loading...

Tuesday, 24 March 2020

59 Kematian Selepas Paderi Beri Minum Dettol Untuk ‘Bersihkan’ Diri Dari COVID-19

Wabak COVID-19 yang kini melanda di seluruh dunia, menyebabkan kekeliruan di kalangan pelbagai pihak. Kerajaan telah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang efektif untuk mencegah penyebaran epidemik ini selain memastikan rakyat selamat.

Walaupun begitu, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyukarkan misi pembendungan wabak COVID-19 ini. Baru-baru ini, seorang ‘nabi’ di Afrika Selatan, Rufus Phala, telah memberitahu para pengikutnya untuk minum cecair pembersih Dettol sebagai langkah berjaga-jaga untuk COVID-19 selain menunjukkan kesetiaan kepadanya.

Sedih kerana 59 individu telah dilaporkan meninggal dunia kerana tindakan ini. Selain 4 lagi kini berada dalam keadaan kritikal. Pengikutnya yang lain turut mengalami masalah kesihatan dijanjikan kesembuhan jika mereka minum cecair pembersihan tersebut.

Paderi berkenaan mendakwa bahawa dia memberitahu pengikutnya untuk minum Dettol bukanlah untuk merosakkan badan malah cecair itu akan bertindak sebagai penghalang kepada sebarang penyakit termasuk COVID-19.

Saya tahu Dettol berbahaya tetapi Tuhan telah mengarahkan saya untuk menggunakannya. Saya adalah yang pertama meminumnya.

Beliau menambah, orang ramai menghantar mesej kepadanya melalui aplikasi Whatsapp dan mengatakan bahawa mereka telah pulih selepas minum cecair itu.

Polis kini dikhabarkan sedang menyiasat insiden ini dan menjelaskan bahawa para pengikut yang percaya kepadanya hanya menurut arahannya. Demikian memetik laman Kenya Today.

The post 59 Kematian Selepas Paderi Beri Minum Dettol Untuk ‘Bersihkan’ Diri Dari COVID-19 appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...