loading...

Sunday, 19 June 2022

15 Tempat Menarik Di Kota Tinggi Untuk Diterokai

Kota Tinggi merupakan salah satu daripada 10 daerah yang terletak di selatan tanah air iaitu negeri Johor. Ia terkenal dengan kegiatan ekonomi dalam sektor pelancongan, pertanian serta minyak dan gas.

Selain itu, tidak dinafikan bahawa di Kota Tinggi, Johor ini terdapat pelbagai tempat menarik untuk anda kunjungi tidak kira secara bersendirian, bersama keluarga mahupun sahabat handai.

Senarai Tempat Menarik Kota Tinggi

Berikut merupakan beberapa tempat menarik yang boleh dilawati sepanjang anda berada mahupun bercadang untuk bercuti ke Kota Tinggi, Johor.

Haji Nazir Homestay

Tempat menarik di Tanjung Sedili

Haji Nazir Homestay
Sumber: Facebook Haji Nazir Homestay

Tanjung Sedili terletak di muara Sungai Sedili iaitu di pinggir Laut China Selatan. Ia terdiri daripada 3 kawasan seperti Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Sedili Kecil.

Jika anda ingin merasa tinggal di kawasan ala-ala kampung di kawasan Tanjung Sedili, maka di sini merupakan lokasi yang tepat untuk anda. Haji Nazir Homestay menyediakan perkhidmatan penginapan percutian di kawasan Tanjung Sedili dengan kadar harga RM350 untuk satu malam.

Selain itu, homestay ini mampu menempatkan sekurang-kurangnya 15 orang termasuk kanak-kanak. Antara kemudahan lain yang disediakan iaitu 4 bilik tidur mempunyai katil bersaiz Queen, pendingin hawa, 2 dapur dan kelengkapan memasak serta peralatan rumah yang lain.

Di samping itu, terdapat beberapa kedai makanan yang boleh anda menjamu selera berdekatan dengan homestay ini.

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Alamat: Haji Nazir Legacy 81900, Kota Tinggi, Johor, Malaysia.

Hotel Amansari Desaru

Hotel di kawasan Kota Tinggi

Hotel Amansari Desaru
Sumber: Facebook Amansari Hotel Desaru

Amansari Desaru merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Ia terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Kota Tinggi dan menjadi tarikan pelancong dari setiap pelosok negeri dan luar negara dek kerana kemudahan yang disediakan begitu selesa.

Ia menawarkan 238 bilik berdingin hawa yang luas dan selesa iaitu Superior, Deluxe King, Super Deluxe dan Suite Keluarga. Selain itu, kemudahan yang disediakan di hotel ini termasuk gimnasium, kafeteria serta dewan majlis yang boleh menempatkan seramai 250 orang untuk tujuan tertentu seperti persidangan, perniagaan dan majlis peribadi.

Selanjutnya, kawasan pelancongan yang berdekatan dengan hotel ini adalah Desaru Fruit Farm.

Lihat Peta | Telefon | Facebook | Laman Web | Alamat: No. 127, Jalan Kempas 1,Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor

Chalet Arked D’Punggai Beach Resort

Chalet berdekatan pantai di Kota Tinggi

Chalet Arked D’Punggai Beach Resort
Sumber: Facebook Chalet Arked D’Punggai Beach Resort

Ingin membawa keluarga pergi bercuti dan beriadah atau mencari kawasan penginapan berdekatan dengan Pantai Desaru? Chalet Arked D’Punggai Beach Resort merupakan destinasi percutian yang tepat dengan harga sangat berbaloi.

Selain itu, kelebihan chalet ini adalah keadaan suasana yang tenang dan nyaman seperti di kampung halaman, terdapat pondok rehat dan pit barbeku di sepanjang tepi pantai.

Antara kemudahan lain yang disediakan seperti tapak meletakkan kenderaan yang luas dan pantai yang lapang untuk merasai pengalaman berkhemah di tepi pantai.

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp1 | Whatsapp2 | Alamat: Lot PTD 558 Tanjung Punggai Bandar Penawar, Kota Tinggi 81600 Malaysia

Air Terjun Kota Tinggi

Air terjun di Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi
Sumber foto: foursquare.com

Sebut sahaja Air Terjun Kota Tinggi pasti meniti dibibir setiap lapisan masyarakat. Mana tidaknya, air terjun ini merupakan air terjun yang paling terkenal di daerah Kota Tinggi. Ia terletak sejauh 15 kilometer dari Pekan Kota Tinggi.

Selain itu, terdapat beberapa gelongsor di kawasan lebih cetek yang sesuai untuk kanak-kanak bersuka ria. Selanjutnya, tidak jauh dari situ terdapat gelongsor panjang berterowong seakan-akan gelongsor di taman tema air yang sesuai untuk orang dewasa.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah bermandi-manda, berkelah serta barbeque.

Lihat Peta | Alamat: Sungai Pelepah, Gunung Panti Recreational Forest, 81900 Kota Tinggi, Johor

Warung Pantai Manis Tanjung Sedili

Kedai makan tepi pantai di Kota Tinggi

Pantai Manis Tanjung Sedili
Sumber: Facebook Teman Berjalan

Pantai Manis mungkin tidak terlalu terkenal berbanding pantai yang sedia ada di Kota Tinggi. Namun begitu, keistimewaan Pantai Manis ini terdapat sebuah kedai makan yang dikenali sebagai Warung Pantai Manis Tanjung Sedili yang terletak di bawah rimbunan pohon berhadapan Pantai Manis.

Antara menu istimewa yang disajikan ialah ikan/sotong/udang bakar, ABC special, tauhu sumbat, rojak petis dan keropok lekor. Tambahan pula, tempat ini sesuai untuk membuat tempahan bagi majlis seperti sambutan hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan majlis perkahwinan yang bertemakan outdoor di kawasan pantai.

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 7.00 malam (Setiap hari)

Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Pantai Manis Tanjung Sedili, 81900 Tanjung Sedeli, Johor

Kota Tinggi Waterfall Resort

Resort menarik dengan outdoor pool di Kota Tinggi

Kota Tinggi Waterfall Resort
Sumber: agoda.com

Sehubungan dengan itu, jika anda mencari tempat penginapan sekitar Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi Waterfalls Resort adalah destinasi yang tepat. Resort ini menempatkan sebanyak 59 bilik dan 18 bilik mempunyai pendingin hawa. Selain itu, ia terletak hanya 35 minit sahaja pemanduan dari Lapangan Terbang Senai.

Antara kemudahan yang disediakan ialah wifi, peralatan penjagaan diri dan peralatan-peralatan asas di bilik mandi serta lokasi meletakkan kenderaan secara percuma. Para tetamu boleh menikmati restoran di dalam kawasan resort ini serta penjagaan bayi dan bilik arked turut disediakan bagi kanak-kanak.

Lihat Peta | Telefon | Alamat: Jalan Lombong, 81900 Kota Tinggi, Johor

Koref Desaru Leisure Farm

Tempat menarik untuk family day di Kota Tinggi

Kota Desaru Leisure Farm
Sumber: Facebook Koref Desaru Leisure Farm

Secara lazimnya acara Family Day dianjurkan di kawasan pantai namun sedikit kelainan yang boleh dilakukan dengan memilih tempat unik seperti di Koref Desaru Leisure Farm. Koref Desaru Leisure Farm merupakan lokasi penginapan dan pelancongan yang terletak di dalam Desaru Ecological Park.

Ia amat bersesuaian dengan ahli keluarga dari warga kota yang menginginkan tempat dengan keindahan alam semulajadi. Tambahan pula, aktiviti terbaik yang boleh dilakukan di sini adalah outdoor water challenge, memancing, menaiki bot, flying fox dan bermacam lagi.

Pakej penginapan:

  1. Rumah Batu : RM 300 seorang – 2 hari 1 malam | RM 500 seorang – 3 hari 2 malam
  2. Rumah Pokok : RM 240 seorang – 2 hari 1 malam | RM 380 seorang – 3 hari 2 malam

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Alamat: 213, 81930 Kota Tinggi, Johor

Taman Buaya Teluk Sengat

Tempat menarik untuk kanak kanak di Kota Tinggi

Taman Buaya Teluk Sengat
Sumber: lokasipercutian.com

Umum mengetahui bahawa, negeri Melaka terkenal dengan tarikan taman buaya. Namun begitu negeri Johor apa kurangnya ia merupakan taman buaya yang terbesar di Malaysia.

Taman Buaya Teluk Sengat menempatkan lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai saiz dan spesies. Tempat ini sangat bersesuaian bagi para guru ataupun ibu bapa yang merancang untuk membawa kanak-kanak mengenali secara dekat haiwan seperti buaya.

Selain itu, keistimewaan taman buaya adalah terdapat buaya pusaka dari generasi ke generasi. Kebanyakan buaya di Teluk Selat ini berasal daripada spesies air tawar. Tambahan pula, bagi pengunjung bukan beragama Islam boleh menikmati hidangan daging buaya yang disajikan di sini.  

Harga Tiket Taman Buaya:

  1. Dewasa : RM 8
  2. Kanak-kanak : RM 4

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6.30 petang)

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Alamat: Jalan Sembilang, Teluk Sengat, 81900 Kota Tinggi, Johor

Pantai Teluk Mahkota

Tempat menarik untuk pasangan di Kota Tinggi

Pantai Teluk Mahkota
Sumber: foursquare.com

Pantai Teluk Mahkota atau dikenali sebagai “Jason Bay” yang tersergam indah ala-ala Pulau Nami di Korea Selatan merupakan destinasi menarik untuk dikunjungi oleh pasangan. Ia terletak kira-kira 28 kilometer timur laut dari bandar Kota Tinggi.

Kawasan pantai ini sepanjang 12 kilometer dan menghadap Laut China Selatan. Selain itu, perkataan “teluk” adalah istilah geografi dalam bahasa Melayu manakala perkataan “mahkota” merujuk kepada Tunku Mahkota Johor pada era 1961-1981 iaitu Tunku Abdul Rahman.

Oleh itu, pelbagai aktiviti riadah yang boleh dilakukan di pantai ini misalnya berkelah, berenang, bersantai sambil menghirup udara segar serta menikmati pemandangan indah yang begitu mempesona.

Lihat Peta | Alamat: Kampung Sungai Gading, 81900 Kota Tinggi, Johor

Kota Tinggi Firefly Park

Tempat menarik di Kota Tinggi waktu malam

Kota Tinggi Firefly Park
Sumber: Kota Tinggi Firefly Park

Alami keindahan alam di waktu malam dengan cahaya magik secara langsung di depan mata anda di Kota Tinggi Firefly Park. Kelip-kelip atau kunang-kunang merupakan lokasi kegemaran ramai untuk menikmati keindahan yang lain dari biasa.

Selain itu, tempat ini terletak tidak sampai 30 minit dari bandar Johor Bahru. Sementara itu, perjalanan menaiki bot menelusuri sungai bermula seawal 7.30 malam dan mempunyai 3 jadual.

Tambahan pula, perlu diingatkan bahawa dilarang sama sekali untuk membuat bunyi bising atau mengambil gambar menggunakan flash kerana dikhuatiri kelip-kelip akan lari bertempiaran.

Jadual menaiki bot:

  1. 7.30 malam – waktu yang paling sesuai menyaksikan ribuan kelip-kelip
  2. 8.30 malam – bilangan kelip-kelip berkurangan dari 0% – 20%
  3. 9.30 malam – bilangan kelip-kelip berkurangan dari 0% – 40%

Harga tiket kelip kelip Kota Tinggi:

  1. Dewasa : RM 20
  2. Kanak-kanak : RM 12

Waktu Operasi: Setiap hari (1 petang – 11 malam)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Jalan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Pantai Tanjung Buluh

Tempat menarik di Kota Tinggi untuk remaja

Pantai Tanjung Buluh
Sumber: Facebook Tourism Johor & google.com

Pantai Tanjung Buluh yang terletak di kawasan Sedili merupakan antara pantai yang terbaik dan sesuai untuk para remaja khususnya yang gemar akan aktiviti outdoor dan lasak.

Hal ini kerana, pantai ini sesuai untuk mereka yang gemar bermain meluncur ombak atau dikenali sebagai board surfing, dan aktiviti berenang.

Selain itu, disebabkan keindahan pantai yang mempesona maka sesuai untuk para remaja yang gemar akan mengambil gambar secara Outfit Of The Day (OOTD).

Lihat Peta | Alamat: Pantai Tanjung Buluh, Kampung, 81910, Johor

Muzium Kota Johor Lama

Tempat menarik di Kota Tinggi yang percuma

Muzium Kota Johor Lama
Sumber: tripadvisor.com

Tahukah anda terdapat tempat menarik yang boleh anda kunjungi secara percuma. Percuma? Ya, Betul. Muzium Kota Johor Lama terletak sejauh 27 kilometer dari Kota Tinggi merupakan sebuah muzium yang terkenal di daerah Kota Tinggi.

Muzium ini dibina ketika tahun 2004 dan siap sepenuhnya sekitar tahun 2007. Reka bentuk muzium ini bercirikan rumah tradisional.

Selain itu, peranan utama muzium ini ditayangkan kepada umum adalah memberi informasi sedikit sebanyak tentang kewujudan kerajaan Johor Lama.

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Alamat: Kampong Johor Lama, 81900 Kota Tinggi, Johor     

Jambatan Kota Tinggi

Jambatan yang terkenal di Kota Tinggi

Jambatan Kota Tinggi
Sumber: Facebook Kaiba Matsu

Sementara itu, jambatan yang menjadi mercu tanda kebanggaan warga Kota Tinggi ialah Jambatan Kota Tinggi, Johor.

Di samping itu, ekonomi dan pembangunan di Kota Tinggi berkembang pesat setelah jambatan ini dibina sekitar tahun 1930-an. Jambatan ini menghubungkan jalan untuk warga kota untuk ke kota ataupun ke Johor Bahru.

Tambahan pula, menurut orang ramai bahawa di jambatan ini merupakan port menarik untuk melihat matahari terbit dan terbenam.

Lihat Peta | Alamat: Jalan Besar, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor     

Hasina Resort @ Sedili Kota Tinggi

Resort menarik di Tanjung Sedili

Hasina Resort @ Sedili Kota Tinggi
Sumber: hasinaresort.blogspot.com

Hasina Resort @ Sedili Kota Tinggi, Johor menyediakan tempat yang nyaman untuk berehat bersama seisi keluarga mahupun sahabat handai. Di samping itu, pemandangan Laut China Selatan yang indah dan mendamaikan juga boleh dilihat dari sini.

Reka bentuk resort adalah gaya kabin moden serta mengekalkan keindahan hijau semulajadi di kawasan desa. Selanjutnya, antara kemudahan yang terdapat di resort ini ialah tempat meletakkan kenderaan secara percuma, ruang tempat duduk, pendingin hawa dan televisyen.

Jenis-jenis bilik:

  1. Garden View Cabin : 1 katil queen, 1 katil single (3 orang dewasa)
  2. Garden View Cabin : 3 katil single (3 orang dewasa)
  3. Premier Seaview Cabin : 1 katil queen, 1 katil single (3 orang dewasa)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Lot 747, Kg Teluk Nyireh, 81910, Kota Tinggi, Johor

Tanjung Surat Kota Tinggi

Tempat paling menarik untuk atv dan berkuda

Tanjung Surat Kota Tinggi
Sumber: Viral Muafakat Johor

Tanjung Surat merupakan sebuah pulau di Kota Tinggi yang agak terpencil lokasinya. Namun begitu, peninggalan sejarah ketika zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar Ibni Temenggung Ibrahim dikatakan merupakan kawasan yang amat penting sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran surat-surat di Kota Tinggi.

Kemudian, surat-surat telah dibawa dari Johor Bahru ke Changi menggunakan bot dan dihantar ke Tanjung Surat. Justeru, cara untuk melawat Tanjung Surat Kota Tinggi adalah dengan berkumpul di Jeti setelah sampai dan meletakkan kenderaan di Kampung Belungkor.

Seterusnya, akan disambut oleh pemandu pelancong dan menaiki bot kira-kira 300 meter ke seberang Tanjung Surat. Kemudian, terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan apabila sampai ke seberang Tanjung Surat iaitu acara berkuda, ATV dan kayak.

Lihat Peta | Alamat: Kampung Belungkor 81600 Kota Tinggi, Johor

0 comments:

Post a Comment

loading...