loading...

Sunday, 19 June 2022

Rumah Kos Rendah Mungkin Tidak Lagi Tawaran Dibawah Harga RM200,000 Pada 2025

Seperti yang diketahui ramai, harga di Malaysia sememangnya sangat tinggi dan secara purata terus meningkat membuatkan ramai terpaksa bekerja keras dan membuat pembiayaan untuk tempoh pinjaman yang panjang demi mendapatkan rumah yang selesa.

Walaupun kehadiran pandemik COVID-19 telah memberi impak kepada harga rumah, laporan terbaru jelas menunjukkan sebaliknya di mana harga rumah di Malaysia berkemungkinan meningkat sehingga 20%.

Meneruskan perkongsian Penganalisis Ekonomi Perniagaan UniKL Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, kenaikan harga rumah berikutan kenaikan harga bahan binaan.

Sebagai rekod, harga simen dilaporkan meningkat 12.2% kepada RM20.89 untuk 50 kilogram manakala harga keluli bar juga meningkat sebanyak 20% dengan purata RM3,910 bagi satu tan.

Kenaikan harga pembinaan ini secara tidak langsung bukan sahaja memberi gambaran rumah di bawah seliaan pihak pemaju malah kepada mereka yang mahu membina rumah sendiri menerusi kontraktor terpilih.

0 comments:

Post a Comment

loading...