loading...

Monday, 23 October 2023

Triumph Keluarkan Produk Baru Signature Sheer AW23 – Flex Smart Bra

Siapa je tak kenal dengan jenama pakaian dalam terkenal, Triumph yang mampu memberi keselesaan kepada wanita untuk melakukan aktiviti harian.

Sejajar dengan peredaran masa dan teknologi, Triumph mengumumkan pelancaran Signature Sheer AW23 dimana salah satunnya produknya mempunyai ciri smart bra atau Flex Smart.

Pakaian dalam lebih selesa

Koleksi penggayaan pakaian dalam kali ini sangat sesuai dijadikan persalinan harian kerana diperbuat daripada fabrik nipis.

Ciri ini bagi menonjolkan siluet badan yang menawan dan dalam masa yang sama memberi sokongan yang lebih selesa pada bahagian sulit.

Jangan risau, semua keluaran baru Triumph ini sesuai untuk semua saiz wanita tidak kira berbadan besar atau kurus kerana terdapat banyak pilihan saiz.

Tentang Flex Smart Bra

Apa yang menarik perhatian kami tentang keluaran baru mereka ini adalah Flex Smart Bra yang mana memberi keselesaan kerana mempunyai ciri non-wired padded bra.

Dengan ciri ini, segala aktiviti seperti berjalan, menari, berlari atau melakukan aktiviti lasak bra ini tidak akan menganggu malah akan melekat elok pada tubuh badan anda.

Triumph juga memudahkan anda memilih saiz yang betul kerana tidak ada lagi saiz 32A, 32B, 40A, 90A dan sebagainya kerana Flex Smart Bra hanya memiliki saiz S hingga XL.

0 comments:

Post a Comment

loading...