Mencari ruang untuk anda solat semasa melakukan perjalanan boleh menjadi agak sukar. Majoriti di antara kita, akan melakukan solat di mana-mana sahaja tempat yang bersih dan jauh dari orang ramai.
Memetik laman Have Halal Will Travel, Jepun telah memperkenalkan masjid-masjid bergerak yang diumumkan tahun ini bertujuan agar pelancong Islam rasa selesa setibanya di negara matahari terbit itu.
Juga, dengan Sukan Olimpik pada tahun 2020 di Tokyo kelak, masjid-masjid ini akan membantu menyediakan lebih banyak ruang solat untuk umat Islam.
Masjid bergerak ini mungkin kelihatan seperti trak biasa tetapi ia boleh dikembangkan dan mempunyai pintu masuk dengan tangga ke bilik sembahyang. Di samping itu, terdapat juga saluran paip untuk anda melakukan wudhu.
Sebuah bas boleh menampung sehingga 50 orang pada suatu masa. Bahagian yang terbaik ialah, bas boleh melakukan perjalanan ke tempat acara sukan Olimpik yang berlainan supaya umat Islam boleh melakukan solat ketika pergi ke acara-acara sukan.
Namun, belum ada berita mengenai jadual perjalanan masjid bergerak ini atau berapa buah bas yang akan berada di sana tetapi kini basa tersebut ditempatkan di Stadium Toyota di Toyota City, berhampiran Nagoya.
Sebagai tambahan kepada sukan Olimpik, syarikat itu juga berharap ia akan digunakan untuk acara sukan di Jepun atau acara-acara antarabangsa yang lain. Jadi pada masa akan datang, anda mungkin melihatnya di tempat lain di dunia.
Tetapi buat masa sekarang, jika anda menuju ke Tokyo untuk menonton sukan Olimpik, anda tidak perlu risau tentang ruang solat! Dan bagi anda yang tidak merancang untuk pergi ke bertandang ke sukan Olimpik Tokyo 2020, mungkin sekarang anda boleh fikiran semula.
The post Jepun Sediakan Masjid Bergerak Untuk Sukan Olimpik Tahun 2020 appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment