Inginkan anak-anak membesar menjadi pintar, cerdas dan cergas ada satu hal yang harus diamalkan. Mungkin ramai ibubapa tidak sedar sebenarnya memberi kesan peribadi dan emosi anak-anak.
Sebagai ibubapa, tanggunjawab bukanlah untuk membesarkan anak-anak sahaja. Ada beberapa elemen lain yang perlu difahami. Dan salah satunya adalah bagaimana cara kita mendidik mereka.
Kesan buruk pada otak
Terdapat kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa menengking anak merosakkan berjuta-juta sel otak pada anak-anak. Malah, bagi anak-anak yang masih dalam proses membesar, iaitu pada usia 2-3 tahun (golden age), bunyi tengking yang kuat atau keras dari mulut ayah boleh merosakkan sel-sel otak yang sedang dalam proses berkembang.
Hilang keyakinan diri
Untuk kesan jangka panjang juga, anak-anak itu akan menjadi orang yang kurang berkeyakinan diri. Bahasa mudah; menjadi penakut! Sintom ini merangkumi anak-anak menjadi suka bersendirian dan tidak membuka pergaulan walaupun dengan anak-anak lain pada usia yang sama. Malah, kesan jangka panjang juga, mereka akan rasa tidak selesa dan rasa terlalu rendah dengan orang lain atau masyarakat.
Minda menjadi lembap & fikiran negatif
Perkara ini sebenarnya anda dapat lihat kesan-kesannya mengikuti turutan. Antara kesan kritikal ialah minda dan fikiran anak itu sendiri. Bayangkan, selepas meninggalkan kesan-kesan yang menyebabkan kekurangan keyakinan diri, kini anak-anak juga mudah diluap dengan fikiran dan emosi negatif.
Emosi negatif:
- Marah
- Panik
- Tekanan stres
- Sedih
- Kemurungan
Emosi aneh ini timbul jika anak-anak tidak memahami masalah yang sedang mereka hadapi. Mendidik mereka perlulah dengan cara pada hari ini. Tanpa meninggalkan kesan buruk pada anak-anak itu. Sudah tentu kita mahu seorang anak-anak membesar menjadi semakin sihat, pintar dan berkeyakinan tinggi ketika berurusan dalam karier mereka di masa depan, bukan? Mulai sekarang monitor dan jangan melebihi batas dalam mendidik mereka.
Kadang-kadang ibubapa, memberikaan ubat minda buat anak-anak, kerana masih tidak berganjak dari pencapaian masa lalu.
AMARAN MESRA:
Jangan biarkan sel-sel otak anak-anak rosak asbab dari tindak-tanduk anda!
Masalah pendengaran dan jantung
Semua orang tidak suka dimarahi. Anak kecil mahupun orang dewasa. Bunyi marah dan menengking yang terlalu kerap boleh menyebabkan anak-anak kehilangan deria pendengaran. Kesannya ialah anak-anak sukar untuk menjadi pendengar yang baik. Sukar untuk mendengar apabila cikgu bercakap atau mengajar. Atau mungkin anda memanggilnya, sebut 10 kali baru dia datang! Masalah ini berlaku kerana kehidupan anak-anak tidak berkembang dalam persekitaran positif tetapi berada dalam zon merah yang sangat gelap dan negatif!
Sekiranya proses membesarkan seorang anak terpaksa melalui kemarahan dan tengkingan setiap hari. Kemungkinan masalah yang lebih serius mungkin berlaku. Contoh, masalah jantung. Jantung seseorang anak-anak dengan mudah menjadi lebih lemah kerana setiap kali bunyi ‘keras’ dari anda, ia akan membuat hati mereka lebih cepat lemah!
Membesarkan ‘klon’ diari anda sendiri!
Sekiranya anda sering menjerit, menengkin anak. Perbuatan anda itu akan ditiru oleh anak kemudian. Bukan itu sahaja, komunikasi dengan ibubapa anda juga akan memberi kesan buruk. Anak-anak berpotensi besar membalas teriakan dan bersikap kasar dalam perhubungan. Tidak mendengar panggilan anda, atau dengan sengaja melawan kembali.
Antara tanggapan lain, mereka menjadi seorang pemarah dan sukar untuk menjaga emosi sendiri. Untuk ibu bapa di luar sana, tolong bantu diri anda untuk menukar perwatakan anda dalam mendidik anak-anak. Hari ini sudah masuk zaman teknologi, digital dan canggih semuanya.
The post Anak Membesar Cergas, Bijak & Cerdas Bila Tidak Ditengking appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment