Siapa je tak kenal dengan usahawan bengkung, Sajat Kamaruzzaman yang kini menetap di Australia kerana menurutnya berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.
Kini, ‘peminat’ Sajat dari Malaysia hanya melihat perkembangan hidupnya menerusi media sosial saja iaitu TikTok dan Instagram.
Banyaklah video Sajat tular baru-baru ini antaranya dia buat kuih tradisional ketika membuat Live di TikTok dengan mengikuti resepi viewers. Memang kelakar!
Tapi lain pula topiknya kali ini apabila dirinya kelihatan menangis teresak-esak ketika meluahkan perasaan sedihnya kerana gagal berada di sisi ayahnya yang terlantar sakit.
“Ayah, maafkan sajat,”
Ketika dia jatuh, Sajat menerima bantuan ikhlas dari rakan baiknya, Dato’ Aliff Syukri yang menawarkan pertolongan untuk membantu membelikan kerusi roda untuk ayah Sajat.
Selesai urusan pembelian kerusi roda, Dato’ Aliff Syukri sempat menghantar video pendek kepada Sajat dan dia memuat naik video tersebut di Instagram miliknya.
Dalam masa yang sama, dia turut meluahkan rasa sedih dan terima kasih kepada usahawan D’Herbs menerusi kapsyen posting tersebut.
Pada akhir kapsyen posting tersebut, Sajat turut meluahkan rasa sayangnya pada ayahnya yang jauh di mata.
“Balasan Allah tak semestinya kena cash ye,”
Bila tular video Sajat menangis sebab gagal berada di sisi ayahnya ketika sakit, netizen di Twitter mula bersuara dengan mengatakan itu adalah pilihannya.
Ada juga yang mengatakan ini adalah balasan tuhan selepas memainkan agama Allah kerana telah cuba mencabar kuasa Allah dengan memakai telekung di Tanah Suci.
Apa pun, kita boleh berdoa supaya dirinya jumpa jalan yang benar.
0 comments:
Post a Comment