loading...

Saturday, 17 June 2017

Didakwa dera kucing peliharaan, kediaman jutawan kosmetik diserbu

Didakwa dera kucing peliharaan, kediaman jutawan kosmetik diserbu

Gara-gara dakwaan mendera kucing peliharaannya bernama Dodi, kediaman jutawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri Kamaruzaman diserbu pihak berkuasa

KUALA LUMPUR: Gara-gara dakwaan mendera kucing peliharaannya bernama Dodi, kediaman jutawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri Kamaruzaman diserbu pihak berkuasa.

Menurut laporan Sinar Harian, operasi dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jabatan Perhilitan Selangor selepas menerima puluhan aduan orang awam.

Namun hasil pemeriksaan ke atas kucing baka Savannah itu mendapati tidak berlaku penderaan.

Aliff yang mempunyai permit sah membeli baka kucing berkenaan bagaimanapun dinasihati menyediakan habitat lebih sesuai untuk haiwan itu.


Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...