loading...

Wednesday 3 May 2017

5 Fakta Mengerikan MS-13, Geng Paling Berbahaya Dan Sadis Di Dunia



Mara Salvatrucha atau lebih dikenal dengan sebutan MS-13 merupakan sebuah kelompok geng besar yang dianggap paling berbahaya dan sadis di dunia. Geng ini dibentuk pada tahun 80-an di Amerika Syarikat yang sebahagian besar anggotanya merupakan imigran dari El Salvador yang datang untuk mencari perlindungan dari negara mereka sendiri kerana perang saudara.

Geng MS-13 memiliki moto yang amat mengerikan, iaitu membunuh, memperkosa, dan menguasai. Hampir semua anggotanya saja memiliki tatoo yang jadi simbol geng mereka. Dan mereka sangat terkenal berbahaya baik di Amerika Syarikat, Amerika Tengah atau Amerika Selatan. Mereka lebih suka menggunakan parang atau pisau berbanding senjata api kerana ianya lebih menyakitkan.



Antara aktiviti jenayah yang di jalankan oleh MS-13 ini adalah;
-Penyeludupan Dadah
-Rompakan
-Eksploitasi Seks
-Pembunuh Upahan
-Penyeludupan Migrant
- Ugutan
-Pembunuh
-Penyeludupan Senjata
-Pemberian Wang Haram
-Culik
-Serangan
Di ambil dari laman The Richest, berikut adalah fakta-fakta mengerikan geng MS-13 yang akan membuatkan anda semua ketakutan.

1. Ada 70,000 Anggota Geng MS-13 Di Beberapa Negara

FBI mengatakan kalau MS-13 memiliki sekitar 70,000 anggota yang tersebar di seluruh dunia. Kehadiran anggota geng ini paling ramai di Los Angeles County dan San Francisco Bay Area, California.

2. MS-13 Jadikan El Salvador Sebagai Ibu Kota Pembunuhan Dunia

(Foto: The Richest)
Kekerasan adalah jantung MS-13. Mereka punya tekad untuk menjadikan El Salvador sebagai ibu kota pembunuhan dunia. Ianya memang benar, kadar pembunuhan di El Salvador adalah 22 kali ganda lebih besar dari kadar pembunuhan di Amerika Syarikat.

3. Ritual Mengerikan Untuk Jadi Anggota MS-13



Menjadi anggota MS-13 tidaklah mudah. Pertama calon anggota harus membunuh anggota geng saingan mereka. Setelah itu, Anda harus menunggu keputusan dari anggota geng yang sudah bergabung apakah Anda layak bergabung atau tidak. Jika mereka setuju, Anda harus siap dipukul oleh banyak orang. Sudah menjadi kebiasaan jika ada recruit yang akan mengalami kecederaan parah. Setelah diterima masuk, Anda harus siap ditatoo dan melakukan misi-misi ganas dan brutal!

4. 16 Orang Dibunuh Setiap Hari


Salah satu geng saingan MS-13 di El Salvador iaitu Barrio 18. Mereka sering terlibat dalam perang geng yang tentunya banyak meragut nyawa. Dalam waktu satu bulan, dua geng tersebut pernah terlibat perang besar. Dilaporkan 16 orang dibunuh setiap hari, bayangkan 16 orang di bunuh setiap hari selama 1 bulan? Fakta ini menjadikan MS-13 suatu geng paling ditakuti.

5. Tatoo Mereka Memiliki Maksud dan Erti


Semua anggota MS-13 memiliki tatoo di setiap bahagian tubuhnya, bahkan ada yang memenuhi wajahnya. Semuanya itu memiliki arti tersendiri. Tapi yang jelas tatoo​ yang mereka memiliki membuktikan bahawa mereka adalah anggota MS-13 yang terkenal kejam sehingga orang-orang akan ketakutan, dan untuk yang wajahnya di cacah tatoo, hal ini dimaksudkan agar pihak berkuasa sulit mengenali wajah mereka. Simbol angka 13 juga dikaitkan dengan simbol syaitan yang mereka anuti.

Sumber: http://www.wowmenariknya.com/2017/04/5-fakta-mengerikan-ms-13-geng-paling-sadis-di-dunia.html?m=1

0 comments:

Post a Comment

loading...