loading...

Friday, 29 November 2019

Kerap Lambat Tanda Anda Seorang Yang Kreatif

Orang-orang kreatif biasanya mempunyai sifat perwatakan yang sukar untuk dipercayai. Secara umum, orang mengenalpasti orang yang kreatif ini dengan ciri-ciri pemikiran mereka yang berbeza, mereka adalah seorang yang yakin dan mereka konsisten dengan gaya pemikiran mereka.

Dalam kehidupan seharian, kita semestinya ada kawan yang selalu datang lambat ke kelas, atau apa saja yang dia buat mestilah dilakukan pada “minit terakhir”. Dikatakan, orang ini sebenarnya orang yang kreatif.

Sehingga, rakan-rakan sekerja sudah pasti, tidak senang duduk dengan kelakuan mereka dan kadang-kadang mendapat amaran daripada bos. Adakah anda sama seperti ini? Menurut sebuah kajian, orang yang sering lambat untuk sampai ke destinasi mereka biasanya seorang yang lebih yakin dan kreatif dalam kehidupan.

Ditegaskan bahawa orang yang kerap lambat cenderung lebih yakin, baik hati, kreatif dengan pelbagai tugas dan boleh diharapkan. Untuk ketepatan masa dia dianggap buruk kerana sering tidak menjaga masa tetapi untuk jangka masa panjang, terbukti sangat berguna dalam kehidupan.

Satu lagi kajian yang dijalankan oleh San Diego State University bahawa orang yang sering lambat dikaitkan dengan orang-orang yang santai, lebih mudah untuk bersama-sama, tidak degil dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Kesimpulannya, kreativiti adalah bertentangan dengan produktiviti. Orang kreatif tidak hanya mengambil apa yang ditawarkan, mereka mengambil inisiatif untuk mencari pilihan yang lebih baik. Orang kreatif cenderung lambat untuk bermula.

Idea kreatif adalah idea yang berbeza dan lebih baik daripada idea sebelumnya. Idea kreatif yang berjaya tidak selalu menjadi perintis.

Itulah sebabnya, walaupun bukan orang pertama, tahap kejayaan penyempurnaan idea adalah lebih tinggi daripada pencipta idea/perintis. Persoalan adakah anda mempunyai ciri-ciri orang kreatif seperti yang disebutkan di atas?

The post Kerap Lambat Tanda Anda Seorang Yang Kreatif appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...