Mayat bayi yang di sembelih serta remaja yang didakwa ibu bayi berkenaan
Medan: Seorang remaja wanita telah ditahan berikutan penemuan satu mayat bayi yang di sembelih sehingga putus kepala serta di buang ke dalam tong sampah hari ini.
Remaja perempuan yang berusia 17 tahun itu bertindak kejam serta sungguh tidak berhati perut apabila sanggup menyembelih bayi luar nikahnya yang baru sahaja di lahirkan olehnya sebelum bertindak membuang mayat bayi terbabit.
Mayat bayi malang terbabit telah di temui oleh seorang lelaki berusia 50 tahun yang juga merupakan seorang penternak lembu di dalam satu bungkusan beg plastik hitam di tong sampah.
“Pada mulanya saya merasa agak pelik serta curiga dengan isi kandungan beg terbabit dan ketika saya membuka bungkusan itu saya amat terkejut kerana beg terbabit mengandungi mayat bayi dengan kepala
terputus,” kata penternak lembu terbabit.
Hasil siasatan pihak polis mendapati bayi malang itu memiliki berat 2.5 kg dengan panjang 56 cm serta terdapat luka tikaman di bahagian badan, patah kaki dan kepalanya terputus dari badan.
Kemudian hasil siasatan telah membawa kepada penahanan seorang remaja wanita berkenaan dan selepas di soal siasat remaja terbabit telah mengaku bahawa dia telah melahirkan bayi tersebut semalam atas bantuan bidan yang di kenali sebagai Yanti.
Walau bagaimanapun selepas remaja terbabit gagal untuk memberitahu siapa ayah kepada bayi itu ketika di soal oleh Yanti menyebabkan dia bertindak melaporkan kejadian terbabit kepada pihak polis.
Remaja terbabit dikatakan telah dua kali melahirkan anak daripada hubungan sumbang mahram bersama ayahnya sendiri Nisin Berusia 44 tahun.
Mengikut keterangan remaja terbabit, hubungan berkenaan dilakukan bukan atas kerelaan dirinya kerana dia sebenarnya telah dipaksa oleh ayahnya untuk melakukan perbuatan terkutuk terbabit.
Dia memberitahu kepada pihak polis bahawa ayahnya itu telah memberhentikan persekolahannya dan menjadikan dia pemuas nafsu ayahnya sejak ibunya meninggal dunia pada empat tahun yang lalu.
Walau pun begitu dia memberitahu bahawa pembuangan bayi tersebut dilakukan selepas mereka bersepakat untuk melakukan hal tersebut dan dia terpaksa menurut segala kemahuan ayahnya itu kerana dia amat takut kepadanya.
Siasatan menyeluruh telah dilakukan terhadap mereka berdua dan kes ini telah di anggap hampir selesai selepas penahanan terhadap mereka berdua dilakukan berserta dengan pengakuan oleh mereka sendiri.
Kedua-dua mereka akan didakwa di makhamah atas perbuatan kejam mereka terhadap bayi malang terbabit.
0 comments:
Post a Comment