loading...

Saturday, 28 March 2020

Berat Badan Wanita Semakin Naik Semasa PKP Dijalankan?

Wanita jika berada di rumah, memang gemar memasak. Mana tak nya, keluar pun tak boleh sekarang hanya berada di rumah. Apa yang perlu di lakukan?

Tidak dinafikan ramai yang merungut berat badan naik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Mana tidaknya, sepanjang hari duduk di rumah asyik mengunyah sahaja.

Tidak salah kalau mahu makan enam kali sehari, tapi menu yang disediakan biarlah menu yang sihat. Jangan lupa juga luangkan masa yang banyak di rumah dengan melakukan senaman.

Tambahan pula ramai yang berlumba-lumba menunjuk menu apa yang dimasak setiap hari, memang meriah dengan kalori.

Antara hantaran menarik dalam laman sosial adalah daripada Nurain Sazila yang berkongsi menu hariannya. Kesan pemakanan sihat yang diamalkannya, wanita yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13 kilogram dalam tempoh tiga bulan.

Menerusi Instagram miliknya, Nurain berkongsi cara beliau mengamalkan konsep suku suku separuh dan yang paling penting, menu dikongsinya itu memang sihat dan sedap.

Jadi sebelum anda menyesal berat badan semakin naik, jom lihat antara menu yang dikongsi oleh Nurain. Semoga menu yang dikongsi dapat memberi manfaat serta idea kepada anda untuk masak apa sepanjang tempoh larangan pergerakan ini.

Menurut Nurain, kunci utama penurunan berat badannya adalah sabar. Selain mengamalkan pengambilan makanan yang sihat, beliau turut bersenam dan sekali sekala melakukan Intermittent Fasting (IF). Daripada berat 75 kg, wanita berusia 34 tahun itu kini memiliki berat badan yang ideal iaitu 57 kg.

The post Berat Badan Wanita Semakin Naik Semasa PKP Dijalankan? appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...