loading...

Friday, 27 March 2020

Ingkar Perintah ‘Lockdown’, Polis India Pukul Sehingga Menyebabkan Kematian

Wabak COVID-19 yang semakin ganas kini dan beberapa negara di seluruh dunia termasuk India juga telah mengarahkan 1.3 bilion orang menjalani perintah kurungan total selama 21 hari untuk memerangi penularan virus.

Tidak dinafikan, cara India agak “sukar” dan tegas ketika menghukum orang-orang berdegil untuk keluar dari rumah sementara perintah itu dilakukan. Baru-baru ini, polis di India telah dituduh memukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian kerana melanggar perintah kurungan.

Mangsa, Lal Swami yang berusia 32 tahun yang duduk di kawasan Howrah di Bengal, dipukul dengan tongkat polis yang dikenali sebagai ‘lathis’ ketika dia meninggalkan rumahnya untuk membeli susu pada Rabu lalu. Dia kemudian disahkan maut ketika dalam perjalanan ke hospital, memetik laman India Today.

Isterinya mangsa menuduh polis bertanggungjawab membunuh suaminya yang cedera akibat dipukul. Walau bagaimanapun, pihak polis telah menafikan tuduhan itu dan mereka memberi alasan bahawa lelaki itu mati akibat penyakit jantung.

Walau apapun, ada beberapa rakaman mengenai ‘kekejaman’ polis India mula tular di media sosial. Warganegara India, termasuk ahli politik dan pemilik perniagaan, menyeru agar polis berhenti bertindak dengan kejam terhadap orang awam. Meminta memberi kelonggaran kepada mereka untuk membeli keperluan asas serta ubat-ubatan.

Sebelum ini, India mencatat nombor COVID-19 yang rendah berbanding negara-negara lain, tetapi menurut kerajaan, terdapat peningkatan mendadak dalam beberapa hari kebelakangan ini. Arahan perintah berkurung dikeluarkan empat jam sebelum dijalankan dan telah mencetuskan panik di kalangan rakyat negara ini.

The post Ingkar Perintah ‘Lockdown’, Polis India Pukul Sehingga Menyebabkan Kematian appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...