Melihat pada sejarah Islam sebenarnya banyak sebab sebab kenapa kita perlu pertahankan Palestin dari dijajah oleh Israel.
Malangnya baru-baru ini pelakon Raja Ilya meninggalkan komen ‘stay safe’ dalam hantaran yang dimuat naik aktres antarabangsa, Gal Gadot di Instagram (IG) yang merupakan penyokong Israel.
Jadi isu ini membuatkan kami membuka topik ni lagipun peperangan kali ini sangat teruk sehinggakan melibatkan pihak tentera, bahkan kanak2, wanita mengandung dan orang tua.
Berbalik pada topik asal, berikut merupakan beberapa sebab kenapa kita sebagai umat Islam penting memepertahankan tanah Palestin.
1) Tempat agama Islam mula tersebar
Tanah Palestin menjadi saksi Nabi dan Rasul kita menyebarkan ilmu akidah tauhid.
Seperti kita tahu, tanah Palestin berlaku penyebaran agama Islam sebelum meluas ke seluruh dunia.
2) Tanah Para Anbia
Seterusnya, merupakan tempat para anbia yang dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi Palestin.
Antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain-lain lagi.
3) Kiblat pertama
Faktor seterusnya, Masjid Al-Aqsa merupakan masjid yang menjadi kiblat pertama bagi umat Islam untuk mendirikan solat sebelum kaabah.
4) Berlaku peristiwa Isra’ dan Mi’raj
Kemudiannya, telah berlaku peristiwa Isra’ dan Mi‘raj. Ketika itu Nabi berusia 52 tahun, baginda tunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa dekat BaitulMaqdis, Palestin sebelum diangkat dari bumi ke langit ke7.
Sejarah ini merupakan paling bermakna kerana ada disebut dalam Al-Quran.
5) Kawasan malaikat turun
Terakhirnya, disebabkan berlaku peristiwa Isra’ & Mi’raj di Tanah Palestin jadi, sehingga kini malaikat akan mengepakkan sayapnya di tanah Palestin.
Jadi sama sama la mendoakan kemenangan buat orang islam di sana.
0 comments:
Post a Comment