loading...

Monday, 2 October 2023

Pemuda Kongsi Trip 10 Hari Di Jepun, Bajet Bawah RM 9K

Pernahkah anda berangan untuk melancong ke Jepun dan melihat bunga sakura tanpa membebankan bajet percutian? 

Rupa-rupanya, impian itu boleh menjadi kenyataan!

Seorang pemuda dikenali Yeen™ @IzreenNaim telah berkongsi pengalamannya melancong ke Jepun dengan bajet yang tidak melebihi RM 9000. 

Hari pertama: penerbangan ke Tokyo

Perjalanan kami bermula dari KLIA menuju ke Lapangan Terbang Narita pada jam 8 pagi. 

Setibanya di Tokyo pada jam 2 petang, kami terus menukar JR Pass dan menaiki Narita Express ke Stesen Tokyo.

Mereka bermalam di Tokyo sebelum bergerak awal ke Osaka esok pagi.

Hari kedua: menuju ke Osaka

Seawal jam 7 pagi, beliau daftar keluar dari hotel dan menaiki Shinkansen Bullet train ke Osaka kira-kira 2 jam 30 minit. Dari seat sebelah kanan, anda boleh melihat Gunung Fuji. 

Selepas makan tengah hari di Restoran Ramen Honolu, beliau menuju ke tempat menarik sekitar Osaka seperti Glico Sign Dotonbori, Osaka Castle, dan Nara Park

Kemudian, mereka singgah di Dotonbori yang terkenal dengan pemandangan malam yang indah. 

Turut terdapat ferris wheel, river cruise, logo Glico dan papan tanda makanan yang besar seperti ketam, sotong, sushi, dan banyak lagi

Hari ketiga: Universal Studios Japan (USJ)

Dinasihatkan untuk beratur awal kerana Universal Studios Japan kadang-kadang membuka pintu lebih awal dari jadual rasmi dan orang ramai beratur.

Rides dan pertunjukan yang wajib dicuba; The Flying Dinosaur, Mario Kart Koopa Challenge, Spiderman 3D ride, Harry Potter & Forbidden Journey, Hollywood Dream the ride, dan JAWS.

Selain itu, anda boleh menonton pertunjukan Waterworld dan Jujutsu Kaisen 4D serta masuk ke Super Mario World. 

Satu lagi tarikan utama ialah Harry Potter World dan jangan lupa mencuba minuman butterbeer (tanpa alkohol).

Tips untuk USJ:

  • Tiada makanan halal di dalam, jadi bawa makanan anda sendiri bagitau kepada penjaga pintu “muslim food” atau meminta izin keluar untuk makan sebentar di luar dan masuk semula.
  • Tiada bilik solat, tetapi anda boleh meminta izin untuk solat di tempat lost and found/tourist information. Disarankan ambil wuduk siap-siap.
  • Untuk rides, boleh beratur di single lane untuk pengalaman yang lebih pantas dan boleh naik seorang diri.

Hari keempat: Kyota day trip

Keluar awal pagi dan singgah di beberapa tempat seperti: 

  • Fushimi Inari Shrine 
  • Arashiyama Bamboo Forest   – satu lagi tempat cantik dekat sungai, boleh relax dan ada kedai makan halal dengan bilik solat
  • Starbucks Tatami 

Anda pasti akan suka dengan bandar ini. Ia tenang, cantik, bersih dan full of culture.

Tips ke Fushimi Inari Shrine:

Disarankan datang awal pagi dan mendaki ke bahagian atas ke kerana kawasan di bahagian bawah selalunya sesak dengan pengunjung.

Hari kelima: melawat Kawaguchiko

Kami meninggalkan Osaka dan pergi ke Kawaguchiko, dengan merancang menghabiskan masa di sana selama semalam. 

Kami menghantar bagasi kami ke Tokyo dengan perkhidmatan Takkyubin, yang membolehkan anda menghantar beg anda dari convenience store (7E, Family mart, Lawson) ke hotel berikutnya. 

Perjalanan dari Osaka ke Kawaguchiko mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kena tukar beberapa kali tren sebelum sampai Kawaguchiko sebab tak ada direct tren ke Kawaguchiko.

Tapi bila sampai sana, boleh naik tren tema Naruto dan Thomas. Lepas check-in di hostel, kami lawat Lake Kawaguchiko dan ada masjid serta kedai makan kebab yang sedap. 

Hari ke enam: menjelajah Mt. Fuji

Kami daftar keluar seawal jam 6 pagi dan terpesona dengan keindahan view Gunung Fuji serta meneruskan ke Taman Arakurayama Sengen yang terkenal dengan Pagoda Chureito.

Kemudian, kami ke Fuji-Q Highland, taman hiburan yang terkenal dengan roller coaster dunia dan permainan menariknya serta haunted mansion.

Masuk ke Fuji-Q adalah percuma, tetapi anda perlu bayar untuk setiap permainan. Untuk peminat Naruto, anda boleh ke Fuji-Q dan Awaji Island.

Di sini, mereka tidak menyediakan makanan halal, tetapi anda boleh membawa makanan sendiri dan ada bilik solat berhampiran Thomas Land.

Sekali-sekala, kami berhenti di stesen-stesen kecil untuk mendapatkan cop Eki Stamp sebagai kenangan. 

Hari ketujuh: bunga sakura di Tokyo

Pagi-pagi kami berjalan mencari bunga sakura di beberapa tempat di Tokyo, termasuk di tangga Kimi No Nawa di Suga Shrine Otokodan dan Sungai Meguro. Kami juga mencuba Starbucks Reserve Roastery yang besar. 

Selepas itu, kami meneruskan ke Harajuku dan Takeshita Street untuk membeli-belah dan menjalani pengalaman kebudayaan yang unik. 

Kemudian, kami kembali ke Shibuya untuk melihat Shibuya Crossing dari Shibuya Skyview dan melihat lintasan pejalan kaki tersibuk di dunia.

Hari kelapan

Meneruskan perjalanan ke Gundam Factory Yakohama dan Teamlab Tokyo.

Hari ke sembilan & kesepuluh

Beliau menghabiskan masa mencari cenderamata dan patung anime di Ameyoko Street berdekatan station Ueno.

Sebelum pulang, beliau singgah di Asakusa dan Taman Sumida untuk melihat bunga dan berbelanja buat kali terakhir sebelum ke lapangan terbang.

0 comments:

Post a Comment

loading...