.
Tiga ayat akhirSurahAl-Hasyrmengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. Ianya mempunyaiAsma ul Husnayang paling agung pada enam aat terkhir dari surah Al-Hasyr. Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya.
Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr
Apabila diamalkan membacatiga ayat akhir Surah al-Hasyr(Ayat 21-24)selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan;
1.Mendapatrahmat Allah .
2.Allah menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya.
3.Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpamakan mati syahid.
4.Dimudahkan memasuki syurga selepas meninggal dunia kelak.
.
Dalil mengenaikeistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr
1)Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabitelah bersabda :Sesiapa membaca ketika bangkit subuhAuuzubillahis-Samiil-alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah mewakilkan 70 malaikat berselawat ke atasnya hingga ke petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.
2)Rasulullahbersabda:Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
3)Rasulullahbersabda:Sesiapa yang membaca3 ayat terakhir surah al-Hasyr, maka Allah mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.(Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)
Walaupun hadis di atas dianggap lemah tetapi kitaboleh meyakini dan mengamalkannyadengan berkat Asma ul Husna yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah. Hanya denganmembacatiga ayat akhir surah Al-Hasyr (ayat 22 24)yang mudah ini, para malaikat akan berselawat. Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan itu, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki jannah kelak. InsyaAllah.
.
.
.
.
Artikel Berkaitan:
Makna Asmaul-Husna(Klik Di Sini)
.
.
.
~ shafiqolbu~
via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com
Sumber: gengviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment