Umum mengetahui bahawa Sarawak merupakan negeri yang paling terbesar di Malaysia. Ia terletak seluas 124,450 kilometer persegi bersebelahan negeri Sabah di Kepulauan Borneo dan dipisahkan dari Semenanjung oleh Laut China Selatan.
Selain itu, negeri yang terkenal dengan sungai yang terpanjang ini terdiri daripada 12 bahagian. Pada entri kali ini kami akan membawa anda gambaran secara menyeluruh mengenai pelbagai tempat menarik di bandaraya Miri Sarawak.
Senarai tempat menarik di Miri Sarawak
Seperti yang sedia maklum, bandar Miri Sarawak merupakan bandar kedua terbesar di dalam negeri Sarawak yang terkenal dalam industri petroleum. Ia terdiri daripada 5 kawasan utama iaitu Miri, Marudi, Subis, Beluru dan Telang Usan.
Terdapat juga tempat menarik di Miri untuk anda mengembara dan alami keindahan alam semulajadi seperti Taman Negara Niah, Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Bukit Lampir.
Oleh itu, terdapat 21 tempat menarik di Miri untuk anda mengembara dan alami keindahannya tersendiri.
Pantai Hawaii (Hawaii Beach Miri)
Pantai di Miri
Pantai Hawaii (Hawaii Beach) juga dikenali sebagai Pantai Bakam yang terletak di Kampung Bakam, Miri. Selain itu, ia terletak kira-kira 18 kilometer dari Miri Sarawak dan merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi.
Pantai ini tidak begitu dikenali oleh pelancong luar negeri disebabkan ia tersembunyi di perkampungan nelayan.
Tambahan pula, pemandangan di sini sungguh indah dengan lokasinya dikelilingi banyak pokok kelapa menjadikan ia sesuai untuk berkelah dan barbeku.
Di samping itu, di kawasan berdekatan pantai terdapat sebuah tempat untuk menyimpan peralatan barbeku dan perkhemahan.
Lihat Peta | Alamat: Kampung Bakam, 98000 Miri Sarawak
Air Terjun Latak
Air terjun di Sarawak
Air Terjun Latak merupakan air terjun yang popular di Sarawak dan merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi. Ia terletak di dalam kawasan Taman Negara Bukit Lambir dengan ketinggian 25 meter.
Di samping itu, pendakian perlu dilakukan selama 20 minit dari tapak utama sebelum menuju ke kawasan ini. Tambahan pula, air terjun popular ini menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu.
Selanjutnya, kemudahan yang disediakan seperti bilik persalinan, tandas dan kawasan berkelah.
Namun begitu, pengunjung perlu patuh akan arah penanda aras lokasi bahaya yang tidak sesuai untuk mandi manda.
Lihat Peta | Alamat: Air Terjun Latak, 98150 Marudi, Sarawak
Excapade Miri
Tempat makan best di Miri
Anda penggemar makanan Jepun? Jika anda berada di sekitar Miri, jangan melepaskan peluang untuk singgah di restoran Jepun yang merupakan tempat makan best di Miri ini!
Excapade Japanese Cuisine merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi. Ia merupakan restoran Jepun yang menyajikan pelbagai makanan terkenal Jepun seperti Sushi, Sashimi dan Bento.
Di samping itu, restoran ini mempunyai 5 kategori menu iaitu Chuka, Sushi, Appetizers, Japanese Curry dan Dessert.
Waktu Operasi
- Isnin – Khamis (11 pagi – 2.30 petang | 6 petang – 9.30 malam)
- Jumaat – Ahad (11 pagi – 10 malam)
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Block B, Taman Selera Tanjung Lobang, 98000 Miri Sarawak
Taman Awam Miri
Taman awam di Miri
Taman Awam Miri merupakan sebuah taman awam yang terletak hanya 3 kilometer dari bandar Miri. Di samping itu, ia merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi dengan kemasukan secara percuma.
Selain itu, taman ini selalunya dikunjung oleh penduduk sekitar Miri berjoging beriadah pada waktu petang. Sementara itu, bagi anda yang tidak gayat dengan ketinggian boleh mencuba titian gantung yang terdapat di sini.
Lebih daripada itu, suasana di sini agak redup kerana dilitupi dengan pokok-pokor besar yang rendang. Antara tarikan di sini ialah taman botani, kantin, menara tinjau, taman permainan dan kolam renang awam.
Lihat Peta | Alamat: Taman Awam Miri, 98000 Miri Sarawak
Grand Old Lady Miri
Tempat bersejarah di Miri
Seperti sedia maklum, bandar Miri terkenal dalam industri petroleum. “Grand Old Lady Miri” ianya bukanlah monumen wanita tua tetapi ia merupakan mercu tanda pelantar minyak no 1 di Miri.
Tambahan pula, ia merupakan antara tempat menarik di Miri yang bersejarah di Miri. Pelantar setinggi 30 meter yang terletak di atas Bukit Canada ini merupakan tempat permulaan industri minyak di Sarawak berkembang.
Selain itu, pelantar ini turut berkhidmat dalam penghasilan minyak selama 62 tahun. Di samping itu, pengunjung dapat melihat pemandangan sempadan Brunei, pelantar minyak di luar pesisir pantai dan loji penapis berhampiran Lutong.
Waktu Operasi: 24 jam
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: The Grand Old Lady – Canada Hill, 98000 Miri Sarawak
Gua Niah Miri
Gua di Miri
Tempat menarik di Miri yang anda boleh kunjungi ialah Gua Niah. Ia memerlukan hanya 30 minit perjalanan dari bandar Miri dan terletak di pintu masuk Taman Negara Niah.
Selain itu, gua ini merupakan gua yang tertua di Miri dan Malaysia dengan bukti kewujudan manusia zaman lampau yang pernah tinggal di gua ini.
Dalam pada itu, ia juga dikenali sebagai gua batu kapur yang terbesar di dunia dan diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah Muzium Sarawak.
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Gua Niah, 98200 Niah, Sarawak
Pantai Kampung Kuala Sibuti
Tempat menarik di Bekenu Miri
Kawasan Sibuti dahulunya dikenali sebagai Subis mempunyai pekan pentadbiran yang terletak di Bekenu. Pantai Kampung Kuala Sibuti merupakan sebuah pantai yang terletak di muara sungai yang menghubungkan sungai dan pantai.
Selain itu, pantai ini merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi. Hal ini kerana ia menjadi tarikan para pemancing untuk memancing khususnya pada hujung minggu. Oleh itu, para nelayan boleh menyewa bot dari penduduk kampung untuk memancing.
Lain daripada itu, ia menjadi laluan utama para nelayan untuk turun ke laut. Keistimewaan pantai ini berbanding pantai lain ialah ia merupakan tempat untuk buaya-buaya berjemur.
Lihat Peta | Alamat: Pantai Kampung Kuala Sibuti, 98150, Sarawak
Borneo Tropical Rainforest Resort
Resort di Miri
Anda menginginkan penginapan tempat menarik di Miri yang berdekatan dengan alam flora dan fauna? Maka, jom menginap di Borneo Tropical Rainforest Resort.
Di samping itu, resort ini terletak sejauh 45 kilometer dari bandar Miri dan bertempat di dalam Taman Negara Bukit Lambir. Ia menyediakan pelbagai jenis bilik dan penginapan di rumah panjang.
Selain itu, antara fasiliti yang disediakan di sini seperti taman tema air dan kolam renang.
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Alamat: KM 36, Jalan Bintulu – Miri, 98000 Miri, Sarawak
Miri Crocodile Farm Wildlife Mini Zoo
Zoo di Miri
Bagi pengunjung yang dari Kepulauan Borneo, anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke semenanjung demi menyaksikan binatang-binatang di Zoo. Hal ini demikian kerana, tempat menarik di Miri juga terdapat Zoo yang boleh anda kunjungi.
Miri Crocodile Farm Wildlife Mini Zoo merupakan ladang buaya merangkap mini Zoo Mini yang diiktiraf oleh Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES).
Selain itu, ladang buaya menempatkan lebih 2000 spesies seperti buaya senang, katak, jelutong dan albino serta Zoo Mini menempatkan beberapa haiwan eksotik seperti beruang matahari dan landak.
Sementara itu, masakan daging buaya turut disajikan khusus untuk masyarakat tiong hua.
Harga Tiket
- Dewasa: RM 25
- Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 15
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Lot 164, Jalan Lutong – Kuala Baram, 98000 Miri, Sarawak
Boulevard Hypermarket (Imperial Mall)
Mall di Miri
Adakah anda “kaki shopping”? Jadikan ini sebagai destinasi wajib anda kunjungi sebelum anda pulang ke rumah. Selain itu, pusat beli belah ini merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi.
Tambahan pula, anda boleh membeli barangan yang menarik di pusat membeli belah ini sebagai buah tangan untuk keluarga di rumah. Lain daripada itu, anda juga boleh menonton wayang serta membuat pelbagai pilihan makanan yang menarik yang disediakan.
Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 9.30 malam)
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Laman Web | Alamat: Lot 1.01-4.01, Imperial Mall, Jalan Merpati, 98000 Miri, Sarawak
Muzium Petroleum Miri (Miri Petroleum Museum)
Muzium di Miri
Muzium Petroleum Miri terletak bersebelahan dengan Grand Old Lady Miri. Selain itu, muzium ini merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi kerana ia mempamerkan pelbagai bahan pameran visual khususnya berkaitan industri pengalian minyak mentah.
Selanjutnya, tempat ini sesuai untuk kanak-kanak mengembara ilmu berkenaan sains dan teknologi. Antara tarikan yang terdapat di dalam muzium ini seperti simulasi gempa bumi.
Waktu Operasi
- Selasa – Khamis (9 pagi – 4.45 malam)
- Jumaat (9 pagi – 11.45 pagi | 2.15 petang – 4.45 malam)
- Sabtu – Ahad (10 pagi – 4 petang)
Lihat Peta | Telefon | Alamat: Jabatan Muzium Sarawak, Canada Hill, Jln Oil Well No.1, 98000 Miri, Sarawak
Miri City Fan Recreation Park
Bandar kipas di Miri
Miri City Fan Recreation Park merupakan sebuah taman rekreasi awam yang terkenal di bandar Miri dengan keindahan landskapnya. Taman ini pernah mendapat anugerah landskap bandar terbaik di Malaysia sekitar tahun 2001 dan merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi.
Sementara itu, taman ini agak unik kerana jika dilihat dari bahagian atas kawasan ini persis bentuk kipas sate. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti berjoging, bersenam, berzumba, mandi manda di kolam renang serta sesi fotografi.
Lain daripada itu, anda dapat menyaksikan sendiri suasana bunga-bungaan bagaikan bunga sakura berguguran menyembah bumi pada pertengahan tahun. Selanjutnya, antara tarikan yang terdapat di dalam taman ini seperti Musical Fountain, Islamic Garden dan Health Garden.
Waktu Operasi: 24 jam
Lihat Peta | Alamat: Jalan Kipas, 98000 Miri, Sarawak
Pusat Kraftangan Miri
Cenderamata di Miri
Jika anda berkunjung ke mana-mana tempat sekalipun, tidak lengkap jika tidak membeli cenderamata untuk kawan-kawan mahupun sedara mara. Begitu juga jika anda berkunjung di Miri, Sarawak terdapat Pusat Kraftangan Miri yang unik dan pasti membuat anda rambang mata untuk memilih.
Pusat ini merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi. Selain itu, pusat ini menyediakan sebanyak 25 kedai yang menjual pelbagai barangan cenderamata.
Antaranya jenis kraftangan buatan orang tempatan Sarawak yang boleh didapati di sini ialah bakul, beg manik, ukiran kayu dan tikar mempunyai harga yang sangat berpatutan.
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)
Lihat Peta | Alamat: Jalan Brooke, Miri Handicraft Centre, 98000 Miri, Sarawak
Gua Rusa (Deer Cave)
Gua terbesar di dunia yang ada di Miri
Jika anda peminat aktiviti lasak, seterusnya anda boleh mengembara ke Gua Rusa (Deer Cave) yang merupakan gua terbesar di dunia yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu.
Selain itu, gua ini merupakan tapak warisan UNESCO dan merupakan sebuah gua batu kapur dan merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi.
Sementara itu, ia juga turut dikenali sebagai Gua Payau oleh puak Penan dan Berawan kerana dikatakan bahawa suatu ketika dahulu rusa selalu berselindung dan merupakan tapak pengebumian silam bagi penduduk di gua ini.
Seterusnya, menariknya di sini terdapat air terjun Adam dan Hawa yang mengalir turun dari stalaktik berongga dengan ketinggian 394 kaki.
Lihat Peta | Alamat: Gunung Mulu National Park, Taman Negara, Miri, Sarawak
Coco Cabana Miri
Ruang event di Miri
Coco Cabana Miri merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi kerana terletak di kawasan tepi pantai. Secara umumnya, tempat ini ialah sebuah ruangan event yang secara lazimnya menjadi pilihan para penganjur untuk melangsungkan pelbagai festival tahunan Miri.
Di samping itu, ruangan event ini menggunakan sebuah bangunan ala-ala rumah panjang yang diperbuat daripada kayu dan dihiasi ukiran-ukiran unik.
Antara tarikan lain di sini ialah menyaksikan matahari terbenam, rumah api kuda laut yang unik, replika dinasour serta terdapat restoran yang menyediakan laksa Sarawak dan bermacam lagi.
Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat ( 11 pagi – 11 malam)
- Sabtu – Ahad ( 8 pagi – 11 malam)
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Alamat: Lot 2260, Jln Bandaraya, 98000 Miri, Sarawak
Taman Negara Bukit Lambir
Taman Negara yang ada air terjun di Miri
Taman Negara Bukit Lambir yang menempatkan air terjun di Sarawak yang terkenal iaitu Air Terjun Latak ini terletak kira-kira 40 minit dari bandar Miri. Ia merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi bagi penggemar aktiviti lasak.
Selain itu, taman ini merupakan kawasan pemerhatian tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua dengan bukti kewujudan telaga minyak di sini. Lain daripada itu, bagi anda yang gemar jungle trekking, tempat ini sangat sesuai untuk anda kerana di sini menyediakan banyak laluan untuk aktiviti ini.
Sementara itu, terdapat lebih 200 spesies flora seperti orkid liar dan fauna seperti burung, tupai terbang, rusa, monyet dan banyak lagi.
Harga Tiket
- Dewasa : RM 10
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: 1-76, Bintulu – Miri Hwy, 98000 Miri, Sarawak
Marina Bay
Pembangunan terancang di Miri
Marina Bay yang terletak berhadapan Coco Cabana ini merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi dengan kawasan komersial dengan pembangunan terancang di Miri. Selain itu, kawasan ini cukup seimbang dengan hidupan flora dengan adanya pokok-pokok di tepi jalan.
Selanjutnya, tempat ini sesuai untuk anda yang ingin bersantai-santai dan berbasikal. Hal ini kerana, terdapat ruang pejalan kaki dan berbasikal disediakan di sini. Sementara itu, terdapat pelbagai restoran, kedai-kedai dan tempat penginapan serta menikmati pemandangan laut yang biru.
Lihat Peta | Alamat: Marina Bay, 98000 Miri, Sarawak
Taman Negara Niah
Penempatan manusia zaman Paleolitik di Miri
Taman Negara Niah yang menempatkan gua yang tertua di Malaysia iaitu Gua Niah merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi. Tambahan pula, ia terletak kira-kira 110 kilometer dari bandar Miri.
Di samping itu, taman ini merupakan penempatan awal manusia zaman Paleolitik kira-kira 40,000 tahun dahulu dengan kewujudan kawasan perkuburan serta ukiran lukisan dinding.
Selain itu, taman ini mempunyai pusat pelancongan dan tempat penginapan bagi mereka yang gemar tinggal di dalam kawasan hutan belantara.
Selanjutnya, hidupan-hidupan liar yang terdapat di dalam taman ini ialah monyet Macque, tupai, cicak terbang, buaya dan burung Kenyalang.
Harga Tiket
- Dewasa (18-59 tahun): RM 10
- Warga Emas (60 tahun ke atas): RM 5
- OKU (6 tahun ke atas): RM 5
- Kanak-kanak (6-17 tahun): RM 3
Waktu Operasi:
- Sabtu – Selasa (8 pagi – 1 petang)
- Khamis – Jumaat (8.30 pagi – 1 petang)
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Taman Negara Niah, 98200 Miri, Sarawak
Pantai Tusan Miri (Tusan Cliff)
Batu kuda di Miri
Pantai Tusan Miri atau dikenali sebagai Tusan Cliff merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi dengan keindahan pantai yang sangat unik. Hal ini demikian kerana, terdapat struktur semulajadi berhadapan pantai ini yang seakan-akan kepala kuda sedang meminum air laut.
Pantai ini sangat landai sesuai untuk bermandi manda serta hamparan pasirnya sangat halus dan lembut. Selanjutnya, pengunjung boleh menyaksikan fenomena “Air Mata Biru” atau blue tears antara bulan September hingga Disember setiap tahun yang dapat dilihat jelas pada waktu malam.
Lihat Peta | Alamat: Exit Jalan Bekenu – Miri Coastal, 98150 Miri, Sarawak
Pantai Lutong
Tempat ‘misteri’ di Miri
Selanjutnya tempat misteri di Miri ialah Pantai Lutong merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi. Misteri yang dimaksudkan bukanlah bermaksud tempat ini agak ‘keras’, tetapi pantai ini pernah menjadi target ketika Perang Dunia ke-2.
Namun begitu, sehingga kini bom-bom zaman perang yang pernah dilemparkan di kawasan pantai ini masih belum diketemui. Tambahan pula, sekitar tahun 2020 Pantai Lutong pernah digemparkan dengan penemuan tangki misteri.
Walaupun begitu, anda tidak perlu risau kerana pantai ini dijamin selamat untuk pengunjung. Selain itu, terdapat bantak gerai-gerai kecil menjual pelbagai makanan ringan dan minuman pada hujung minggu.
Lihat Peta | Alamat: Lutong, 98000 Lutong, Sarawak
Taman Negara Gunung Mulu
“Sarawak Chamber” di Miri
Taman Negara Gunung Mulu merupakan tempat menarik di Miri kerana ia ada;ah sebuah taman terbesar di Sarawak di bawah tapak warisan dunia UNESCO. Selain itu, terdapat ruang bawah tanah terbesar di dunia yang dikenali sebagai “Sarawak Chamber” yang mampu menempatkan 40 buah kapal terbang.
Tambahan pula, taman ini terdiri daripada gua batu kapur yang menjadi kediaman kelawar, lingkaran air batu yang dan dilitupi oleh hutan dara tropika. Selanjutnya, aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah menikmati variasi jenis tumbuhan dan hidupan liar.
Justeru, bagi anda gemar mengembara dengan aktiviti lasak mungkin ini tempat yang patut anda pergi.
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Jln Mulu, Sarawak
0 comments:
Post a Comment