loading...

Thursday, 26 March 2020

Bantuan RM600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Akibat Covid-19

Sebagai salah satu langkah prihatin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan inisiatif bantuan sementara bulanan RM600 selama maksimum 6 bulan bagi individu yang menerima notis cuti tanpa gaji akibat Covid-19.

Pengumuman yang dibat pada 16 Mac lalu sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan wabak ini.

Usaha itu merupakan sebahagian daripada progam Employment Rentention Program (ERP) yang telah melibatkan peruntukan sebanyak RM60 juta dari kerajaan serta RM60 juta dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Semak Kelayakan Bantuan Program ERP

1. Pekerja telah diberikan notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020.

2. Pekerja sektor swasta telah mendaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Perkerjaan (SIP) PERKESO

3. Menerima gaji RM4,000 dan ke bawah

4. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja

5. Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja

Ternyata, program ini juga membantu majikan yang terjejas akibat wabak ini untuk mengurangkan kos operasi melalui pemberian cuti tanpa gaji kepada kakitangan terlibat.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dilakukan melalui majikan sendiri bagi wakil pekerja yang terlibat. Majikan hendaklah mengemukakan permohonan lengkap melalui Borang Permohonan ERP C-19 dan dokumen mandatori surat notis cuti tanpa gaji (NOTIS CTG) yang mengandungi senarai pekerja terlibat.

Senarai pekerja hendaklah mengandungi butiran terbabit. 

1. Nama penuh pekerja

2. Nombor kad pengenalan warganegara Malaysia (No. KPPPN)

3. Nama Jawatan

4. Maklumat gaji bulanan terakhir pekerja (RM)

5. Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi

Permohonan lengkap boleh dihantar bermula 20 Mac 2020 melalui emel kepada erpc19@perkeso.gov.my atau melalui sistem atas talian.

Majikan dikehendaki menyalurkan bayaran bulanan ke akaun pekerja dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan bayaran dari PERKESO.

Sumber: cari.my

The post Bantuan RM600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Akibat Covid-19 appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...