Pergerakan angin merupakan sebahagian dari tanda kebesaran Allah Subhanahu wa Taala. Seringkali angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan menyamankan. Ada kalanya juga kencang dan berlaku ribut sehingga menimbulkan sesuatu yang tidak kita suka. Ini semua berlaku dengan qadha dan qadar Allah Azza wa Jalla.Tentunya dengan hikmah yang Allah kehendaki. Oleh sebab itu tidak layak jika seorang muslim mencaci angin yang dicipta dan diutuskan-Nya kerana angin itu makhluk Allah SWT dan tunduk kepada perintah-Nya.
.
.
Tiupan Angin
Angin terbagi dalam dua jenis.Pertama, angin yang bertiup tenang dan membawa banyak manfaat kepada kehidupan manusia sewajarnya disyukuri atas nikmat-Nya itu.
.
Allah Taala berfirman;
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah juga Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).(QS. Al-Araf: 57)
.
Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci.(QS. Al-furqan: 48)
.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur.(QS. Al-Ruum: 46)
.
Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya.(QS. Shaad: 36)
.
.
Doa Angin Kencang
.
Angin ribut yang bertiup kencang sehingga menimbulkan ketakutan, menumbangkan pepohonan, merobohkan bangunan, dan semisalnya. Kita dilarang mencacinya, kerana tidaklah menciptakan angin, mengutusnya, dan menentukan bentuk bertiupnya kecuali AllahSubhanahu wa Taala. Tidak ada seorang pun yang mampu mengendalikan angin kecuali penciptanya, iaituAllahAzza wa Jalla.
.
Angin kencang bertiup demikian dengan ketentuan Allah Subhanahu wa Taala. Tetapi disyariatkan mengucapkan zikir dan doa kepada Allah seperti yang diajarkan Nabi Shallallahu alaihi Wasallam.
.
Daripada AisyahRadhiyallahu Anha, ia berkata: Adalah NabiShallallahu Alaihi Wasallamapabila angin bertiup kencang Baginda berdoa;Ya Allah sesungguhnya daku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan daku berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya.(HR. Muslim r.a.)
.
Allahumma Innii Asaluka Khairaha wa Khaira Maa Fiihaa wa Khaira Maa Ursilat Bihi wa Udzu Bika Min Syarriha wa Syarri Maa Fiihaa wa Syarri Maa Ursilat Bihi
.
Dari Ubai bin Kaab, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:Janganlah kamu mencaci angin. Lalu apabila engkau melihat yang tidak menyenangkan, maka berdoalah:
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan kami berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya.(HR. Al-Tirmidzi)
.
.
Doa Angin Kencang (Beramai-Ramai)
.
.
Apabila Dikhuatiri Angin Ribut Akan Merbahayakan
Asy-Syafii r.a. menerangkan, apabila terjadi angin kencang, Rasulullah SAW selalu duduk berlutut dan membaca doa di bawah:
.
.
.
Janganlah Mencela Hujan
Kata-kata celaan dari seorang muslim terhadap angin tidak ada manfaatnya sama sekali, dan tentu saja akan masuk dalam catatan amal yang buruk kerana Allah berfirman:
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa hadir.(QS. Qaaf;50: 18)
.
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam juga bersabda,Janganlah kamu mencaci-maki angin.(HR. Tirmidzi r.a.)
Mencaci-maki masa (waktu), angin dan makhluk lain yang dicipta Allah adalah dilarang. Larangan ini boleh termasuk syirik akbar (syirik yang mengeluarkan seseorang dari Islam) jika diyakini makhluk tersebut sebagai pelaku dari sesuatu yang buruk yang terjadi, dan bukannya meyakini bahawa Allahlah yang mentakdirkannya
Semoga Allah SWT sentiasamelindungi kita dari banyak menceladanmemelihara kita agar lidah banyak bersyukur kepada-Nya atas kurniaan angin ini.
.
.
Wallahu Alam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Posted by; shafiqolbu
via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com
Sumber: gengviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment