Sabah, sebuah negeri yang terletak di sebelah timur Malaysia menawarkan lebih daripada sekadar pantai indah dan hutan rimba.
Bagi yang belum tahu, bahagian Malaysia Timur juga termasuk Sarawak dan Labuan dan sering disebut sebagai Malaysia Borneo.
Pedalaman Sabah merangkumi beberapa daerah yang termasuk Keningau, Kuala Penyu, Sipitang, Beaufort, Tambunan, Nabawan, dan Tenom.
Di dalam kampung pedalaman di Sabah, anda akan menemui sejuta cerita dan keindahan semula jadi yang masih belum terjejas.
Jika anda mencari pengalaman yang benar-benar mudah Sabah, teruskan membaca.
Adakah anda sudah bersedia untuk mengembara ke tempat-tempat menarik di Sabah ini?
Senarai tempat menarik di pendalaman Sabah
Gunung Trusmadi
Gunung kedua tertinggi di Malaysia
Alamat: Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Sabah, Beg Berkunci 68, 90009, Sandakan, Sabah, Malaysia.
Telefon : 089-242 500
Salah satu destinasi menarik di pedalaman Sabah yang patut dikunjungi ialah Gunung Trus Madi, gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu.
Pendaki yang ingin mencapai puncak Gunung Trus Madi boleh memilih antara tiga laluan: Laluan Kaingaran (Tambunan), Laluan Mastan (Keningau) dan laluan Mannan (Sinua, Sook).
Kawasan hutan ini mempunyai pelbagai flora dan fauna seperti periuk kera dan Nepenthes Macrophylla, yang mempunyai khasiat perubatan.
Nikmati pemandangan yang menakjubkan di puncak gunung dan kem perkhemahan di kawasan sekitar Gunung Trus Madi.
Anda perlu mendapatkan permit dari Jabatan Perhutanan Sabah untuk masuk kawasan ini, tetapi nasihat kami gunakan sahaja ejen pelancongan.
Rafflesia Centre
Melihat bunga terbesar di dunia
Alamat: 500, 89650 Tambunan, Sabah
Telefon: 088899589
Rafflesia Information Centre di Tambunan hanya terletak 80 km dari Kota Kinabalu.
Tempat menarik di Tambunan ini adalah salah satu lokasi terbaik untuk mendapatkan maklumat mengenai Bunga Rafflesia, iaitu bunga terbesar di dunia.
Pengunjung berpeluang mempelajari lebih lanjut dan menjelajah Hutan Simpan Rafflesia bersama penunjuk jalan untuk mencari Bunga Rafflesia yang mekar (jika bertuah).
Perlu diingat, kawasan hutan akan ditutup selepas jam 3.00 petang.
Waktu operasi : Setiap hari : 8 pagi – 3 petang
Bayaran masuk : Warganegara : RM 50 & bukan warganegara RM 100
Mahua waterfall
Air terjun cantik di Sabah
Alamat: Kg. Mahua, 89650 Tambunan, Sabah
Telefon: 0165521905
Air Terjun Mahua mempunyai ketinggian 17 meter dan menjadi salah satu tarikan utama di Sabah. Dari Kota Kinabalu, perjalanan ke sini mengambil masa sekitar 1-1.5 jam.
Setelah tiba di kaunter tiket, anda perlu berjalan kaki sekitar 500 meter di laluan khas yang dikelilingi oleh flora.
Pastikan membawa pakaian ganti, pakaian mandi yang menutup aurat, makanan, tikar, pelampung (terutamanya untuk kanak-kanak), dan tuala untuk keselesaan anda.
Terdapat juga penginapan dan gerai makan di pintu masuk bagi mereka yang ingin bermalam atau membeli makanan.
Bayaran masuk : Dewasa 18 tahun ke atas : RM 3, Kanak-kanak : RM 1
Taman Pertanian Tenom
Tempat menarik di Tenom
Alamat: Unnamed Rd, Crocker Range Park, Malaysia, 89900 Tenom, Sabah
Telefon: 088258529
Taman Pertanian di Tenom terletak lebih kurang 10 km dari Pekan Tenom dan 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu.
Ia terletak di Lagud Sebrang dan menempatkan pelbagai jenis tanaman pertanian termasuk bunga, sayuran, buah-buahan, dan beberapa jenis haiwan.
Kawasan taman ini seluas kira-kira 200 ekar dan menawarkan beberapa destinasi menarik seperti Pusat Orkid, taman haiwan, Kawasan Lebah, Tasik Sapong, dan banyak lagi.
Menariknya lagi, terdapat keretapi trem percuma yang beroperasi setiap jam dari jam 9 pagi (bergantung kepada bilangan pengunjung) dan basikal untuk disewa.
Waktu operasi : Setiap hari : 9 pagi – 5 petang
Bayaran masuk : Dewasa : RM 10, Kanak-kanak : RM 5
Sungai Padas
Tempat untuk aktiviti sukan berkayak
Alamat: Sungai Padas, Tenom, Sabah
Telefon: N/A
Sungai Padas di daerah Tenom adalah destinasi menarik untuk penggemar sukan lasak seperti berkayak.
Turut terkenal sebagai salah satu sungai terpanjang untuk berkayak. Pengalaman berkayak di sini biasanya mengambil masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam.
Sungai Padas juga diiktiraf sebagai salah satu destinasi berkayak terbaik di Asia Tenggara.
Terdapat 7 jeram mencabar di Sungai Padas seperti Head Hunter, Lambada, Scooby-Doo, dan lain-lain.
Setiap peserta biasanya akan dibimbing oleh seorang guide untuk keselamatan mereka dalam aktiviti ini. Jom dapatkan pakej Sungai Perdas!
Gunung Kaingaran
Gunung kelima tertinggi di Malaysia
Alamat: Gunung Kaingaran, Kampung Nupakan, Tambunan, Sabah
Telefon: N/A
Gunung Kaingaran adalah salah satu gunung yang terdapat di Sabah, Malaysia, dengan ketinggian 2,482 meter dan ditemui pada tahun 2018.
Pendakian ke puncak gunung ini sedikit mencabar kerana hutan di kawasan ini masih tebal.
Anda akan menemui pelbagai jenis tumbuhan seperti orkid dan periuk kera semasa pendakian.
Walaupun pemandangan dari puncak masih terhalang oleh hutan tebal, pakej pendakian mengambil masa 3 hingga 4 hari dengan kemudahan khemah dan peralatan lain.
Biasanya, pendakian Gunung Kaingaran dikombinasikan dengan Gunung Sinsing kerana laluan yang sama.
Gunung Sinsing
Gunung ketiga tertinggi di Malaysia
Alamat: Gunung Singsing, Kampung Nupakan, Tambunan, Sabah
Telefon: N/A
Sama seperti Gunung Kaingaran, Gunung Sinsing juga baru ditemui pada tahun 2018 dan terletak di Kampung Nupakan.
Sabah kini memiliki lima gunung tertinggi di Malaysia kerana penemuan ini. Hutan di sekitar gunung masih tebal, menjadikan pendakian ke puncak lebih mencabar.
Meskipun pemandangan puncak terhalang oleh hutan, pakej pendakian biasanya mengambil 3-4 hari dengan kemudahan perkhemahan dan peralatan lain disediakan.
Pendakian Gunung Sinsing sering digabungkan dengan Gunung Kaingaran untuk pengalaman mendaki yang lebih bermakna, tetapi anda juga boleh memilih pendakian Gunung Sinsing saja.
Muzium Mat Sator
Muzium di Tambunan
Alamat: Muzium Mat Sator, Tambunan, Sabah, Malaysia.
Telefon : 087-339 126
Muzium Mat Sator adalah destinasi menarik di daerah Tambunan. Ia dibuka secara rasmi pada 3 Julai 2017 oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu.
Dibina di bekas tapak kubu Mat Sator untuk menghormati pengorbanan Mat Sator, seorang pejuang yang berjuang bersama Mat Salleh menentang pentadbiran British di Sabah.
Pameran di muzium ini merangkumi sejarah Tambunan, alat tradisional pertanian, kraftangan, dan alat muzik tempatan.
Pengunjung juga dapat melihat gambar ikon sukan dari daerah Tambunan.
Waktu operasi : Setiap hari : 9 pagi – 5 petang
Sinurambi Tambunan (Tambunan View Point)
Menara dengan view cantik di Tambunan
Alamat: Tambunan View Point (Menara Sinurambi), Kampung Dalungan, Tambunan, Sabah
Telefon: N/A
Sinurambi Tambunan, juga dikenali sebagai Tambunan View Point atau Menara Sinurambi, adalah destinasi menarik di Sabah yang terletak di Kampung Dalungan.
Menara ini berdasarkan idea Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah pada masa itu.
Direka dengan reka bentuk wakid, menyerupai bakul tradisional yang digunakan oleh penduduk tempatan. Dari menara, nikmati pemandangan indah daerah Tambunan, Keningau, dan Gunung Kinabalu.
Sebaiknya pakai pakaian yang sesuai, terutamanya wanita kerana angin kuat.
Waktu operasi : Setiap hari : 8 pagi – 6 petang
Salt Trail
Laluan berjalan kaki menarik di Banjaran Crocker
Alamat: Sabah Parks, Lot 45 & 46, Level 1-5, Block H, Signature Office, KK Times Square, Coastal Highway, 88100, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-523 500
Salt Trail atau laluan garam di Sabah adalah destinasi menarik untuk penggemar hiking dan meredah hutan di kawasan Banjaran Crocker, Daerah Tambunan.
Titik permulaan dari Inobong dan melibatkan Gunung Kebambangan, jambatan gantung di Sungai Terian, serta melalui kampung-kampung seperti Terian, Inobong, Buayan, Kionop, dan Tikolod.
Laluan ini adalah laluan tradisional yang digunakan oleh penduduk kampung dahulu untuk membawa hasil pertanian dan garam.
Meskipun terdapat jalan raya, beberapa masyarakat masih menggunakan laluan ini, terutamanya yang tinggal di sekitar Sungai Papar dan Tambunan.
Perjalanan ini mengambil masa paling kurang 3 hari, dengan bermalam di homestay di kampung-kampung yang dilalui dan dibimbing oleh seorang pemandu.
Taman Negara Banjaran Crocker
Taman negara di Sabah
Alamat: C423+88 Kampung Sinar Jaya Tanpulan, Keningau, Sabah
Telefon : 088-523 500
Pusat Taman Negara Banjaran Crocker terletak kira-kira 11 km dari Bandar Keningau. Taman ini diwartakan sebagai hutan simpan pada tahun 1984 dengan keluasan sekitar 1399 kilometer persegi.
Taman Negara meliputi daerah Tambunan, Penampang, Membakut, dan Papar. Anda boleh menikmati aktiviti meredah hutan, melihat flora dan fauna, serta keindahan alam semulajadi.
Taman ini juga menawarkan beberapa tempat menarik seperti menara memerhati, Pusat Pemulihan Paku Pakis, dan kawasan Bunga Rafflesia.
Anda boleh berkhemah dengan memberitahu pihak pengurusan atau gunakan bilik dan fasiliti untuk aktiviti berkumpulan.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi Taman Negara Banjaran Crocker ini yang pasti membuatkan percutian anda di Sabah lebih bermakna!
Gunung Wakid
Gunung kedua tertinggi di daerah Tambunan
Alamat : Gunung Wakid Community, Kg. Sunsuron, Tambunan, Sabah, Malaysia.
Telefon : 013-899 1857
Gunung Wakid dengan ketinggian 1,372 meter sesuai untuk pemula dan penggemar hiking, dengan laluan yang boleh dianggap mencabar.
Selama mendaki, anda akan melihat pelbagai flora dan fauna dalam hutan tebal. Puncak gunung menawarkan pemandangan indah ke kawasan Tambunan, termasuk sawah padi yang luas.
Setelah menikmati puncak gunung, turunlah dengan berhati-hati dan singgah di air terjun yang cantik di perjalanan turun untuk mandi.
Sebaiknya mendaki secara berkumpulan untuk keselamatan dan pengalaman yang lebih seronok.
Muzium Warisan Keningau
Muzium di Pedalaman Sabah
Alamat : Muzium Warisan Keningau, Peti Surat 2753, Jalan Kali, Taman Mahathir, 89007, Keningau, Sabah, Malaysia.
Telefon : 087-339 126
Muzium Warisan Keningau bermula sebagai Rumah Rehat Kerajaan sebelum dijadikan muzium pada tahun 2008. Ia juga merupakan tempat rehat untuk Perdana Menteri Malaysia pertama dan kedua.
Di sini, anda dapat menikmati pameran mengenai warisan tempatan seperti aspek budaya, sejarah, zoologi, tamadun Islam, dan sukan.
Terdapat juga gambar pemimpin tempatan seperti Saudin bin Labutau, orang pertama Malaysia yang ke New York, serta Batu Sumpah Keningau yang memaparkan Perjanjian Pembentukan Malaysia.
Tempat letak kereta disediakan untuk pengunjung dan jika anda lapar, Bandar Keningau hanya 600 meter jauhnya.
Donguan Hill
Bukit dengan 7 puncak di Keningau
Alamat: Donguan Hill, Kampung Apin-Apin, 89650, Keningau, Sabah, Malaysia.
Telefon : 012-806 4889
Bukit Donguan terletak di Apin-Apin, hanya 25 minit dari Bandar Keningau dan 2 jam 20 minit dari Kota Kinabalu.
Bukit ini mempunyai 7 puncak dengan ketinggian sekitar 226 meter dari aras laut, sesuai untuk pemula hiking. Pendakian sejauh 3 km pergi dan balik mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit.
Nama Bukit Donguan diambil daripada nama nenek moyang pemilik bukit, dan setiap puncak memiliki cerita tersendiri.
Pastikan berhati-hati ketika mendaki, pakai kasut yang sesuai, dan ajak kawan atau keluarga untuk bersama-sama menjelajahi punck bukit yang menawarkan pemandangan indah.
Kulanga Hill
Mini Kinabalu di Sabah
Alamat: Kulanga Hill, Kampung Agudon, 89650, Keningau, Sabah, Malaysia
Telefon : 013-830 8968
Bukit Agudon terletak di Kampung Agudon, hanya 15 minit dari Bandar Keningau, dan disebut sebagai ‘Mini Kinabalu’ oleh penduduk tempatan.
Pendakian ke puncak bukit mengambil masa kira-kira 4 jam, dan inilah destinasi yang ideal untuk mereka yang baru mula belajar mendaki di Sabah.
Walaupun sedikit mencabar, pemandangan indah di puncak bukit menjadikannya berbaloi, asalkan cuaca baik.
Jika cuaca cerah, anda dapat menyaksikan pemandangan awan karpet yang mengagumkan dan matahari terbenam yang cantik pada waktu petang.
Alang-alang tu, muat naik gambar-gambar menarik ini di instagram!
Pantai Tempurung
Pantai cantik di Kuala Penyu
Alamat : Tempurung Seaside Lodge, Kampung Tempurung, 89740, Kuala Penyu, Sabah, Malaysia
Telefon : 087-881 999
Pantai Tempurung Seaside Lodge terletak di Kuala Penyu, Sabah, hanya 1 jam 30 minit dari Kota Kinabalu. Anda akan terpesona dengan keindahan pantai dan pemandangan laut.
Aktiviti di sini termasuk berjalan tepi pantai, berkelah, naik ATV, dan banyak lagi. Jaga keselamatan ketika beraktiviti di pantai dan air laut.
Destinasi yang ideal untuk percutian keluarga, santai hujung minggu, berpasangan, atau lepak bersama rakan-rakan.
Terdapat juga penginapan, tandas, bilik salin pakaian, pondok rehat, restoran dan tempat bergambar yang cantik.
Pantai Pasir Pimping
Pantai di Membakut
Alamat: Pantai Pimping, Pekan Membakut, Sabah.
Telefon: N/A
Pantai Pimping hanya 9 km dari Pekan Membakut dan destinasi popular bagi pengunjung yang ingin beriadah di pantai yang indah ini, terutama pada musim cuti dan hujung minggu.
Selain itu, pantai di Sabah ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti berjalan di tepi pantai, berenang, berbasikal, berkelah, camping tepi pantai dan banyak lagi.
Di sini tersedia tandas, pondok rehat, tempat duduk, gerai makan, surau, dan tapak letak kereta. Tempat menarik di Sabah ini juga sesuai untuk percutian keluarga.
Jangan lupa mengambil gambar matahari terbenam yang cukup indah!
Rabbit Farm
Taman arnab di Tambunan
Alamat: Rabbit Farm Tambunan, Kampung Sunsuron, 89650, Tambunan, Sabah, Malaysia
Telefon: 0103901304
Taman Arnab terletak di Pedalaman Sabah, lebih kurang 8.3 km dari Pekan Tambunan dengan latar belakang Gunung Wakid.
Selain itu, taman ini diuruskan oleh penduduk tempatan Kampung Sunsuron dan telah menjadi tumpuan utama penduduk Tambunan, terutamanya semasa cuti sekolah.
Destinasi menarik yang sesuai untuk seisi keluarga, peminat arnab, dan pencinta haiwan.
Anda dapat bermain, memberi makan, bergambar, dan bahkan mengangkat arnab-arnab yang comel. Kanak-kanak pasti ketawa gembira!
Waktu operasi : Setiap hari : 9 pagi – 5 petang
Tiket masuk: Dewasa RM5 & kanak-kanak RM3
Pusat Kebudayaan Murut
Pusat kebudayaan di Sabah
Alamat: Pusat Kebudayaan Murut Tenom, 89900, Tenom Sabah, Malaysia.
Telefon : 011-6574 9522
Pusat Kebudayaan Murut terletak di dalam Bahagian Pedalaman Sabah, iaitu di daerah Tenom, kira-kira 13 km dari Pekan Tenom.
Tempat ini dibina pada tahun 1994 oleh Datuk Kadoh Agundong dan menjadi lokasi utama untuk Pesta Kalimaran setiap 31 Mac, menarik pengunjung dari seluruh dunia.
Anda juga dapat mengunjungi pusat ini pada hari biasa, melakukan aktiviti seperti permainan tradisional dan persembahan kebudayaan.
Terdapat kemudahan seperti kafetaria, tempat letak kereta, bilik mesyuarat, pameran seni dan jualan kraftangan. Jom melihat kebudayaan dan warisan suku kaum Murut Sabah!
Esplanade Sipitang
Tempat menarik di tepi laut Pekan Sipitang
Alamat: Pekan Sipitang, Sipitang Sabah
Telefon: N/A
Esplanade Sipitang adalah salah satu tempat menarik di Sipitang yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong dari dalam dan luar negara.
Terletak di tepi laut, tempat ini menawarkan pemandangan laut yang indah terutama saat matahari terbenam. Anda dapat bersiar-siar, berbasikal, atau bersantai di pondok rehat.
Terdapat juga gerai makan yang terkenal dengan sataynya, serta kemudahan seperti pondok rehat, tempat letak kereta, dan tandas awam.
Kunjungi destinasi menarik di pedalaman Sabah ini bersama keluarga dan rakan-rakan!
Pammos View
Tempat menarik berkonsepkan suasana perkampungan di Sabah
Alamat : Pammos View, Kampung Pamilaan, Batu 15.5, Jalan Tenom Keningau, 89907, Tenom, Sabah
Telefon : 019-534 1000
Pammos View terletak di bahagian Pedalaman Sabah Beaufort, menawarkan rekreasi alam semulajadi hanya dalam masa 25 minit perjalanan dari Pekan Tenom.
Anda juga boleh menikmati aktiviti seperti agro-pelancongan, barbeque, dan sukaneka serta mandi di sungai yang jernih.
Terdapat kemudahan penginapan dan tapak perkhemahan jika anda datang dari jauh. Tempat menarik di Sabah ini sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan.
Jadi, rancanglah percutian yang menyegarkan di Pammos View.
Yong Farmstay
Jambatan kaca pertama di Sabah
Alamat : Yong Farmstay, Kampung Pulop, Melalap, 89900, Tenom, Sabah, Malaysia.
Telefon : 014-380 9339
Tempat menarik ini di Tenom sangat popular, terutama semasa cuti sekolah, dan adalah destinasi yang ideal untuk percutian bersama keluarga atau rakan-rakan.
Anda juga boleh membuat lawatan sehari untuk melihat mini zoo, peta 2D gergasi, dan jambatan kaca pertama di Sabah.
Di Yong Farmstay, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti memandu ATV, memanah serta lawatan ke rumah peringatan Ken Lin.
Kemudahan yang disediakan termasuk penginapan yang selesa, dapur, restoran, dan taman permainan. Jom bergambar di jambatan kaca dan upload ke Instagram!
Waktu operasi : Setiap hari : 9 pagi – 5 petang
Tenom Valley
Penginapan unik di Sabah
Alamat: Tenom Valley, Jalan Amboi Dua, 89900, Tenom, Sabah, Malaysia.
Telefon : 012-833 8993
Tenom Valley adalah destinasi menarik di Sabah yang sesuai untuk percutian keluarga atau berkumpulan.
Dibina oleh arkitek tempatan, Roger Voo, tempat ini menawarkan suasana kampung yang damai hanya beberapa kilometer dari Pekan Tenom.
Penginapan di Tenom Valley sangat bersih dan unik, memberikan pengalaman yang sukar dilupakan dengan suasana yang tenang, terutama selepas hujan.
Anda akan rasa selamat berada di sini kerana diberikan remote pagar setelah mendaftar masuk.
Selain dari bergambar di balkoni dengan pemandangan bukit dan hutan yang cantik, anda juga boleh memandu ATV dan anak-anak boleh berendam di kolam mandi.
Kemudahan seperti BBQ, dapur, dan bilik seminar juga disediakan, menjadikannya sesuai untuk majlis perkahwinan atau acara lain. Pastikan anda membuat tempahan awal!
Taman Awam Bandukan
Taman awam di Keningau
Alamat: Jalan Kampung Bunsit, Bandar Keningau, Keningau, Sabah
Telefon: N/A
Taman Awam Bandukan adalah destinasi rekreasi ideal untuk percutian keluarga atau lepak bersama rakan-rakan.
Terletak berdekatan dengan bandar Keningau, ia menawarkan persekitaran yang hijau dengan sungai jernih yang sesuai untuk mandi.
Selain berkelah, pengunjung boleh mandi sungai, memancing, berjogging, dan berkhemah. Taman ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti pondok rehat, tandas, taman permainan kanak-kanak, dan tempat beriadah.
Jika anda datang dari jauh, terdapat Taman Bandukan Resort Riverside yang menyediakan penginapan dan kemudahan seperti tempat memancing dan barbeque.
Rundum Highlands
Tanah Tinggi Rundum
Alamat : Pengurus Rundum Highlands, Kampung Rundum, Peti Surat 340, 89908, Tenom, Sabah, Malaysia.
Telefon : 013-851 6498
Rundum Highlands adalah destinasi menarik yang dibina oleh komuniti penduduk setempat, terutama suku kaum Murut.
Tempat pelancongan di kawasan tanah tinggi ini juga merupakan tapak perkhemahan. Cuaca malam boleh mencecah 12-16 darjah Celsius, jadi bawa jaket atau baju sejuk.
Nikmati pemandangan hutan hujan tropika yang mengagumkan, terutama saat matahari terbenam, dengan udara sejuk di kawasan ini.
Terdapat pelbagai aktiviti seperti meredah hutan, mandi di air terjun, mendaki bukit, barbeque, menari tarian kebudayaan, membuat unggun api dan menikmati hidangan tradisional.
Jadi, rancanglah trip untuk menjelajahi kecantikan Rundum Highlands ini bersama keluarga atau rakan-rakan.
0 comments:
Post a Comment