loading...

Thursday, 30 June 2022

15 Tempat Menarik di Shah Alam yang harus anda lawati.

Senarai Kandungan

Senarai Kandungan

  1. Taman Tasik Shah Alam
  2. Masjid Sultan Salahadun Abdul Aziz Shah
  3. Perpustakaan Raja Tun Uda
  4. I-City Shah Alam Theme Park
  5. I-City Shah Alam Snowalk
  6. Taman Botani Negara Shah Alam
  7. Laman Seni 7
  8. Shah Alam Etreme Park
  9. Wetworld Shah Alam
  10. Shah Alam Community Forest
  11. Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor
  12. City Karting Sdn Bhd
  13. Laman Budaya Galeri Shah Alam
  14. Zipline Shah Alam
  15. Mudtrekker Paintball Park

Malaysia merupakan negara yang penuh dengan tempat menarik di setiap negeri dan di setiap daerah di Malaysia. Setiap tempat ini mempunyai keunikan dan tarikannya yang tersendiri. Hal ini juga tidak terkecuali di Shah Alam. Shah alam terdapat pelbagai tempat yang menarik dan harus diteroka oleh pengunjung-pengunjung yang pergi ke sana.

Bagi ibu dan bapa yang ingin mengambil anak mereka pulang dari universiti di Shah Alam boleh membawa anak-anak mereka ke tempat-tempat menarik ini. Pelajar-pelajar yang ingin menghilangkan stress juga boleh berkunjung ke tempat yang dicadangkan ini.

1. Taman Tasik Shah Alam

Tempat untuk beriadah dan melihat pemandangan.

Sumber: Google Map

Taman Tasik Shah Alam merupakan antara tasik yang terbaik di shah alam. Selain daripada anda berjogging di trek yang disediakan, anda juga disajikan dengan pemandangan yang indah seperti masijid Shah Alam, Air Terjun  dan Sebagainya. Tempat ini sangat sesuai untuk berkelah kerana terdapat banyak tempat berteduh dan aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan ketika berada disini. Antaranya ialah Bungee Jumping, Berkayak, melalui jambatan bergoyang dan sebagainya. Tempat ini sesuai untuk ibu bapa yang ingin membawa anak mereka berjalan-jalan dan juga sesuai untuk pelajar yang ingin menghilangkan stress. Pemandangan di waktu malam juga sangat cantik terutama nya di tempat air terjun. Jadi tidak hairanlah tempat ini merupakan tempat tarikan pengunjung untuk beriadah disini. Sekiranya anda berkunjung ke shah alam, jangan lupa untuk singgah di tempat ini, anda pasti tidak menyesal.

Waktu Operasi: Setiap Hari

Lokasi: Pesiaran Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

2. Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Masjid yang mempunyai reka bentuk klasik dan moden

Sumber Google Map

Sekiranya anda berkunjung ke taman tasik shah alam seperti yang dicadangkan, anda pasti melihat masjid ini di tasik itu. Inilah Dia Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz. Masjid ini mempunyai reka bentuk dan sejarahnya yang tersendiri yang pasti membuatkan anda teruja apabila mengetahuinya. Masjid ini sangat digalakkan untuk dikunjugi sekiranya anda tiba di Shah Alam.

Lokasi: Persiaran Masjid St., Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

3.Perpustakaan Raja Tun Uda

Perpustakaan yang mengandungi kemudahan yang selesa.

Sumber: Google Map

Anda inginkan suasana yang sunyi dan memerlukan pemandangan yang indah?. Perpustakaan Raja Tun Uda adalah tempat yang sesuai kerana sambal anda bertenang membaca buku dan berehat, anda dapat melihat pemandangan indah di sekeliling anda. Tempat ini sesuai untuk menenangkan fikiran dan berehat sebentar setelah puas berjalan. Kemudahan yang disediakan disini juga sangatlah memuaskan.

Lokasi: Jln Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

4.I-City Shah Alam Theme Park

Taman tema yang dilimpahi dengan cahaya lampu di waktu malam.

Sumber: Google Map

Anda ingin menghabiskan malam anda di tempat yang cantik dan seronok? I-city lah tempatnya dengan pemandangan lampu-lampu menarik serta pelbagai permainan yang anda lakukan. Luangkan masa Bersama anak-anak mahupun sahabat dengan bermain dan mencipta kenangan indah bersama. Terdapat juga tempat-tempat yang cantik untuk anda ambil gambar dan simpan sebagai kenangan.

Lokasi: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari(5:00 petang-12:00 pagi)

5. I-City Snowalk

Tempat untuk merasai suasana salji.

Sumber: Google Map

Anda ingin merasai suasana salji seperti di luar negara? Marilah berkunjung ke I-City Snowalk dan rasai kesejukan dan kenikmatan berada di tempat salji. Anak-anak anda pasti menyukai sekiranya anda bawa mereka kesini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dan mencipta kenangan bersama keluarga.

Lokasi: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin -Jumaat( 3:00 petang -11 Malam)

                             Sabtu-Ahad(1:00 petang – 11 Malam)

6. Taman Botani Negara Shah Alam.

Tempat untuk melihat keindahan Flora dan Fauna.

Sumber: Google Map

Anda minat dengan flora dan fauna? Taman botani adalah tempat yang wajib anda kunjungi kerana kaya dengan flora dan fauna. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini ialah flyfising, berbasikal dan aktiviti di kolam renang. Anda juga dapat melihat taman haiwan, taman hiasan, rumah iklim sederhana empat musim,taman kaktus, taman padi dan sebagainya. Disini juga terdapatnya jenis-jenis rumah kampung setiap negeri di Malaysia. Pelbagai kemudahan juga disediakan seperti Bas, Surau tempat letak kenderaan dan pondok rehat. Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan sebagainya anda boleh layari ke http://www.tbnsa.gov.my/ .

Lokasi: 40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:  Selasa-Ahad (7:30 pagi-4:00 petang)

6. Laman Seni 7

Tempat yang mengandungi lukisan yang menarik dan memukau.

Sumber: Google Map

Laman seni 7 ini juga tempat yang menarik untuk dikunjungi. Terdapat banyak lukisan-lukisan yang cantik di dinding dan realistic. Tempat ini sesuai untuk anda yang ingin mengambil gambar yang cantik untuk dibuat kenangan. Seni-seni di laman ini membuatkan anda terpukau dengan kecantikan yang dipersembahkan oleh pelukis.

Lokasi: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari

8. Shah Alam Extreme Park

Tempat untuk mereka yang berjiwa ekstrem.

Sumber: Google Map

Lihat daripada nama sahaja anda sudah tahu bahawa tempat ini merupakan tempat anda melakukan sukan-sukan yang ekstrem. Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan disini ialah skateboarding, rock climbing,roller skating dan sebagainya. Tempat ini sesuai untuk anda yang berjiwa suka mencabar diri dan menghilangkan stress dengan melakukan aktiviti seperti ini.

Lokasi: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari(9:00 pagi-7:00 Petang)

9. Wetworld Shah Alam

Taman tema air yang menarik di Shah Alam.

Symber: Google Map

Wetworld Shah Alam merupakan tempat yang sesuai bagi anda yang meminati aktiviti di air . Pelbagai kemudahan dan permainan disediakan untuk memuaskan hati pelanggan. Taman tema air ini sesuai untuk anak-anak kecil kerana kolamnya cetek.  Taman tema air ini juga seringkali memberikan diskaun yang menarik untuk disambar oleh anda semua. Tempat ini juga sesuai untuk membuat team building dan pelbagai lagi perkara yang dapat mengeratkan persahabatan.

Lokasi: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Khamis-Selasa(10:00 pagi-6:00 petang)

                             Rabu (tutup)

10. Shah Alam Community Forest

Tempat untuk anda mendaki dan menikmati keindahan alam.

Sumber: Google Map

Bagi anda yang meminati kehijauan dan menyukai keindahan alam amatlah sesuai untuk anda  pergi ke Shah Alam Community Forest ini ataupun dikenali sebagai Setia Alam Community Trail . Anda boleh mendaki sambil melihat keindahan alam serta menyihatkan tubuh badan menikmati udara segar. Bawalah Keluarga anda dan mendaki bersama-bersama menuju ke destinasi. Terdapat banyak pilihan laluan yang anda boleh lakukan bergantung kepada tahap stamina anda.

               Lokasi: Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor

               Waktu Operasi: Setiap Hari(24 jam)

11. Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor

Kompleks yang menunjukkan proses penghasilan Al-Quran dan sejarah Nabi.

Sumber: Google Map

Di kompleks ini anda dapat melihat proses penghasilan Al-Quran dan sejarah Nabi. Kompleks ini berdekatan dengan Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz. Terdapat beberapa galeri yang ada bole kunjungi kompleks ini antaranya ialah Galeri yang mempamerkan jenis-jenis motif(hiasan lembaran) dicetak dan disini juga mempunyai Galeri Nabawiyah iaitu galeri yang mengandungi Sejarah Nabi. Bukan itu sahaja, disini juga terdapatnya galeri Mahabbah Al-Haramain( Sejarah Mekah dan Madinah) dan juga tempat cenderamata.

Lokasi: 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu Operasi: Setiap hari: 9:00 pagi hingga 5:30 petang

12.City Karting(Shah Alam SDN BHD)

Tempat sesuai untuk anda bermain Go Kart.

Sumber: Google Map

City Karting menawarkan perhidmatan Go Kart bagi mereka yang meminatinya. Litar Go kart ini memiliki lebih kurang 15 selekoh yang mencabar dan anda yang sukakan cabaran pastinya menikmati pengalaman menaiki Go Kart di litar ini. Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa singgah sekiranya anda berkunjung ke shah alam untuk bercuti dan mencari ketenangan.

Lokasi: Go Kart Circuit, Stadium Car Park, Western 5, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad( 10:00 pagi-10:00 malam)

                             Isnin (10:00 pagi-7:00 petang)

13. Laman Budaya Galeri Shah Alam

Galeri Shah Alam.

Sumber: Google Map

Galeri shah alam mempunyai tiga ruang pameran iaitu galeri 1, galeri 2 dan galeri 3. Pameran yang ditunjukkan antaranya seperti pameran koleksi,pameran berkala,pameran solo,pameran terbuka,pameran lukisan kanak-kanak dan pameran dari dalam dan luar negara. Anda yang meminati sejaharah dan suka melihat lukisan-lukisan digalakkan untuk berkunjung ke laman budaya Galeri Shah Alam ini

Lokasi: Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:Ahad- Jumaat (9:00 pagi-6:00 petang)

                                        Sabtu(Tutup)

14. Zipline Shah Alam.

Flying Fox sambil melihat keindahan tasik.

Sumber:Google Map

Bagi anda yang meminati aktiviti ekstrem, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Zipline Shah Alam ini untuk melakukan aktiviti flying fox.  Anda dapat menikmati pemandangan tasik Shah Alam sambil menjalankan aktiviti zipline ini.  Sebarang info dan sebagainya boleh dirujuk di laman Instagram mereka iaitu  Zipline Shah Alam.

Lokasi: Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat : 10 pg – 6:30 ptg

                             Sabtu, Ahad : 8:30 pg – 6:30 ptg

15. Mudtrekker Paintball Park

Tempat bermain Paintball di Shah Alam

Sumber: Google Map

Ingin menjalankan aktiviti bersama keluarga dan rakan sekerja tetapi tidak tahu nak buat aktiviti apa? Anda boleh cuba bermain paintball di mudtrekker paintball park. Tempatnya yang luas dan kelengkapan yang mencukupi mampu membuatkan berasa seronok bermain paintball apatah lagi bersama orang tersayang. Anda boleh bermain dalam kuantiti yang ramai dalam sesuatu masa dan mengeratkan ukhwah bersama. Apa tunggu lagi jom la main paintball!

Lokasi: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa- Jumaat(10:00 pagi- 5:00 petang)

                             Sabtu-Ahad  (9:00 pagi- 5:00 petang)

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat-tempat yang dicadangkan di atas sekiranya anda berkunjung ke shah alam. Nikmati masa anda di Shah Alam dengan aktiviti-aktiviti yang menarik di tempat-tempat yang telah dicadangkan.

0 comments:

Post a Comment

loading...