loading...

Saturday, 13 May 2017

Maut Dihanyut KEPALA AIR. Doktor Kongsi TIPS RINGKAS Yang Ramai TAK TAHU !!!

Sekadar Gambar Hiasan.

Seriau pulak rasanya bila tengok video arwah Aidil Akasah Mohd Yusof, 23 tahun yang dihanyutkan kepala air masa tengah mandi kat Sungai Kampung Bil di Slim River.

Ni la kenapa kalau kita nak pergi bawak keluarga pergi berkelah dan mandi manda kat kawasan sungai atau jeram, tolong la belajar ilmu nak kenalpasti tanda-tanda kepala air nak turun.

Tanda-tanda kepala air nak turun ni diajar oleh Shamsul Maarif Saibani, Ketua Pengurusan Operasi dan Menyelamat Balai Bomba Kuala Lumpur. Katanya

Tanda pertama iaitu yang paling awal adalah turunnya sampah sarap diikuti oleh daun dan ranting kayu yang mengalir laju secara tiba-tiba.
Tanda kedua pula adalah bila kita tengah mandi atau menyelam kita dapat rasakan pergerakan pasir di dalam air yang bergerak semakin laju.
Tanda ketiga pula adalah kita boleh dengar deruan air yang semakin kuat. Makin kuat bunyi deruan tu tandanya makin dekat la kepala air tu tengah menuju ke arah kita.

 

Bila ada je tanda-tanda ni tolong lari sejauh mungkin daripada kawasan air tu sebab paras air boleh naik mendadak secara tiba-tiba je! Semoga kita semua boleh sebar ilmu ni pada orang lain jugak. Kita taknak ada lagi yang menjadi mangsa kepala air lebih-lebih lagi dah dekat musim cuti sekolah dan bulan puasa ni, mesti ramai yang rancang nak bawa keluarga pergi berkelah kan. – DR TAUFIQ RAZIF

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...