loading...

Saturday, 3 December 2016

14 GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN DEEN HOT FM dan PASANGAN

14 GAMBAR – MAJLIS PERKAHWINAN DEEN HOT FM & PASANGAN

Penyampai radio Hot FM, Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 28, telah mengakhiri zaman bujangnya dengan pilihan hatinya, Siti Nur Warda Aminuddin atau Warda, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Al-Ghufran, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Taman Sultan Badlishah Alor Setar.

Pasangan yang menyulam cinta selama lapan tahun itu selamat dinikahkan oleh Naib Imam Masjid Zahir, Md Isa Abdul Rahman dengan dua kali lafaz pada jam 5 petang kelmarin.

Image_1.jpg

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. Deen turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM 8,000.

Deen yang mengendalikan segmen Jam Hot bersama Issey dan Ammar bersyukur kerana segala perancangan mereka berjalan lancar serta direstui Allah.

Bibit perkenalan Deen dan isterinya bermula di laman sosial, Friendster, lapan tahun lalu. Mereka seterusnya menjalin ikatan pertunangan pada 12 Disember, tahun lalu.

d%2B3.jpg

“Alhamdulillah, kini bermula fasa baharu dalam hidup kami berdua. Pastinya kami berdoa perkahwinan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya ketika dihubungi.

Deen berkata, sifat penyayang dan prihatin yang ada pada Warda membuka pintu hatinya untuk menyunting wanita yang juga seorang guru itu sebagai isteri.

Selepas majlis akad nikah, pasangan ini telah diraikan dalam majlis resepsi di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah Kampus Mergong, semalam.

Manakala bagi majlis menyambut menantu pula akan berlangsung di kampung halaman Deen di Miri, Sarawak pada 17 Disember ini.

d%2B2.jpg

d%2B6.jpg

GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar
d%2B7.jpg

d%2B9.jpg

Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg
Sumber:Berita Harian
Foto:Berita Harian, Deen Hot FM IG & #deenwada

Sumber: ohkisahtentangkita

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...