loading...

Wednesday, 3 May 2017

Rahsia DIANA NASIR Kembali Langsing Lepas 100 Hari Pantang

“44 Hari Saya Cuma Makan Ikan Salmon”

Melahirkan secara pembedahan, namun dia tetap berpantang dengan kaedah tradisional. Sepantas 100 hari saja, berat badannya turun, lalu dia langsing kembali bak anak dara! Kepada kami, Diana Nasir menceritakannya.

Artikel Asal: Majalah InTrend
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Gambar: Instagram Diana Nasir

Dengan susuk tubuh yang menggiurkan dan waktu itu dia memang ‘pasang badan’, sesuatu yang menakjubkan apabila seawal itu dia mampu kembali tampil menawan selepas melahirkan anak.



Diana Nasir, kakak kepada pelakon Anzalna Nasir kian popular selepas melahirkan anak kembar perempuannya yang diberi nama Anggun Darleesa dan Anggun Darleena. Berkongsi kegembiraan itu, Diana membuka akaun Instagram untuk mereka yang diberi nama The Angguns yang menjadikan si kembar itu antara bayi paling popular di Malaysia sekarang ini.



Menceritakan kegembiraannya memiliki si kembar itu, menurut Diana ia umpama bulan jatuh ke riba. “Sudah menjadi impian Diana sejak kecil mahukan anak kembar. Selalu berangan-angan tentangnya. Memang keajaiban yang ingin Tuhan tunjukkan kepada Diana dan suami apabila impian itu menjadi kenyataan.


Walaupun pada awal scan, doktor mengesahkan hanya satu janin kelihatan. Selepas diminta melakukan scan sekali lagi, kuasa Tuhan, muncul satu lagi janin di sebalik janin yang pertama tadi. Ajaib sungguh ajaib! Doktor pun sampai hilang kata-kata melihat keajaiban itu.”



Bagaimana perubahan hidup selepas kehadiran The Angguns?

Kesibukan yang berganda. Banyaklah bezanya saat kita sendiri tanpa anak dulu. Segala perkara yang dilakukan haruslah dikerjakan dengan segera. Rushing! Makan, mandi, nak bersiap atau apa saja yang mahu dilakukan sekarang punya tempoh waktu yang terhad. Jadi, kena bijak mengaturnya. Syukurlah, Mama dan suami banyak membantu Diana menguruskan mereka juga.

Ada yang bertanyakan tips kepada Diana bagaimana untuk memiliki anak kembar?

Itulah ramai yang bertanya begitu. Bagi Diana, yang jelasnya itu rezekilah. Diana ada juga sepupu kembar. Sebagai ikhtiar, kalau betul-betul kepinginkan anak kembar, berdoalah banyak- banyak.


Yakin dengan apa yang kita minta. Macam Diana, memang dari kecil mengimpikannya dan sampailah ke saat disahkan hamil, Diana memang sangat yakin Diana akan memiliki anak kembar. Maka, jadilah...

Belum sampai 100 hari berpantang, Diana sudah berjaya mengembalikan penampilan diri yang anggun, rahsia berpantang?

Diana tidaklah terlalu ketat dalam amalan berpantang. Diana tidak buat pun amalan berpilis, berparam atau bertangas semua itu. Mungkin kerana Diana beranak secara caesarian, cara penjagaan Diana berbeza sedikit dengan yang beranak normal. Mama pun bukan jenis yang memaksa melakukan rawatan- rawatan biasa ketika berpantang.

Cuma, daripada segi makan Diana menjaga sedikit, kerana mahu cepat baikkan luka itu. Memilih jalan selamat, boleh dikatakan sepanjang 44 hari Diana hanya makan ikan salmon. Yang lain-lain itu Diana tidak berapa yakin untuk ambil kerana ada yang kata elok, ada yang kata tak bagus pula untuk bahagian lain.




Jadi, salmon sajalah pilihan siang dan malam. Suami Diana sampai beli stok seekor ikan salmon yang boleh tahan untuk beberapa minggu. Untuk jamu, Diana cuma ambil Nona Roguy Teh Herbanika dan pil buang angin. Berurut pun Mama yang buatkan. Yang lainnya, Diana pastikan sentiasa berstoking dan ikat rambut ketat- ketat. Itu saja amalan berpantang Diana.

Apa pendapat Diana bagi wanita yang tidak lagi peduli penampilan diri selepas punya anak?

Jangan begitu. Kita masih ada suami untuk dijaga matanya agar sejuk memandang isteri yang cantik sentiasa. Jangan sampai nanti suami menjamu mata ke lain. Kalau pun kita suri rumah yang tidak ke mana- mana tetaplah bersiaplah diri dan anak sebelum suami pulang.



Diana akui memang agak kelam-kabut selepas punya anak kecil tapi bijaklah adakan masa. Mula- mula siapkan anak dulu, kemudian siapkan diri sendiri. Kadang-kadang, sambil bersolek, Diana pangku si kakak di paha. Diamlah dia sepanjang Diana bersolek itu. Hahaha...

Paling penting jaga penampilan diri agar terlihat kemas dan presentable, bukanlah perlu bersolek sakan dengan bulu mata palsu pun.

@2016 Astro Digital Publications Sdn Bhd (379611-V) | Hak Cipta Terpelihara.

0 comments:

Post a Comment

loading...