loading...

Tuesday, 6 June 2017

Ini Punca Penyakit Yg Dihadapi Anak Bazli UNIC Yang Baru Meninggal Pagi Tadi, Al- Fatihah

KUALA LUMPUR 7 Jun – Anak kepada ketua kumpulan nasyid popular UNIC, Bazli iaitu Muhammad Syahid, 3, yang menderita akibat kanser Limfoma, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, pagi tadi.

Bazli atau nama sebenarnya Bazli Hazwan Osman, 33, menerusi akaun Facebooknya memaklumkan mengenai pemergian anak sulungnya itu.

“Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid.. Anakku…,” katanya dalam status terbaharunya di Facebook hari ini

Muhammad Syahid dimasukkan ke HKL sekitar Februari lalu selepas menjalani rawatan awal di Pusat Perubatan KPJ Damansara dan Hospital Sungai Buloh, Selangor sejak awal tahun ini.

Menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun ini, Muhammad Syahid telah dihadiahkan sepasang baju orang berwarna hijau gelap orang ramai untuk dipakai pada 1 Syawal nanti.

“Terima kasih pada tuan yang budiman menghadiahkan Muhammad Syahid hadiah. Moga Muhammad Syahid lekas sihat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bazli turut berkongsikan video berdurasi 48 saat mengenai kenangan manisnya membaca al-Quran bersama Muhammad Syahid.

“Syahid.. Ayah akan rindu nak baca al-Quran dengan Syahid lagi nak,” katanya.

Sumber- UTUSAN ONLINE

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...