Jika sekitar bulan Disember 2015, penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah mengalamai keguguran ketika usia kandungannya 2 bulan, terkini Siti dikhabarkan telah hamil lagi.
Sekiranya benar, impian Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa (Datuk K) untuk menimang cahaya mata bakal menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, buat masa ini, suami Siti meminta sebarang penyebaran berita tentang spekulasi kehamilan kali kedua isterinya itu dihentikan.
Menurut Khalid, seandainya ada berita gembira berkenaan kehamilan tersebut, ia pasti akan dikongsikan dengan semua peminat.
“Selama 11 tahun bernikah, kami memang mahukan cahaya mata dan tidak pernah putus berikhtiar. Jadi lebih baik kita sama-sama mendoakan agar impian itu menjadi kenyataan,” katanya.
Sumber ::www.myartis.com / Sumber: Kosmo
0 comments:
Post a Comment