loading...

Friday, 17 June 2022

Dual Monitor – Bukan Sebab Bangsawan, Tapi Produktiviti Berganda

Siapa yang pernah menonton filem Justice League yang di tayang pada 2017 pasti mengetahui bagaimana Batman susun atur Batcomputer bersama 6 monitor miliknya.

Penyusunan monitor yang menunjukkan individu hebat IT seperti hacker, stock broker atau adiwara hebat.

Bagaimana Batman susun atur Batcomputer bersama 6 monitor miliknya. Sumber: Fandom

Erti kata lain, susunan monitor seperti golongan netizen T20 atau bangsawan.

Walaupun multi-monitor dikatakan mahal, rumit, dan tidak banyak penggunaannya tapi memang nampak cool bila lihat penyusunan monitor seperti di laman Pinterest. 

Lagipun, kerjaya saya bukan hacker pun, hiks!

Pangalaman Setup Dwi-Monitor Pertama

Bagaimanapun itu merupakan pandangan saya sebelum 2020, di mana wabak COVID-19 memaksa saya work-from-home sepanjang masa. 

Ketika itu, syarikat memberi peluang untuk meminjam monitor extra di office untuk digunakan di rumah.

Kalau free, mesti dah kena ambil, ops!

Dan saat itulah saya sedar bukan saja berguna untuk multitask, tapi sesuai untuk kerja yang memerlukan banyak kajian dan rujukan.

Misalnya seperti penulis atau pegawai operasi seperti saya.

Malah, saya juga perasan dengan tambahan sebuah monitor lagi, produktiviti saya jauh lebih meningkat.

Ini kerana saya boleh membuka sticky note, emel atau kalendar dalam satu masa. 

Malah, bila ada tugasan yang berat dimana saya memerlukan membuka banyak laman web untuk membuat rujukan, memang memerlukan dua monitor.

Maksudnya, monitor utama saya gunakan untuk memaparkan program penting, manakala monitor kedua saya jadikan untuk mencari kajian rujukan.

Ini menjadikan kerja saya menjadi lebih cepat dan mudah. Saya tidak perlu sentiasa menukar tab atau windows berlainan.

Tambah pula, kawan saya yang bekerja sebagai programmer, mereka lebih suka 2 monitor dimana monitor utama memaparkan code, manakala monitor kedua memaparkan hasilnya.

Dan, kalau ada waktu senggang, memang saya ambil kesempatan layan video di YouTube atau Netflix lah 😛

Dwi-Monitor + Monitor Arm = <3

Dalam masa setahun, saya membeli 2 monitor sebesar 27-inci, siap dengan monitor-arm dari North Bayou. 

Walaupun monitor modern mempunyai monitor stand yang serba boleh tapi produk NB memberikan fleksibiliti yang bagus serta memberi ruangan atas meja menjadi lebih luas. 

Memang best bila guna sewaktu bekerja, main game atau menonton filem.

Kalau anda nak tahu, bila tengok filem guna produk NB ni, anda akan rasa seperti tonton wayang tapi di rumah. Memang puas hati visual 27 inci.

Dan apabila rakan sekerja saya Umar yang bekerjasama dengan saya di ProductNation tanya, kalau team Aliff Channel berminat untuk mencuba dua monitor baharu dari BenQ, saya memang cepat-cepat menawar diri untuk cuba!

GW2785TC

Kini, saya telah menerima monitor model GW2785TC dan GW2485TC dari BenQ yang saya rasa mempunyai beberapa fungsi bagus, terutama bagi mereka yang masih bekerja di rumah.

Jika dilihat, rekaan luaran monitor ini tidak mempunyai apa-apa ciri istimewa tapi mampu menyokong VESA mount 100mm seperti monitor lain.

BenQ GW2785TC & BenQ GW2485TC

Monitor Eye-care IPS FHD (1080p)

Bahagian monitor stand pula mampu mengawal orientasi dan ketinggian monitor. Bahagian monitor stand pula mampu mengawal keseimbangan tinggi monitor dan tahap kualitinya juga bagus. Bukan sekadar plastik stand biasa yang digunakan pada mana-mana monitor lain.

Jadi, kepada para programmer, ini adalah berita baik kerana anda boleh pusing monitor untuk posisi menegak semasa melakukan kerja coding. Cool kan?

Paparan

Untuk pengetahuan anda, monitor BenQ siri GW85TC mempunyai dua model yang berbeza;

  • Model 27” (GW2785TC) 
  • Model  24” (GW2485TC)

Perbezaan dua jenis model monitor ini adalah saiz skrin dan harga saja. 

Sebaiknya, pertimbangkan betul-betul sebelum membuat pembelian. Pastikan sesuai dengan kegunaan harian anda.

Skrin monitor ini mempunyai paparan IPS 1080p dimana pembebasan warna (colour reproduction) yang lebih cerah dan tepat berbanding teknologi paparan monitor lain yang mempunyai paparan jenis VA atau TN. 

Selain itu, monitor model GW2785TC memiliki refresh rate yang tinggi dan cukup untuk penggunaan harian (75hz).

Senang kata, paparan ini memang direka khas untuk penggunaan biasa dan menonton video sahaja.

Jadi, mereka yang berada dalam bidang video, produk ini tidak sesuai untuk dijadikan sebagai monitor utama.

OSD

Salah satu fungsi istimewa bagi monitor ini adalah mempunyai pelbagai display modes yang boleh pilih dalam menu monitor. 

display modes yang boleh pilih dalam menu monitor
contoh ePaper mode

Antaranya;

  • Care Mode: Sesuai untuk melindungi mata kerana skrin paparan lebih gelap dan warna tidak begitu terang.
  • Coding Mode: Sesuai untuk programmer kerana warna skrin cerah dan monitor boleh dipusingkan, menjadikan senang membuat tugasan.
  • Reading Mode: Sesuai untuk melakukan kerja pada waktu malam kerana mempunyai teknologi perlindungan mata dari cahaya biru
  • ePaper Mode: Sesuai untuk membaca kerana dapat menjadikan monitor seperti paparan Amazon Kindle Paperwhite (membaca di kertas).

Bagi kita, display modes yang boleh dikatakan paling berguna adalah ePaper Mode dan Coding Mode. Untuk para writer seperti kita, ePaper amat berguna semasa menulis artikel (seperti ini) manakala Coding Mode amat berguna kepada para programmer terutama di aplikasi coding seperti Visual Studio, Notepad++ ataupun PHPStorm.

Coding Mode ON
Coding Mode Off

IO dan USB-C

Tahun 2020, saya pernah menggunakan laptop Apple Macbook, malangnya Macbook tersebut tidak mempunyai port HDMI.

Masa tu memang guna port USB-C je sebab tak mampu membeli Macbook Pro M1 (buat masa ini).

Nasib baiklah monitor BenQ siri GW85TC mempunyai port USB-C yang mampu mengecas laptop. Hebat kan?

Malah, dengan kemampuan PD 60W, monitor ini mempunyai ciri fast-charge utuk semua telefon dan laptop, termasuk Macbook Pro M1 2021 16”.

Kalaulah komputer atau laptop anda mampu menyokong HDMI atau DisplayPort, jangan risau, monitor ini mempunyai 1x Port DP (v1.2) dan HDMI (v1.4). 

Walaupun ciri spesifikasi bukan yang terbaru atau canggih tapi sangat sesuai untuk produktiviti 1080p.

BenQ Eye-care

Kalau anda nak tahu, jenama BenQ dari Taiwan ini merupakan salah satu jenama monitor yang sangat terkenal, terutama pada bahagian fungsi Eye-care dan Brightness Intelligence (BI) yang ada pada semua monitor mereka.

Mana yang tidak tahu, fungsi Eye-care ini akan mengurangkan cahaya biru yang dipancar dari paparan.

Manakala fungsi BI, dapat mengawal kecerahan monitor mengikuti persekitaran bilik anda.

Bukan apa, cahaya biru dan monitor yang terlampau cerah boleh mengakibatkan retina mata rosak jika terdedah light blue untuk jangka masa yang lama.

Pesanan ringkas bagi anda yang sememangnya kerja menghadap monitor untuk masa yang panjang, sebaiknya pilih produk yang mempunyai ciri melindungi mata dari cahaya biru.

Ingat, kerja tu kerja juga tapi kesihatan tetap diutamakan.

Daisy Chain

Seterusnya jika anda lihat pada gambar monitor di atas, mungkin ada yang perasan terdapat satu port lebih yang bertanda “DP-out”.

Ini bermaksud, monitor ini mampu menyambungkan beberapa monitor bersama, atau dipanggil “daisy chain”.

Dengan ciri ini, anda mampu menyambungkan berapa monitor bersama tetapi hanya menggunakan satu port USB-C di komputer atau laptop anda saja.

Fungsi Tambahan

Tambahan lagi, monitor ini turut dilengkapi mikrofon serta teknologi pembatalan bunyi (noise cancelling).

Memang sangat sesuai digunakan semasa panggilan Zoom kerana dari pengalaman kami, kualiti mikrofon memang boleh dikatakan sangat bagus untuk kegunaan panggilan video.

Cuma agak pelik, monitor ini tidak dilengkapi dengan webcam. Mungkin pihak BenQ rasa webcam tidak diperlukan buat masa ini atau ingin mengurangkan kos?

Tapi itu tidak menjadi masalah kerana saya lebih gemar menggunakan webcam dari laptop je dan kadang-kala tu off video masa online meeting.

Apa pun, bagi pendapat saya, fungsi sesebuah teknologi adalah amat penting untuk dititik beratkan sebelum membuat pembelian.

Kesimpulan

Sebelum tahun 2020, saya mempunyai pandangan dimana tak semua memerlukan monitor lebih dari satu. 

Tapi selepas mencuba setup dari BenQ ini, kini saya faham kenapa terdapat individu yang rasa mereka tidak dapat berfungsi tanpa dua monitor.

Dengan teknologi baru BenQ yang bukan saja dapat melindungi mata tapi turut mempunyai pelbagai ciri dan fungsi bagus yang lain.

Jadi saya sarankan bagi anda yang mampu, anda boleh cuba sendiri keseronokan memiliki setup dwi-monitor ini.

Saya jamin, jika anda seorang penulis, akauntan, programmer, atau apa-apa bidang yang memerlukan kajian atas talian dan menggunakan monitor ini, anda akan merasakan 

…dunia bakal berubah!

Artikel ini merupakan hasil kerjasama BenQ Malaysia

0 comments:

Post a Comment

loading...