loading...

Tuesday, 19 November 2019

Kegemukan Kerana Anda Bahagia Dengan Perkahwinan Anda – Kajian

Ada begitu banyak faedah yang menakjubkan apabila anda memutuskan untuk berkahwin dengan pasangan cinta hidup anda. Malangnya, sains telah menunjukkan bahawa satu kelemahan adalah berat badan.

Telah terbukti bahawa pasangan mengalami peningkatan berat badan yang ketara setelah mereka mengikat tali perkahwinan. Adakah ini kerana mereka tidak perlu risau tentang kelihatan baik dalam foto perkahwinan mereka? Adakah mungkin mereka akhirnya boleh menunjukkan warna sebenar mereka? Alasan sebenar untuk penambahan berat badan adalah lebih mudah daripada yang anda fikirkan. Berikut ini memetik laman DadPatrol.

Kedua-dua lelaki dan wanita berkahwin sama-sama naik berat badan

Satu kajian baru menunjukkan bahawa kedua-dua wanita dan lelaki mengalami kenaikan berat badan apabila mereka berkahwin berbanding ketika mereka single. Data menunjukkan bahawa seseorang akan naik berat badan secara purata 16 kg berbanding ketika mereka mula bercinta dengan pasangan mereka.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berat badan naik 8 kg tambahan pada tahun pertama sahaja dan 10 kg dalam lima tahun pertama. Namun, yang menariknya, pasangan yang hidup bersama tetapi tidak berkahwin tidak mengalami kenaikan berat badan yang sama.

Golongan suami biasanya menjadi mangsa isteri mereka

Kedua-dua lelaki dan wanita telah menunjukkan peningkatan berat badan selepas berkahwin, namun lelaki lebih berkemungkinan untuk naik berat badan. Walaupun kurang daripada separuh daripada wanita dilaporkan peningkatan berat badan yang ketara, 7 daripada 10 lelaki mengaku nombor berat badan bertambah.

Jika dahulunya, orang mengaitkan fenomena ini dengan keselesaan. Sebaik sahaja anda sudah berkahwin, tekanan berkurang dan anda boleh rasa selesa. Tetapi kajian menunjukkan bahawa ada alasan yang lebih mendalam di belakang kisah berat badan pasangan yang berkaitan dengan makanan.

Pasangan berkahwin makan lebih banyak tetapi makan makanan sihat

makanan suami isteri
Foto: lucisphilippines.press

Ia mudah untuk melihat peningkatan berat badan di peringkat awal hubungan. Ramai pasangan pergi makan untuk dating kerana ia adalah cara yang baik untuk mengenali satu sama lain. 41 peratus daripada orang berkata makan adalah sebab utama mereka mula mengalami kenaikan berat badan, tetapi kebiasaan itu tidak melekat dalam hubungan.

Malah, pasangan suami isteri sebenarnya lebih sihat berbanding orang single. Pasangan suami isteri komited untuk mengurangkan merokok, kurang mabuk, dan makan makanan segera. Namun, mereka masih mengalami kenaikan berat badan.

Masa bersama membuat kedua-dua pasangan naik berat badan

Alasan rahsia di balik kegemukan meluas adalah masa yang diluangkan pasangan berkahwin untuk bersama. Pasaangan berkahwin lebih cenderung untuk merancang dan memasak makanan, mereka juga melihat makanan sebagai masa ikatan keluarga dan akan makan lebih banyak daripada orang single.

Pasangan yang berkahwin juga menerima tabiat buruk dari diri masing-masing. Mereka terjebak makanan yang tidak berkhasiat kerana pasangan mereka mempunyai keinginan tersebut. Sukar untuk menahan selera tambahan apabila pasangan mereka melakukan perkara yang sama. Pada asasnya, anda sedang menaikkan berat badan kerana anda selesa menghabiskan masa dengan pasangan anda.

Jangan risau, anda boleh menghindarinya

gaya hidup sihat suami isteri
Foto: lucisphilippines.press

Nasib baik, perkahwinan bukanlah hukuman mati untuk tubuh anda. Anda masih boleh berbahagia dalam hubungan dan menjalani gayahidup sihat. Psikologi Wyatt Fisher mengatakan bahawa perbezaan terbesar bagi pasangan suami isteri adalah berhati-hati terhadap jumlah makanan. Ia juga penting untuk mengingati pasangan suami isteri agar tidak perlu mengurangkan masa ikatan untuk menjalani gaya hidup sihat. Pasangan boleh membuat makan malam yang sihat (lebih kecil) dan bersenam untuk kekal bahagia dalam hubungan mereka dan tubuh badan mereka.

The post Kegemukan Kerana Anda Bahagia Dengan Perkahwinan Anda – Kajian appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...