Secara umumnya bila seseorang mengalami masalah bisu, secara tak langsung individu tersebut boleh mendengar tetapi tidak boleh bercakap.
Tapi lain pula yang terjadi pada seorang pemuda Abdul Karim ini apabila mampu membaca Al Quran dengan lancar walaupun mengalami masalah pekak dan bisu.
Baca Al-Quran dengan lancar!
Menurut sumber, Abdul Karim pada awalnya adalah manusia biasa yang sempurna sifatnya.
Malangnya ketika dia berusia 3 tahun, dia dan kedua ibu bapanya mengalami kemalangan sehinggakan dia kehilangan keupayaan mendengar dan bercakap.
Menurutnya lagi, dia sedar dirinya mampu membaca Al-Quran dengan lancar kerana mimpinya.
Beliau bermimpi tentang seorang lelaki yang memakai jubah putih kemudian beritahunya dia boleh mengaji.
Sejak daripada itu, dia cuba dan dia berjaya membaca Al-Quran dengan lancar dan mudah tanpa pelat.
Menurut Kosmo, di Malaysia lebih kurang 2.4 peratus atau kira-kira 633,653 daripada penduduk Malaysia berdaftar sebagai orang kelainan upaya (OKU).
Data ini diperoleh dengan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sehingga penghujung tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment