loading...

Wednesday, 29 June 2022

20 Tempat Menarik Di Banting Untuk Berjalan-Jalan

Pekan Banting Selangor adalah kawasan yang pesat membangun dengan populasi lebih 90 000 penduduk. Di samping itu, ia merupakan bandar pentadbiran bagi daerah Hulu Langat Selangor dan terletak di Sungai Langat. Meskipun Banting merupakan sebuah bandar, namun terdapat banyak tempat menarik di Banting yang anda dapat berjalan-jalan seperti di Pantai Morib, Bukit Jugra dan banyak lagi.

Senarai tempat menarik di Banting

Berikut merupakan 20 tempat menarik di kawasan sekitar Banting Selangor yang boleh anda berjalan-jalan bersama orang-orang yang tersayang. Diharapkan agar maklumat ini berguna untuk anda!

Pantai Kelanang

Pantai di Banting

Pantai Kelanang
Sumber: google.com

Pantai Kelanang lazimnya menjadi tumpuan para pemancing untuk memancing ke laut dengan menyewa bot daripada penduduk tempatan. Tambahan pula, pantai terdekat dengan Pantai Morib ini mempunyai pasir pantai lebih putih berbanding pantai lain.

Namun begitu, pantai ini hanya boleh bersiar-siar sahaja tetapi tidak sesuai untuk aktiviti bermandi-manda disebabkan keadaannya yang agak berselut.

Lihat Peta | Alamat: Kampung Kelanang, Selangor

Paragliding Bukit Jugra

Tempat menarik di Kuala Langat

Paragliding Bukit Jugra
Sumber: google.com

Anda penggemar sukan ekstrem atau teringin untuk mencuba aktiviti paragliding? Mari berkunjung ke Bukit Jugra bagi menikmati pengalaman menyeronokkan ini! Selain itu, anda juga dapat menyaksikan pemandangan di sekitar pekan Banting dari udara.

Tambahan pula, anda tidak perlu risau jika tidak pernah melakukan aktiviti ini kerana terdapat peluncur profesional yang akan terbang bersama anda!

Namun begitu, aktiviti ini akan dibatalkan serta merta sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor

Pantai Morib

Tempat menarik di Morib

PantaI Morib
Sumber: google.com

Seperti yang sedia maklum, Pantai Morib merupakan tempat menarik di Morib yang terletak di Banting serta menjadi daya tarikan para pengunjung.

Selanjutnya, pantai sepanjang 400 meter ini membolehkan pengunjung berjalan sepuasnya sambil menikmati keindahan pemandangan pantai terutamanya di waktu senja dan deruan ombak menenangkan jiwa.

Antara kemudahan yang disediakan seperti taman permainan kanak-kanak, medan selera dan banyak lagi.

Tambahan pula, pantai ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu Pantai Morib Baru tempat bermain air laut dan Pantai Morib Lama tempat medan ikan bakar.

Lihat Peta | Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor

Villea Morib

Hotel di Morib

Villea Morib
Sumber: agoda.com

Villea Morib atau dikenali sebagai Hotel Impian Morib merupakan tempat penginapan yang hanya 5 minit dari Pantai Morib.

Oleh itu, jika anda berada di sekitar Morib anda boleh memilih Villea Morib sebagai destinasi penginapan anda!

Selain itu, penginapan ini menyediakan lebih 50 bilik yang dilengkapi pendingin hawa dan televisyen.

Tambahan pula, hotel ini menyediakan fasiliti tempat letak kenderaan secara percuma, penyewaan basikal, memancing, kolam renang dan padang golf.

Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Lot 183 &184 Jalan Pantai, 42700 Banting, Selangor

Indah Morib Homestay

Homestay di Kampung Endah di Banting

Indah Morib Homestay
Sumber: google.com

Mencari homestay di Banting dengan harga yang sangat berbaloi? Mari menginap di Indah Morib Homestay! Indah Morib Homestay terletak di Kampung Endah iaitu hanya 8 minit dari pekan Banting.

Selain itu, terdapat beberapa penginapan homestay yang disediakan di sini dan yang pastinya cukup menampung kapasiti pengunjung yang ramai.

Selanjutnya, antara kemudahan yang ditawarkan di sini ialah bilik karaoke, kolam renang dan tempat barbeku. 

Waktu Operasi: Setiap pagi (9 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Alamat: Pt 704, Jalan Perdana 2 Indah Perdana, Kampung Endah, 42700 Banting, Selangor

Masjid Sultan Alaeddin

Masjid di Banting

Masjid Sultan Alaeddin
Sumber: google.com

Masjid Sultan Alaeddin merupakan masjid yang tertua di negeri Selangor dan dibina sekitar tahun 1900 an. Di samping itu, masjid ini turut dikenali sebagai Masjid Sultan Alauddin dan Masjid Bandar.

Selain itu, pengaruh seni reka bentuk masjid ini adalah dari kerajaan Deli di Medan, Sumatera Utara. Selanjutnya, bahagian dalam masjid ini dihiasi dengan ukiran Al-Quran dan ukiran kayu yang agak rumit.

Waktu Operasi: Setiap hari

Lihat Peta | Telefon | Facebook | Laman Web | Alamat: Jalan Istana Lama, Kampung Bandar, 42700 Banting, Selangor 

Pantai Batu Laut

Tempat photoshoot di Banting

Pantai Batu Laut
Sumber: google.com

Pantai Batu Laut merupakan pantai yang sering menjadi tarikan jurugambar untuk melakukan photoshoot samada photoshoot perkahwinan mahupun sekadar kenang-kenangan.

Selain itu, pantai yang dikelilingi oleh pokok bakau ini terletak di antara Morib dan Tanjung Sepat.

Tambahan pula, pemandangan yang unik dan dramatik daripada pokok-pokok bakau ini yang menyebabkan gambar yang diambil nampak lebih menarik.

Lihat Peta | Alamat: 5, Kampung Batu Lapan, Tanjong Sepat, Selangor

Tadom Hill Resort

Tempat menarik untuk family day di Banting

Tadom Hill Resort
Sumber: agoda.com

Anda mencari tempat untuk menganjurkan family day bersama seisi keluarga? Kami cadangkan untuk anda ke Tadom Hill Resort!

Resort ini sangat cantik kerana ia diperbuat daripada kayu buluh serta pelbagai aktiviti menarik dan mencabar yang ditawarkan.

Antaranya ialah flying fox, bamboo rafting, abseiling, water skipper dan bermacam lagi.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: 2, Jalan Bukit Tadom, Kampung Orang Asli, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang

Tempat menarik untuk kanak-kanak di Banting  

Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang
Sumber: google.com

Ingin membawa anak-anak berjalan ke taman rekreasi sambil menikmati keindahan alam semulajadi? Jom ke Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang!

Secara amnya, nama Sijangkang diambil dari pokok yang seakan-akan pokok getah yang hanya dapat dijumpai di Indonesia.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh melakukan jungle trekking sepanjang 750 meter dengan menggunakan laluan titian yang disediakan.

Selanjutnya, di sepanjang perjalanan terdapat juga beberapa spesies pokok dengan nama yang tertera di papan tanda yang dinyatakan.

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Alamat: Jalan Batu 8, Kampung Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor

Istana Jugra

Istana di Banting

Istana Jugra
Sumber: google.com

Istana Jugra atau dikenali sebagai Istana Bandar merupakan tempat Sultan Alaeddin Sulaiman Shah bersemayam sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1938.

Selain itu, istana ini terdiri daripada 2 tingkat dan mempunyai beberapa bilik antaranya Kolam Mandi Diraja dan Balairong Seri.

Selanjutnya, bangunan istana ini diperbuat daripada batu bata dan motar kapur serta kayu cengal berkualiti tinggi dibuat untuk tangga dan pintu istana.

Tambahan pula, ukiran di istana juga menerima pengaruh China dan Eropah.

Waktu Operasi:

  1. Setiap hari (9.30 pagi – 4.30 petang)
  2. Jumaat tutup (12.30 tengahari – 2.30 petang)

Lihat Peta | Laman Web | Alamat: Kampung Sungai Ingat, 42700 Banting, Selangor

Padi Hijau Homestay

Homestay dengan latar belakang sawah padi di Banting

Padi Hijau Homestay
Sumber: google.com

Anda menginginkan tempat penginapan yang cantik berwarna-warni dengan berlatar belakang kehijauan sawah padi? Homestay Padi Hijau adalah pusat penginapan dengan harga yang berpatutan yang sesuai untuk anda!

Selain itu, homestay ini terdiri daripada 2 jenis penginapan iaitu unit A & B serta kon 1,2 & 3 yang cantik berwarni-warna yang sesuai untuk anda “ber ootd”.

Tambahan pula, berbagai kemudahan yang disediakan di homestay ini yang dapat memenuhi keperluan anda.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Unnamed Road, Parit 8 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor

Bukit Jugra

Bukit di Banting

Bukit Jugra
Sumber: google.com

Bukit Jugra merupakan bukit di mana aktiviti hiking dan paragliding sangat sesuai dijalankan. Tambahan pula, pergerakan angin dari bukit ini menyebabkan aktiviti paragliding amatlah sesuai dilakukan.

Di samping itu, di puncak bukit ini pengunjung dapat menyaksikan pemandangan pertemuan di antara laut Selat Melaka dengan Sungai Langat.

Lihat Peta | Alamat: Jugra, 42700 Banting, Selangor

Kedai Kerepek (Fazz Enterprise Kerepek House)

Kedai kerepek popular di Banting

Kedai Kerepek (Fazz Enterprise Kerepek House)
Sumber: google.com

Jika anda berjalan-jalan ke Banting dan mencari ole-ole untuk rakan-rakan mahupun sanak saudara, anda boleh berkunjung ke Fazz Enterprise Kerepek House.

Kedai kerepek termasyhur di Banting ini menjual lebih 300 jenis kerepek yang berasaskan ubi dan pisang dengan harga yang murah berbanding kedai lain.

Tambahan pula, ada juga makanan-makanan ringan lain yang dijual di sini seperti keropok palembang, keropok opak kari, kerepek keledek ungu dan banyak lagi.

Yang pastinya anda akan rambang mata memilih kudapan-kudapan ini!

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 10 malam)

Lihat Peta | Telefon | Facebook | Instagram | Alamat: Jalan Cempedak, Kampung Sungai Lang Baru, 42700 Banting, Selangor

Makam Sultan Abdul Samad

Makam bersejarah di Banting

Makam Sultan Abdul Samad
Sumber: google.com

Terlebih dahulu pengunjung boleh berkunjung ke Makam Sultan Abdul Samad ketika dalam perjalanan ke Bukit Jugra. Makam ini bertempat di sebuah bangunan berwarna kuning yang berbentuk bagaikan sebuah masjid.

Di samping itu, almarhum baginda merupakan Sultan Selangor yang ke-4 pada tahun 1857-1898.

Selain itu, makam almarhum baginda terletak di dalam bangunan manakala makam isteri, anak, cucu dan cicitnya terletak di bahagian luar.

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Jalan Makam, Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor

Dataran Banting

Dataran di Banting

Dataran Banting
Sumber: google.com

Nikmati port terbaik di Dataran Banting dengan menghabiskan masa hujung minggu beriadah bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan.

Selain itu, dataran ini terdapat taman permainan kanak-kanak, trek berjoging, panggung seni berbumbung dan arena olahraga.

Waktu Operasi: 24 jam

Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Taman Budiman, 42700 Banting, Selangor

Restoran Tawaqal

Tempat makan popular di Banting

Restoran Tawaqal
Sumber: @thisisjaja | @myapilot | google.com

Jika anda ke Banting, tak lengkap rasanya kalau tidak singgah ke tempat makan popular di sini iaitu Restoran Tawaqal. Restoran ini merupakan antara restoran yang tertua di Banting yang wujud sejak tahun 1941.

Di samping itu, menu terbaik yang anda wajib cuba di restoran ini ialah mee rojak, cendol serta roti canai yang dimakan dengan kari daging. Sudah pastinya menjilat jari! Sekali cuba pasti nak lagi!

Waktu Operasi: Setiap hari (7 pagi – 11 malam)

Lihat Peta | Telefon | Alamat: 315, 287, Jalan Sultan Abdul Samad, Taman Seri, 42700 Banting, Selangor

Rumah Dato’ Haji Sidek

Rumah legend di Banting

o’ Haji Sidek
Sumber: google.com

Peminat sukan badminton tanah air mahupun peminat komik dan siri animasi Anak-Anak Sidek?

Jika ya, nama Dato’Haji Sidek pastinya tidak asing lagi dengan sumbangan beliau yang telah berjaya membawa anak-anaknya merangkul gelaran di dalam acara badminton.

Selain itu, Monumen Badminton Keluarga Dato’ Haji Sidek telah dibina berhadapan rumah legend di Banting ini.

Tambahan pula, monumen ini dibina sebagai tanda penghargaan ke atas kejayaan anak-anaknya di dalam arena badminton.

Lihat Peta | Alamat: Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor

Pasar Kampuchea

Pasar di Banting

Pasar Kampuchea
Sumber: google.com

Pasar Kampuchea atau nama lainnya Pasar Kemboja merupakan pasar yang diniagakan oleh golongan Melayu Kemboja yang sudah bertapak di Banting sejak 20 dekad lalu.

Selain itu, pasar ini terdapat pelbagai barangan jualan seperti cenderahati, kraftangan, pakaian dan bermacam lagi.

Ianya dibuka pada setiap hujung minggu dengan harga yang sangat murah berbanding pasar lain.

Oleh itu, jika anda ingin membeli buah tangan untuk dibawa pulang, Pasar Kampuchea sangat sesuai untuk anda!

Lihat Peta | Alamat: Jalan Kenanga, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor

Rumah Api Bukit Jugra

Rumah api di Banting

ukit Jugra
Sumber: google.com

Rumah Api Bukit Jugra terletak di atas puncak Bukit Jugra dan mempunyai 2 buah rumah api.

Selain itu, rumah api pertama dengan ketinggian 146 meter dibina ketika zaman penjajahan British dan rumah api kedua dengan ketinggian 25 meter dibina sekitar tahun 1976.

Di samping itu, pengunjung dapat menyaksikan pemandangan dari Rumah Api Bukit Jugra iaitu pemandangan di sekitar Kuala Langat.

Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor

Kedai Buku Lao Mao

Kedai buku popular di Banting

Kedai Buku Lao Mao
Sumber: google.com

Kepada anda yang meminati siri komik Jepun dan manga, anda wajib datang ke kedai ini! Di samping itu, anda boleh membuat pilihan samada membeli ataupun meminjam buku di kedai ini. Menarik bukan!

Dalam pada itu, antara buku yang terdapat di sini ialah Dragon Ball, Slam Dunk, Detective Conan, Doraemon dan bermacam lagi.

Selanjutnya, sebuah komik hanya berharga dalam anggaran 60 sen hingga RM 1.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (11 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Telefon | Facebook | Whatsapp | Alamat: 119, Jalan Bunga Pekan 2, Taman Seri, 42700 Banting, Selangor

0 comments:

Post a Comment

loading...