Aur Mersing

Pulau cantik di Mersing Johor

pulau aur (1)
Sumber foto: jomjalan

Adakah anda mencari percutian bajet mersing? Jika ya, Pulau Aur adalah tempat yang patut dikunjungi jika anda ingin berehat daripada memikirkan masalah anda.

Elektrik hanya tersedia pada siang hari di pulau ini, dan tiada rangkaian telefon atau sambungan internet! Tambahan pula, penginapan ini direka dalam gaya kampung dan hanya menggunakan kipas.

Kalau tak keberatan, jom bercuti ke pulau yang indah ini. Anda boleh mengambil pakej yang ditawarkan oleh resort di pulau ini.

Lihat Peta | Alamat: Pulau Aur, Johor

Teluk Buih

Pantai di Mersing

teluk-buih-di-mersing-1
Sumber foto: Facebook Tourism Johor

Jika anda tidak mahu menaiki bot ke pulau di Mersing, anda masih boleh menikmati ketenangan percutian pantai di persisiran pantai Mersing, seperti Pantai Teluk Buih. Pantai ini hanya 12km dari bandar Mersing.

Walaupun hanya mempunyai teluk kecil, pantai ini menawarkan pemandangan yang indah dan air yang jernih. Bagi yang ingin bermalam, anda boleh menginap di Fishing Bay Resort yang berdekatan.

Anda dan keluarga bukan sahaja boleh mandi-manda di sini, malah anda juga boleh pergi memancing jika anda menikmati aktiviti tersebut, kerana terdapat port untuk memancing. Malah, pengunjung boleh melihat bot-bot nelayan tempatan berlabuh setelah pulang mencari hasil laut.

Lihat Peta | Alamat: 86800, Johor

Pulau Besar Mersing

Tempat menarik di Mersing untuk kanak kanak

pulau besar mersing
Sumber foto: google map

Pulau Besar adalah syurga tropika di bumi, dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi. Apa yang menarik tentang Pulau Besar, pulau ini mempunyai pokok palma yang bergoyang, air yang berkilauan, dan pasir putih yang lembut.

Malahan, Pulau Besar dikelilingi oleh pulau-pulau lain 15km dari pantai timur Johor. Dari permukaan air, anda boleh melihat makhluk laut yang kecil dan terumbu karang.

Selain mandi di pantai, anda boleh menyelam, berkayak, snorkeling dan meredah hutan. Aktiviti ini menjadikan penginapan anda lebih menarik dan menyeronokkan.

Lihat Peta | Alamat: Pulau Babi Besar, Mersing, Johor

Chalet Sri Tanjung Air Papan Mersing

Resort di Mersing

mersing beach resort
Sumber foto: google map

Mersing Beach Resort salah satu pilihan penginapan terbaik ketika anda jalan jalan Mersing. Selain resort selesa yang berdekatan Pantai Air Papan, penginapan ini hanya 15 minit dari bandar Mersing.

Tambahan pula, pengunjung boleh melihat pemandangan laut yang hebat serta mendengar ombak dari bilik sendiri. Persekitaran Mersing Beach Resort yang sangat tenang.

Anda juga boleh menyewa basikal dari resort bersebelahan dan meninjau kawasan sekeliling. Di samping itu, anda boleh mengadakan hari keluarga di sini tetapi sarapan yang disediakan terhad.

Lihat Peta | Telefon | Alamat: Air Papan, 86800 Mersing, Johor

Felda Residence Tanjung Leman

Homestay di Mersing

felda residence tanjung leman
Sumber foto: booking.com

Homestay Tanjung Leman memang berbaloi untuk dijadikan tempat penginapan anda bersama keluarga ketika cuti di Mersing. Malahan, homestay ini berdekatan pantai Tanjung Leman dan popular dalam kalangan keluarga.

Menariknya lagi, homestay Tanjung Leman Mersing ini juga ada kolam renang luar, ‘parking’ percuma dan berdekatan pilihan tempat makan menarik.

Tempat penginapan ini juga tenang, memiliki pemandangan indah, selesa dan terbaik untuk short vacay bersama rakan atau keluarga tersayang dengan harga berpatutan.

Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Facebook | Alamat: Lot PTD 144 Mukim, Teluk Tanjung Leman, 86810 Mersing, Johor

Hotel Sri Malaysia Mersing

Hotel di Mersing

hotel seri malaysia mersing
Sumber foto: Instagram Hotel Seri Malaysia Mersing

Apa yang menarik, hotel Mersing ini ada kolam renang dan bilik penginapan yang lebih selesa. Tambahan pula, hotel Mersing tepi pantai ini berdekatan dengan hospital, jeti, kedai sebaneka dan masjid.

Sekiranya anda mempunyai rancangan ke Pulau Tioman, Hotel Seri Malaysia Mersing adalah salah satu pilihan transit anda sebelum pergi ke Pulau Tioman yang indah.

Selain itu, 1km dari hotel Mersing ini ada taman permainan kanak-kanak dan laluan untuk jogging. Inilah antara hotel murah di Mersing yang terbaik dengan pelbagai aktiviti menarik untuk cuti-cuti di Mersing hebat.

Lihat Peta | Telefon | WhatsApp | Laman Web | Facebook | Instagram | Alamat: Jln Ismail, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor

Bayu Lestari Island Resort

Resort di Mersing

Bayu Lestari Island Resort (1)
Sumber foto: Bayu Lestari Island Resort

Penginapan anda sekeluarga lebih selesa ketika datang bercuti di Bayu Lestari Island Resort. Selain itu, resort ini menawarkan makanan halal, Melayu dan asia. Resort ini juga terkenal dengan aktiviti berbasikal, dan terdapat bilik khusus untuk Billiard.

Menariknya lagi, resort ini ada pantai persendirian, bilik mandi peribadi dan bilik yang dilengkapi penghawa dingin. Jika anda memilih bilik keluarga, anda boleh bersantai di beranda luar.

Anda juga boleh berkelah sambil melihat pemandangan pantai yang cantik dan bersih. Malahan, ada kemudahan sukan air di lokasi, snorkelling, berkayak, jungle trekking dan menyelam tetapi ada bayaran tambahan.

Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Facebook | Instagram | Alamat: Lot 4, Pulau Babi Besar, 86800 Mersing, Johor

0 comments:

Post a Comment

loading...