loading...

Thursday, 15 June 2017

Lelaki Tanya Mufti Kenapa Petani Bakar Harumanis. Ini Jawapan Dr Maza Yg Buat Dia TERDUDUK !!!

Seorang lelaki telah bertanya kepada Mufti Perlis tentang perihal ramainya petani yang bakar buah harumanis sebab jatuh harga. Dia juga menambah ianya adalah amalan syaitan.

Ikuti jawapan Dr Maza, Mufti Perlis. Petani Perlis Bakar Harumanis?

Seseorang yang ‘entah apa niatnya’ bertanya: ‘Kenapa petani Perlis membakar harumanis yang turun harga? Ini pembaziran amalan syaitan. Di mana Mufti?”.

Saya tersenyum. Saya tanya: “Itupun salah Mufti? Di negeri saudara jauh lebih banyak berita negatif. Pernahkah saudara tanya Mufti saudara?”

Saya sambung lagi: “Di manakah saudara dapat berita petani Perlis bakar harumanis kerana turun harga?”. Dia kata dalam surat khabar. Saya tanya lagi: Betul?! Dia jawab: Ya!

Saya kata: Saya baca dalam berita itu mereka bakar sebab buah itu menjadi buruk kerana tidak ada pasaran dan bimbang ia membawa penyakit kepada tanaman. Bukan bakar sebab protes harga jatuh”.

Dia kata: “Ye ke? Saya baca tajuk saje sebenarnya”.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...