loading...

Tuesday, 2 May 2017

Pelajar Tingkatan Tiga Meninggal Dunia Selepas Di Paksa Minum Racun Serangga


Seorang pelajar lelaki dipaksa minum sejenis cecair dipercayai racun oleh sekumpulan pelajar dalam satu kejadian di pekan Nilai Lama di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan telah diberikan cecair itu dengan cara dipegang kaki dan tangan oleh kumpulan pelajar lelaki berkenaan dipercayai akibat menegur perbuatan mereka yang sedang menghidu gam.



"Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan telah pergi berjumpa ibunya yang sedang bekerja dalam keadaan sakit perut dan muntah-muntah. Mangsa juga ada memberitahu ibunya bahawa dia telah dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar di pekan Nilai Lama.

"Hari ini pelajar berkenaan telah mengadu mengalami sakit tekak dan perut dan dia kemudiannya dibawa ibunya ke Klinik Kesihatan Nilai dan mereka kemudian diarahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Zaldino berkata mangsa kini sedang dirawat di Zon Merah HTJ.

Menurut doktor yang merawat, kecederaan yang dialami mangsa adalah disebabkan oleh cecair yang diminumnya yang dipercayai racun serangga.

Katanya belum ada tangkapan dibuat setakat ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan juga.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/278518?m=1

*KES PELAJAR SEKOLAH DI PAKSA MINUM RACUN*

➡Nilai Rpt: XXXX/17
➡Tarikh/Masa:27/04/17@2158hrs

➡Klasifikasi Kes: - Sek. 328 KK

➡Pengadu: Thaiwanai A/P Rajoo ( Emak Mangsa)
No. Kp: 751120105534
Pekerjaan: Pembantu Kedai

➡Mangsa: Pravin A/L Selvaraja
No. Kp: 020105-05-0601 (15thn)
Pekerjaan: Pelajar Tingkatan 3

*Saspek:*

Sekumpulan Pelajar Lelaki Bangsa Melayu (Dipercayai Pelajar Smk Taman Semarak)

🔴Keterangan Ringkas:

Pada 26/04/2017  Jam lebih kurang 1820 Hrs semasa pengadu sedang bekerja di Kedai Pakaian New York Bandar Lama Nilai telah didatangi anak lelaki pengadu dalam keadaan sakit perut dan muntah2.

Mangsa telah beritahu pengadu bahawa beliau telah dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar Melayu  berhampiran Pasaraya Mydin Mart Nilai Bandar Lama.

Menurut mangsa beliau telah dipaksa dgn cara dipegang kaki dan tangan dan dituang cecair ke dalam mulutnya oleh pelajar Melayu.

Tindakan ini dibuat selepas mangsa menegur perbuatan sekumpulan pelajar Melayu yg sedang hidu gam.

Pengadu tidak bawa anaknya (mangsa) utk rawatan pada hari itu kerana menyangka ianya hal kecil.

Pada 27/04/2017 Jam Lebih 1200 Hrs mangsa  mengadu sakit tekak dan perut. Pengadu kemudian telah bawa mangsa ke klinik Kesihatan Nilai dan diarahkan untuk membawa mangsa Ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Mangsa kini sedang dirawat di Unit Kecemasan Zon Merah.

Siasatan Awal:

1. Pada 25/04/2017 pengadu telah memberhentikan mangsa dari sekolah Di Smk Dato Ahmad Said Nilai. Kerana:-

1. Ini kerana pengadu tidak mahu mangsa rapat dengan pelajar lain yang bermasalah di Smk Dato Ahmad Said.

2. Banyak kali keluarga pengadu nampak mangsa hisap rokok dan minum arak bsama kawan2.

3. Pernah mabuk semasa  di dalam sekolah.

4. Pernah 2 Kali Lari Dari Rumah.

*Rawatan Hospital*

Menurut  Dr. Shazana, kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah disebabkan oleh cecair yang diminum.

Dipercayai racun serangga berdasarkan kepada sakit yang dikatakan oleh mangsa.

 Mangsa masih belum mahu bcerita hal kejadian dan belum dipastikan samada mangsa kenal dengan saspek atau tidak.

Mangsa Kini Berada Dalam Keadaan Stabil Dan Dimasukkan Ke Dalam Wad 7b HTJ.

🔴MANGSA TELAH DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

▶️Tarikh mangsa dimasukkan ke wad:
28/04/2017 Jam 0045Hrs
Wad: 7B

▶️Tarikh mangsa dimasukkan ke ICU:
29/04/2017 Jam 0720Hrs
Wad : 6C

▶️Tarikh mangsa di sahkan meninggal dunia:
02/05/2017 Jam 2130Hrs.
Wad: 6C

🔴Disahkan meninggal dunia oleh Dr. Siti Noorasiah Binti Abdul Ghani.
Borang Post Mortem dikeluarkan untuk untuk ketahui " Cause Of Death "

Sekian Untuk makluman.
Terima kasih

Sumber Facebookhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=451611631866203&id=376112029416164

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...