loading...

Sunday, 15 October 2023

“Dia Datang Rumah, Dia Makan Sampai 2x,” – Syamsul Yusof Rindu Air Tangan Puteri Sarah Liyana?

Siapa je tak tahu isu rumah tangga yang melanda pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof pada awal bulan April lalu.

Kini, selepas lebih kurang enam bulan berpisah, netizen mula bertanya soal hubungan Syamsul Yusof dengan anaknya kepada Puteri Sarah.

Menurut Puteri Sarah, bekas suaminya sangat mengambil berat tentang anaknya kerana setakat ini tidak ada isu gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

“Kesiannya tak makan lagi ke?” – Puteri Sarah

Tapi apa yang menjadi isu hangat apabila Puteri Sarah mula membongkar rahsia perbualan antara dia dan Syamsul.

Menurutnya menerusi Live Stream menerusi aplikasi TikTok, setiap kali datang menjemput anaknya mesti bertanya pada Sarah, ada masak apa-apa tak?

Apabila Sarah tanya belum makan lagi ke? Syamsul menjawab belum dan dia jadi kasihan pada bekas suaminya kerana tidak menjamah apa lagi.

“Episod menyakitkan baru bermula,”

Menjengah ruangan komen, ramai netizen mula menambah perasa dalam drama ini.

“Air tangan isteri pertama sentiasa dirindui,”

Apa pun min doakan semuanya akan baik-baik saja dan ingatlah apa yang kita buat jahat pada orang, akan berbalik pada kita semula.

Jadi, berhati-hati setiap apa kita cakap dan lakukan dalam hidup ini.

0 comments:

Post a Comment

loading...