loading...

Tuesday, 19 November 2019

7 Senaman Simple Yang Boleh Melangsingkan Badan Hanya Dalam 4 Minggu

Ramai orang mahu menjalani hidup sihat, tetapi ramai orang malas untuk bersukan. Kebanyakan orang masih berfikir bahawa masa lapang sebaiknya digunakan untuk beristirahat a.k.a tidur, ia dikatakan lebih sihat dan mudah untuk dilakukan.

Tetapi, sebenarnya tidaklah perlu untuk selalu keluar dari pagar rumah untuk bersenam dan berpeluh. Berikut adalah petikan dari laman Popsugar beberapa jenis sukan mudah yang boleh mengubah bentuk badan hanya dalam 4 minggu dan ianya hanya perlu dilakukan selama 10 minit sehari.

Plank

senaman plank di rumah
Foto: popsugar.com

Plank adalah sukan yang tidak memerlukan pergerakan badan. Oleh itu, anda tidak perlu pergi ke mana-mana, hanya menahan seluruh badan menggunakan kedua-dua tangan ke siku, dan kaki di kedudukan lurus.

Kedudukan badan yang betul dan lurus seperti ini akan menjadikan otot menjadi kuat dan tulang di bahagian belakang badan berada dalam keadaan normal.

Push up

senaman push up
Foto: popsugar.com

Ramai orang sudah mengetahui pergerakan ini tetapi tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan ini dengan betul kedudukan badan anda mestilah perlu disokong oleh lengan dan kaki anda secara lurus. Kemudian bangun dari kedudukan tersebut selambat yang mungkin.

Melangsingkan paha dan otot bawah

senaman paha dan otot kaki
Foto: Popsugar.com

Lihat gambar dan perhatikanlah. Letakkan tangan dan lutut di lantai, kemudian angkat kaki kiri dan tangan kanan bersama-sama dan perlahan-lahan bergerak lurus ke badan. Begitu juga untuk kaki dan lengan yang lain.

Squats

senaman squat
Foto: Popsugar.com

Pergerakan squat ini paling penting adalah mengenai keseimbangan. Letakkan tangan anda di hadapan anda dan cubalah duduk. Bayangkan mahu duduk di kerusi. Tetapi, kedudukan badan akan condong ke hadapan supaya semakin anda turun, sudut akan terbentuk dari badan dan paha atas.

Latihan abdomen

senaman otot perut
Foto: Popsugar.com

Bermula dengan kedudukan posisi tidur dan lengan diluruskan. Kemudian, perlahan-lahan menemui telapak tangan anda dengan lutut di tempat yang betul. Begitu juga tangan dan kaki yang lain.

Abs dan punggung

senaman punggung
Foto: Popsugar.com

Angkat kaki anda setinggi mungkin kemudian perlahan-lahan tarik sehingga hidung anda mencium lutut anda. Begitu juga dengan kaki yang lain. Ini akan mengetatkan otot kaki/perut dan tulang pinggul.

Melangsingkan pinggang

senaman pinggang di rumah
Foto: Popsugar.com

Posisi kaki anda seperti kuda kemudian bersandar pada dinding. Kemudian pegang objek yang cukup berat untuk mengetatkan otot tangan. Pusing lihat sebelah kiri dengan badan (bukan dengan leher).

Jadual Senaman Mingguan Selama 4 Minggu

MINGGU PERTAMA

Lakukan pergerakan di bawah selama 6 hari:

  • 2 minit plaank;
  • 1 minit pushups;
  • 1 minit melangsingkan paha dan otot bawah;
  • 1 minit abs;
  • 1 minit abs dan punggung;
  • pinggang 1 minit;
  • 2 minit melangsingkan pinggang.

Berikan selang masa rehat 10 saat untuk setiap pergerakan.

MINGGU KE-2

Lakukan gerakan di bawah ini selama 6 hari:

Set 1:

  • 3 Menit plank;
  • 3 Menit Menit abs;
  • 3 Menit Pengencangan paha dan otot bawah;

Beri jarak istirahat selama 15 detik setiap perpindahan gerakan.

Set 2:

  • 3 minit pinggang;
  • 3 minit pushups;
  • 3 minit abs dan punggung;

Beri selang waktu istirehat selama 15 saat untuk setiap pergerakan.

MINGGU KE-3

  • Ulangi gerakan set 1.

MINGGU KE-4

  • Ulangi gerakan set 2.

Sekiranya anda melakukannya secara rutin selama empat minggu, dan kurang dari satu bulan, anda akan merasakan keadaan badan yang sama sekali berbeza dan perut yang lebih menawan

The post 7 Senaman Simple Yang Boleh Melangsingkan Badan Hanya Dalam 4 Minggu appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...