Sebelum ni kecoh pelakon, Daiyan Trisha bergambar dengan beberapa barisan artis Amerika, antaranya Amanda Seyfried, Stephanie Hsu, Ed Westwick, Maitreyi Ramakrishna dan ramai lagi.
Kali ini lebih hangat apabila Daiyan memuat naik sebuah video berdurasi 10 saat menerusi laman akaun X miliknya yang menunjukkan kolaborasi dia dengan jenama besar, Lancome.
Dia turut menulis pada posting tersebut dirinya merupakan wajah baru bagi duta Lancome dari Malaysia dan turut bangga dengan kejayaan dirinya.
“Congrats Daiyan,”
Seperti biasa, bila posting tersebut dah meledak dengan Repost, ruangan komen juga dibanjiri dengan komen dari netizen.
Ramai yang mengagumi Daiyan kerana berjaya menjadi duta kepada salah satu jenama gergasi kosmetik Perancis itu.
“She level Beyonce,”
Tidak cukup dengan itu, pengguna akaun @arfdy12 samakan Daiyan dengan Beyonce kerana mereka berdua membuat penggambaran di tempat yang sama.
“Kantoi SPM dulu,”
Ada juga yang cuba megusik Daiyan dengan mengaitkan dirinya dengan drama yang pernah dibintanginya dulu. Netizen ni kelakar tau!
Sebelum ini selebriti popular Malaysia Neelofa dilantik sebagai duta pertama Asia Tenggara untuk jenama Lancome, kini Daiyan pula.
Woman power betul! Semoga banyak lagi bintang artis dari Malaysia terbang lebih jauh.
0 comments:
Post a Comment