loading...

Friday, 20 October 2023

“1 Malaysia Kenal, Tak Tahu Macam Mana Nak Cari Kerja,” – Pekerja Kantoi Curi Duit Syarikat RM400K

Kecoh di media sosial tentang seorang pekerja telah mencuri duit syarikat yang bernilai lebih RM400 ribu sejak 2021 sehingga menyebabkan usahawan tersebut ingin ‘bungkus’ perniagaannya.

Tapi tulah, sepandai-pandai tupai lompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Jadi setelah hampir 2 tahun perkara ini terbongkar apabila suami kepada usahawan bernama Puteri Kasim atau lebih dikenali sebagai Mommy PK ini berasa hairan pekerjanya mempunyai banyak duit sedangkan syarikat mereka sedang mengalami masalah kewangan.

“Aku check handphone company…”

Apabila ditanya bagaimana perkara ini boleh terbongkar, menurut penjelasan Mommy PK menerusi salah sebuah video miliknya, dia tergerak hati ingin membalas pertanyaan pelanggan menerusi aplikasi Whatsapp tentang produknya.

Saat itulah bermula segalanya terbongkar satu per satu sehinggakan pihak mereka kira jumlah duit yang berjaya di songlap setakat 18 Oktober lalu adalah RM174 ribu tapi setelah dikira jumlah keseluruhan adalah RM400 ribu.

“Macam mana nak cari kerja?”

Perkara ini sudah tular di media sosial dan gambar pekeja usahawan tersebut turut tersebar.

Rentetan itu, salah seorang pengguna media sosial platform X, @AbudiAlsagoff mempersoalkan bagaimana pekerja tersebut ingin mencari kerja sedangkan satu Malaysia tahu isu tersebut.

“Tipu nombor HR,”

Bagaimanapun menjengah ciapan twitter milik akaun Mommy PK, pekerjanya itu telah menyunting butiran resume dengan menipu nombor telefon bahagian Human Resource.

Korang boleh tonton video penuh cerita dari A -Z dari Mommy PK sendiri menerusi akaun TikTok miliknya disini.

Apa pun, kami nasihatkan kalau memerlukan duit jangan mencuri, cuba minta dan sebagai seorang pemilik syarikat sebaiknya elak dari mempercayai anak buah atau sesiapa 100 peratus dalam menguruskan kewangan syarikat.

0 comments:

Post a Comment

loading...