Polis Filipina diarahkan untuk menangkap sesiapa yang menghisap vape di khalayak umum, beberapa jam selepas Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan larangan rokok elektronik. Larangan secara tiba-tiba itu, yang dilancarkan Duterte menambahkan kemarahan global pada produk yang telah dipromosikan sebagai kurang berbahaya daripada rokok tembakau.
Duterte, bekas perokok, menyifatkan peralatan itu sebagai toksik dan berkata mengisap vape memperkenalkan bahan kimia ke dalam badan pengguna. Dia mengarahkan penangkapan sesiapa yang menghisap vape secara terbuka di negara yang mempunyai peraturan anti-merokok yang paling ketat di rantau Asia.
Memetik laman bharian lagi, tiada arahan bertulis rasmi disiarkan yang menyatakan skop larangan atau hukuman yang melanggar undang-undang. Duterte diiktiraf oleh dunia kerana tegas antinarkotik, tetapi juga mensasarkan tembakau dengan larangan merokok dalam masyarakat umum.
Berdasarkan ‘arahan presiden’ itu, semua unit polis di seluruh negara FIlipina akan melaksanakan pengharaman penggunaan vape; untuk memastikan sesiapa yang melanggarnya ditangkap.
‘Larangan itu dikeluarkan beberapa hari selepas pihak berkuasa kesihatan Filipina melaporkan kecederaan paru-paru yang berkaitan dengan vape pertama di negara itu, yang menyebabkan seorang gadis berusia 16 tahun dipenjarakan. – AFP
The post Pihak Polis Diarah Untuk Menangkap Penghisap Vape appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment