loading...

Thursday, 22 December 2016

Nelayan PPinang Jadi Mangsa Ekoran Sikap Kerajaan DAP

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim

Nelayan P.Pinang Jadi Mangsa Ekoran Sikap Kerajaan DAP

Published on Dec 22, 2016 in Politik/Utama & Sensasi

GEORGE TOWN Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata demi merealisasikan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP sanggup menghancurkan masa depan nelayan dan alam sekitarnya.

Irmohizam berkata sikap angkuh kerajaan Pulau Pinang masih berterusan biarpun laporan hasil kajian awal dikeluarkan oleh pihak Perunding Penilaian Kesan Alam Sekitar menyatakan ancaman besar akan berlaku terhadap alam sekitar dan kehidupan nelayan sekiranya projek itu diteruskan.

Mungkin mudah untuk kerajaan Pulau Pinang beri pampasan, namun dengan memusnahkan alam sekitar tidak melambangkan kewibawaan kerajaan negeri dalam menjaga kelestarian alam. Ini warisan negara yang perlu dipertahankan.

Wira yang tidak selalu didendangkan seperti nelayan ini sebenarnya sudah bertarung nyawa demi memberi sumber protein kepada rakyat Malaysia. Sumber laut di kawasan Permatang Damar Laut inilah menjadi lubuk rezeki mereka, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata projek tersebut sudah pasti menjejaskan kehidupan para nelayan terutamanya di Kampung Sungai Batu kerana terpaksa bergantung hidup dengan sumber marin di situ.

Hal ini turut membuktikan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak benar-benar membantu dan memikirkan nasib nelayan. Pemberian pampasan bukanlah satu penyelesaian bagi menutup kerosakan dan ketidakpuasan hati para nelayan, namun paling penting adalah kelestarian pembangunan dalam menjaga nilai-nilai estetika semula jadi.

Nilai-nilai seperti ini mampu menjana pendapatan tanpa memudaratkan persekitaran, di samping memajukan ekonomi setempat khususnya para nelayan.

Tidak ada maknanya jika pengangkutan dibangunkan dengan menghancurkan khazanah alam yang nilainya tiada tandingan serta bertukar ganti, katanya.

Irmohizam yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor berkata tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang hanyalah untuk membuktikan kejayaan bagi menyiapkan pelan rancangan tanpa mengira perkara serta nasib semua pihak.

Katanya kegagalan dalam mengimbangi kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat turut memberikan gambaran bahawa kerajaan negeri ini tidak bersikap adil dan lari daripada pembangunan sebenar.

Jangan dipersalahkan nelayan sekiranya ikan tidak mencukupi di pasaran dan menyebabkan harga tidak menentu. Sepatutnya ekosistem ekonomi nelayan yang menjadi warisan negara seharusnya dilindungi dan dipertahankan oleh kerajaan negeri ini dan bukannya menggunakan pembangunan sebagai alasan bagi menafikan hak yang mereka miliki sejak merdeka lagi, katanya. BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Kerajaan Pulau PinangNelayan

Anda Juga Mungkin Berminat

Nelayan Esszone Dec 22, 2016

Esscom Gesa Nelayan Esszone Pasang Sistem Ais, Radio

LAHAD DATU Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sekali lagi mengulangi gesaan agar nelayan

P.Pinang Sanggup Korbankan Alam Sekitar Demi Keuntungan Dec 17, 2016

P.Pinang Sanggup Korbankan Alam Demi Keuntungan

GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang sanggup mengorbankan kualiti alam sekitar di Permatang Damar Laut dalam

Penternakan Babi Nov 25, 2016

Sidang DUN P.Pinang Lulus RUU Penternakan Babi

GEORGE TOWN Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam meluluskan Rang Undang-undang Perternakan Babi

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: 1MDB: Johari Puji Tindakan Pantas SingapuraNext Story Next post: Diskaun 10% Lebuh Raya Cheras-Kajang, NNKSB Ahad Ini

Terkini dari Politik

PAN Memalukan Azmin, Enggan Sertai PKR Dec 20, 2016

PAN Memalukan Azmin, Enggan Bergabung Sertai PKR

IBARAT retak menanti belah, PAN sebuah parti serpihan daripada PAS, bertegas membuat Perjanjian Kerjasama PH-PPBM Sukar Jadi Kenyataan Dec 19, 2016

Perjanjian Kerjasama PH-PPBM Sukar Jadi Kenyataan

NIBONG TEBAL UMNO Pulau Pinang menyifatkan perjanjian kerjasama antara Parti Pribumi Azmin Ali Dec 19, 2016

Pengagihan Kerusi Dilakukan Ikut Faktor Kemenangan

SHAH ALAM Pengagihan kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan dan Parti PRU-14: PH Ketengah Calon Berprofil Tinggi Di Johor Dec 18, 2016

PRU-14: PH Ketengah Calon Berprofil Tinggi Di Johor

JOHOR BAHRU Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan taktik gabungan calon berprofil Kenyataan Kit Siang Hanya Jenaka Politik Dec 18, 2016

Kenyataan Kit Siang Hanya Jenaka Politik Mahdzir

ALOR SETAR Kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyebut bahawa

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...