Mungkin selama ini anda hanya menggunakan garam untuk menambah rasa kepada masakan. Tetapi, adakah anda tahu bahawa garam laut juga boleh digunakan sebagai rawatan badan.
Kandungan mineral magnesium, kalium, sodium, dan kalsium tinggi membuat garam dipercayai berkesan untuk mengekalkan kesihatan kulit wajah anda.
Garam dicampur dengan air mawar
Anda hanya perlu menyediakan setengah sudu garam dan satu sudu air mawar. Selepas itu kacau sehingga rata. Cara menggunakan, anda hanya sapukan campuran garam dengan air mawar dengan sama rata, tunggu sehingga beberapa minit kemudian bilas dengan air sejuk sehingga bersih.
Garam dicampur dengan gula
Seterusnya, adalah mencampurkan garam dan gula. Caranya menyediakan separuh satu sudu garam dan gula, kemudian campuran diletakkan di atas piring atau pinggan. Selepas itu, gosok muka sehingga rata, tunggu sehingga 10-15 minit. Selepas itu, bersihkan muka anda dengan kapas basah.
Madu dicampur dengan garam
Cara ketiga ini, selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga boleh mengeluarkan bintik hitam, memutihkan dan melembabkan kulit wajah. Caranya adalah dengan mencampurkan 1 sudu madu dengan ½ sudu garam. Kemudian sapukan bahagian kulit secara rata. Biarkan selama 10-15 minit dan basuh dengan air sejuk atau air ais.
Garam dicampur dengan limau
Tidak seperti kaedah di atas, kaedah terakhir adalah menyediakan ½ sudu garam dan 1 sudu jus lemon, kemudian sapukan secara merata dan gosokkan perlahan pada kulit muka, ingat jangan terlalu kuat. Bersihkan dengan air suam dan ulangi lagi dengan air sejuk untuk menutup liang terbuka kulit.
Mudah-mudahan berguna dan semoga berjaya.
The post Guna Garam Untuk Menghilangkan Bintik Hitam, Jerawat, Memutihkan Serta Melembabkan Kulit appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment