Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini memberi isyarat bahawa dia mahu situasi menjadi normal selepas 15 hari, namun seorang pakar penyakit berjangkit China memberi amaran kepada dunia bahawa perjuangan menentang COVID-19 masih lagi panjang.
Profesor Zhang Wenhong, ketua pasukan COVID-19 Shanghai dan Pengarah wabak penyakit di Fudan University Huashan Hospital, baru-baru ini dijemput oleh konsulat China di Düsseldorf, Jerman, untuk bercakap melalui telekom kepada para pelajar China dan ekspatriat, memetik laman Shanghaiist.
Zhang memberi amaran kepada Eropah untuk tidak memikirkan pandemik ini akan berakhir pada masa depan yang terdekat, dan meramalkan mungkin mengambil masa setahun hingga dua tahun untuk pandemik berakhir.
Dia menjangkakan bahawa jumlah wabak akan berkurangan pada musim panas, kemudian muncul semula pada musim sejuk, dan akan ada satu lagi kemuncak kecil pada musim bunga berikutnya. Kitaran ini juga boleh berulang, bergantung kepada reaksi kerajaan-erajaan di dunia.
Kecuali dunia berhenti bergerak
Zhang menyatakan bahawa sukar untuk membendung pandemik global, dengan memberi perhatian kepada keadaan di China di mana dia berjaya membendung virus di dalam negara tetapi kini perlu memberi perhatian kepada wabak yang datang dari luar.
Dia juga memberi amaran bahawa ada waktunya virus berpindah dari hemisfera utara ke hemisfera selatan dengan perubahan musim di mana wabak itu bergerak berpindah berulang-alik.
Zhang berkata satu-satunya cara untuk menghentikan wabak pandemik dalam masa yang singkat adalah melalui tindakan global yang teratur untuk menghalang setiap orang di seluruh dunia berhenti bergerak dan tidak mengembara selama empat minggu, yang dianggapnya tidak realistik.
“Hanya jika seluruh dunia bersetuju untuk berhenti bergerak selama empat minggu, wabak mungkin dihalang,” katanya. “Tetapi saya tidak dapat membayangkan perkara itu mungkin berlaku.”
Komen-komen Profesor telah menjadi tular di laman Weibo dimana para warganet China tertanya-tanya bilakah mereka semua akan dibenarkan untuk kembali ke sekolah.
The post COVID-19 Mungkin Terus Berlegar Seluruh Dunia Buat Selama Dua Tahun – Pakar China appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment