loading...

Tuesday, 2 May 2017

Kenyataan Balas FMLLP Sanggah TSAM

CUKUP CUKUPLAH DENGAN ALASAN ALASAN

Kami menghormati semua pandangan, termasuk contoh yang digunakan untuk menggambarkan pasukan dalam EPL juga mempunyai hutang. Kami menggesa semua pihak memahami bahawa hutang yang dilaporkan adalah mengambil kira hutang seperti pinjaman oleh kelab dan perkara-perkara lain. Kebanyakan kelab menikmati aliran tunai tahunan yang sihat dan membayar hutang mereka secara ansuran setiap tahun.

Walau bagaimanapun, hutang ini bukanlah hutang yang berhubung dengan gaji pemain atau bayaran-bayaran yang terhutang kepada pihak berkuasa. Contoh EPL ini juga menarik kerana walaupun kelab beroperasi dengan "hutang" seperti yang dinyatakan, mereka tidak menyalahkan EPL mahupun English FA untuk hutang dicipta oleh diri mereka sendiri. Sekiranya hutang menjadi tidak terurus, walaupun di England (sebagai contoh telah digunakan) pasukan seperti Portsmouth telah dua kali mata dipotong oleh Liga pada tahun 2010 (9 mata) dan 2013 (10 mata).

Sekali lagi, sementara menghormati semua pandangan, kita merasa adalah berhemat buat masa ini untuk memastikan semua pihak faham bahawa keutamaan FMLLP pada ketika ini adalah untuk memastikan hutang kepada pemain dan pihak berkuasa diselesaikan. Kami tidak menyentuh mengenai ratusan ribu Ringgit yang terhutang kepada pihak kerajaan negeri (pengurusan stadium) atau komitmen lain yang perlu dipenuhi.

Kita sudah terlalu lama terkenal dengan kes di FIFA berkaitan dengan gaji pemain dan ini mesti dihentikan. Jangan kita membuat alasan, atau meraih simpati dan mula melihat diri serta tindakan kita sendiri kerana hanya diri kita sendiri yang harus dipersalahkan.
--------------
NO MORE EXCUSES PLEASE

We respect all points of view, even the example used to describe teams in the EPL having debts. We urge all parties to understand that this debt reported is debt taking into account borrowings by the club and other matters. Most of these clubs enjoy a healthy annual cash flow and pay down their debt annually.

However, this debt is not debt in relation to wages of the players or dues owed to statutory bodies. The EPL example also is interesting as even though the clubs operate with "debt" as mentioned, they don't blame the EPL nor the English FA for debt created by themselves. Should debt become unmanageable, even in England (as the example was used) a team such as Portsmouth were twice deducted points by the league in 2010 (9 points) and 2013 (10 points).

Again, whilst we respect all views, we find it prudent at this time to ensure all parties that the priority to FMLLP at this juncture is to ensure debt to players and statutory bodies are settled. We have not touched on the hundreds of thousands of Ringgit owed to state government) stadium management or other commitments which are to be met.

We have been too long infamous for FIFA cases with regards to player salaries and this must stop.  Let's not make excuses, or exact sympathy and start looking at ourselves and our own actions for we have only ourselves to blame

Sumber: Facebook FMLLP

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...