Sejak pandemik COVID-19 menyerang, ramai peniaga memulakan perniagaan mereka dari rumah dengan menggunakan atas talian seperti aplikasi Shopee dan TikTok.
Sehingga kini TikTok sudah menjadi satu platform penting untuk semua jenis perniagaan tidak kira kecil atau besar.
Asalkan boleh bercakap depan kamera dan rajin, anda boleh dapat keuntungan dari situ.
Tapi malangnya, platform perkongsian video, TikTok menyatakan pada 4 Oktober lalu bahawa pihaknya secara rasmi menamatkan perkhidmatan beli-belah online di Indonesia.
Ini kerana bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh pemerintah baru untuk melindungi perniagaan tempatan iaitu melarang penggabungan media sosial dengan layanan transaksi e-commerce.
Perkara ini kami tahu apabila melihat ciapan daripada seorang pengguna aplikasi X dengan mempersoalkan kenapa TikTok Shop di Indonesia di tutup?
“Malaysia janganlah buat macam ni,”
Menjengah ruangan komen ramai rakyat Malaysia mendoakan agar Malaysia tidak mengenakan undang-undang seperti ini.
Sehingga kini platform itu kini mempunyai 113 juta pengguna di Indonesia, menjadikan negara tersebut sebagai pasaran terbesar kedua TikTok di belakang Amerika Syarikat yang memiliki 116.5 juta pengguna.
0 comments:
Post a Comment