Gadis bayi ini menjalani kehidupannya seperti bayi sehingga beliau berumur 25 tahun. Entah mengapa gadis ini memilih untuk hidup seperti bayi, sedangkan gadis sepertinya sudah seronok menjadi remaja yang luar biasa.
Adakah ini sindrom atau saja-saja dilakukan oleh gadis ini? Petikan dari dailymail ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya, mengapa ada orang seperti ini wujud di dunia ini.
Gadis Bayi
Mungkin sudah terlalu bosan hidup sebagai orang dewasa, seorang gadis berusia 25 tahun yang berasal daripada USA ini memilih untuk hidup seperti seorang bayi, menurut laporan DailyMail.
Malah, Paigey Miller juga membelanjakan hampir $230 setiap bulan untuk membeli lampin pakai buang!
Dia yang merupakan seorang ‘content creator’ di negara Uncle Sam itu bangun setiap pagi dalam katil bayi dan menukar lampin pakai buangnya sebelum memulakan hari seperti kebiasaanya.
Malah, Paigey juga mempunyai banyak permainan seperti kanak-kanak dan melancarkan ‘content’ dalam talian untuk mereka yang mempunyai citarasa atau dalam kata lain, ‘fetish’ terhadap lampin pakai buang, malah mempunyai komuniti masing-masing.
Mula mengamalkan kehidupan seperti bayi itu sejak May 2018, dia juga mempunyai saluran Youtube dan laman web mengenai perjalanan hidupnya sebagai seorang bayi.
Walau apa pun yang berlaku di laman sesawang barat itu, kita tidak tahu kesahihan tersebut dan hanya mengambil beberapa petikan untuk menjadi ulasan. Semoga wanita di Malaysia jangan jadi seperti ini ya!
The post Gadis Bayi Menjalani Kehidupan Bayi Sehingga 25 Tahun appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment