Golongan ibu sering dianggap lebih tertekan daripada golongan ayah kerana sibuk di pejabat, rumah tangga dan kehidupan percintaan yang boleh menjadi pencetus tekanan stres.
Menurut Gobind Vashdev dalam buku Happiness Inside menyatakan bahawa umumnya wanita lebih mudah mengalami tekanan stres daripada lelaki. Ini kerana secara fisiologi, otak wanita lebih kecil daripada otak lelaki. Walau demikian, otak wanita bekerja 7-8 kali lebih keras daripada lelaki ketika mengalami masalah. Inilah yang menjadikan wanita lebih mudah rasa tertekan daripada lelaki.
Tetapi, yang kerap dikatakan stres hanyalah dirasakan oleh ibu-ibu yang bekerja di pejabat. Sebenarnya, menjadi seorang suri rumah sepenuh masa lebih tertekan daripada wanita yang bekerja di pejabat. Apa sebabnya? Tekanan stres di rumah kerana peningkatan permintaan untuk kehidupan peribadi. Menyediakan makanan, menyediakan anak-anak sekolah, mengemas rumah dan lain-lain sebagai penyebab utama tekanan stres.
Ibu di rumah bekerja selama hampir 24 jam dengan rutin yang hampir sama. Berbeza dengan pejabat yang lebih membahagiakan kerana adanya rakan-rakan sekerja yang lain. Penyelidikan di Amerika Syarikat ini juga turut mendapati bahawa perempuan rasa paling selesa apabila di pejabat. Sebaliknya, lelaki pula rasa lebih bahagia ketika berada di rumah. Menurut para penyelidik, ini adalah kerana kebanyakan wanita melakukan kerja-kerja di rumah berbanding lelaki.
Profesor Damaske turut menjelaskan, punca tekanan mungkin disebabkan oleh rutin harian yang meletihkan. Golongan ibu yang bekerja rasa lebih gembira di pejabat kerana selepas sahaja waktu pejabat, mereka meninggalkan pekerjaan mereka dan kemudian memasak untuk makan malam dan mencuci pinggan.
Akhir kata, buat anda para ibu jangan lupa juga untuk merehatkan diri dan merasakan “me-time” ya!
The post Menjadi Suri Rumah Lebih Stres daripada Ibu Yang Bekerja Di Pejabat appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment