Siapa sangka, rupanya daun pisang boleh bertindak sebagai agen anti-kedut. Ini adalah berdasarkan perkongsian maklumat daripada saintis Dr. Suri Roowi dan juga sangat menarik untuk kita semua ketahui.
Sedia maklum, kulit pisang sering digunakan sebagai petua untuk menghilangkan parut pada muka dengan cara yang sangat mudah.
Hanya menggosok kulit pisang secara berkala akan menunjukkan hasilnya di muka. Walaupun begitu, selepas pendedahan manfaat daun pisang ini, sesungguhnya suatu hari nanti kita boleh mengamalkannya juga.
Kajian yang telah dijalankan oleh saintis Korea dalam jurnal Korean Society for Biotechnology and Bioengineering 31(2): 126-134 (2016) mengenai ekstrak daun pisang.
Kajian itu mendapati bahawa ekstrak daun pisang boleh bertindak sebagai agen anti-kedut. Ekstrak daun pisang bertindak dengan meningkatkan pro-kolagen dengan mengurangkan enzim MMP-1 dan MMP-2 (enzim yang terlibat dengan pembentukan kedutan).
Bahan aktif ekstrak daun pisang ini adalah asid korosolik. Walau bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi mengenai cara menggunakannya dengan betul.
The post Daun Pisang Boleh Bertindak Sebagai Antikedut – Kajian Saintis Korea appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment